Sabtu, 30 Julai 2011

Panduan Mengelakkan Serangan Seksual

Sekiranya ada gangguan seksual laporkan kepada
 pihak atasan untuk tindakan selanjutnya

 
 
Gunakan logik
• Sentiasa berwaspada! Berjalan dengan yakin dan mempunyai tujuan.
• Sentiasa peka dengan persekitaran - tentukan siapa di sebelah anda dan apa yang berlaku di sekeliling anda.
• Jangan biarkan alkohol atau dadah mengaburi perlakuan anda.
• Percaya dengan gerak hati anda. Jika sesuatu keadaan atau tempat membuatkan anda rasa tidak selesa atau gelisah, segera beredar.

Di Dalam Rumah • Pastikan semua pintu dan tingkap mempunyai kunci yang kukuh. Lengkapkan lubang untuk melihat di pintu anda. Pastikan ruang masuk sentiasa diterangi lampu pada waktu malam.
• Jangan buka pintu kepada orang yang tidak dikenali. Jika ada orang di luar yang ingin meminta bantuan, katakan anda bersedia menelefon bagi pihaknya. Periksa pengenalan jurujual atau penyelenggara sebelum membenarkan mereka memasuki rumah anda. Jangan takut atau malu menelefon bagi memastikan penyelenggara berkenaan benar-benar dihantar daripada pejabat tertentu.
• Berhati-hati apabila berada di tempat terpencil seperti bilik membasuh di pangsapuri, garaj di bawah tanah, tempat letak kereta, pejabat selepas waktu kerja. Sentiasa berteman terutama pada waktu malam.
• Kenali jiran anda supaya anda tahu siapa perlu dihubungi jika anda sedang ketakutan.
• Jika anda mendapati tingkap atau pintu dipecahkan apabila tiba di rumah, jangan masuk. Hubungi polis menggunakan telefon bimbit atau telefon awam.

Di Luar Rumah • Elakkan daripada berjalan atau berjoging sendirian terutama pada waktu malam dan pagi hari. Sentiasa berada di kawasan yang dilalui orang ramai dan terang.
• Pakailah pakaian dan kasut yang memberi kebebasan untuk anda bergerak.
• Berwaspada sekiranya seseorang meminta arah jalan dari dalam kereta. Jarakkan kedudukan anda.
• Sediakan kunci sebelum sampai ke pintu rumah, kereta atau pejabat anda.
• Jika anda mendapati sedang diekori, tukar arah dan segera pergi ke pasar raya terbuka, restoran atau rumah yang diterangi lampu.

Di Kereta • Letak kereta di tempat yang terang dan sering dilalui orang ramai.
• Pastikan kereta selalu berkunci — apabila anda masuk atau keluar dari kereta.
• Perhatikan sekeliling kereta dan tempat duduk belakang kereta anda sebelum masuk.


Sumber : Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia

Format baru UPSR, PMR

 


MENTERI PELAJARAN MALAYSIA

Format baru Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diganti penilaian sekolah, akan diperkenalkan mulai sessi persekolahan 2016, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri berkata, rundingan meja bulat terakhir mengenai pelaksanaan UPSR dan PMR bersetuju UPSR dikekalkan tetapi diberi penambahbaikan manakla PMR diganti penilaian sekolah.
Tapi kohort (kumpulan)yang baru mungkin akan masuk 2011 dan ujian pertama (diadakan) pada 2016. Pada waktu itu, kita akan adakan UPSR baru dan PMR dalam bentuk penilaian sekolah.
Beliau berkata, antara perubahan dicadang dalam proses penambahbaikan UPSR termasuk mengambil kira bidang utama saja dengan 60 peratus penggredan berasaskan akademik terpilih dan baki 40 peratus berteraskan kokurikulum atau sivik.
Bagi UPSR, maknanya walaupun kemungkinan besar UPSR dikekalkan, tapi bentuk dan formatnya agak berbeza. Ini dikatakan penambahbaikan yang kita lakukan.
Mengenai PMR, meja bulat bersetuju dengan cadangan mengubah bentuk (pelaksanaannya) kepada penilaian berasaskan sekolah. Tetapi Lembaga Peperiksaan perlu menyelaras ujian itu supaya tidak dilihat berat sebelah. Muhyiddin berkata, proses transformasi membabitkan penambahbaikan UPSR dan penggantian PMR memerlukan tempoh enam tahun untuk disipakan mengambil kira semua aspek dalam sistem pendidikan itu.

sumber maklumat : Berita Harian

Peranan universiti dalam mengukuh perpaduan


Universiti adalah tempat menjanan ilmu dan melahirkan pemikir untuk menambah baik tamadun serta kemakmuran hidup dalam pelbagai aspek. Peranan itu harus berterusan kerana itulah fungsi universiti , bahkan sebagai kumpulan ahli pemikir , tenaga akademik juga wajar mengambil bahagian aktif dalam menyelesaikan masalah semasa. Malaysia ialah negara bangsa yang masih muda dan memerlukan keprihatinan semua pihak supaya nikmat kemerdekaan terus dirasai  dan pada masa yang sama usaha mengangkat negara sebagai negara maju tidak terhalang oleh masalah asas yang mengugat keselamatan negara terutama aspek perpaduan kaum.
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi serta perubahan ekonomi yang bersifat sejagat dalam era milenium ini memberi ruang dan peluang penyebaran pendapat yang kadangkala bersifat melampau, malah terlalu bersifat etnik sehingga menggoyangkan kemujaraban formula DEB.
Fenomena ini menuntut pemikir dan ilmuan terutama di institusi pengajian tinggi (IPT) tampil mengemukakan buah fikiran yang bernas bagi membantu negara mencari formula baru untuk kelangsungan perpaduan serta keutuhan negara.
Pada masa ini, pengetahuan dan kesedaran mengenai perpaduan dan nasionalisme hanya bergantung pada dua kursus wajib universiti iaitu Pengajian Kenegaraan dan Tamadun Islam dan Asia yang masih dapat menimbulkan penghayatan mengenai kepentingan perpaduan.
Sesungguhnya, usaha mencari formula baru perpaduan negara memerlukan usaha bersepadu yang membabitkan semua lapisan masyarakat, etnik, badan bukan kerajaan, shli politik, negarawan dan cendekiawan di universiti wajar membabitkan diri tanpa ada kepentingan politik.

Sumber maklumat : Berita Harian

Jom Masuk U

 

Jom Masuk U ini merupakakan program tahunan Kementerian Pengajian Tinggi yang telah dilaksanakan semenjak 2005 turut menyediakan maklumat akreditasi dan pembiayaan kepada lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf, pelajar lepasan asasi, diploma, sijil dan diploma kemahiran.
KPT telah menggunakan tagline ‘’JOM MASUK U’’ bagi memotivasikan para pemohon untuk mendapatkan maklumat tepat dan terkini mengenai peluang pendidikan tinggi di Malaysia.

•    Objektif program adalah menjadi Pusat Sehenti (One Stop Centre) bermaklumat kepada kumpulan sasaran seperti pemohon, ibu bapa, guru dan komuniti setempat untuk mendapatkan maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi akreditasi dan pembiayaan bagi Lepasan SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf.
•    Program ini juga ingin mendidik dan memupuk kesedaran di kalangan pemohon dan masyarakat awam mengenai pelaksanaan permohonan kemasukan ke IPTA melalui Aplikasi Dalam Talian (Online) .
•    Menyampaikan maklumat mengenai pelaksanaan dasar pemilihan Kemasukan ke IPTA yang mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum
•    Menerangkan kaedah pemarkahan kokurikulum berasaskan sekolah yang diselaraskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi permohonan Kemasukan ke IPT.
Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) – JOM MASUK U ini dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi mendidik dan memotivasikan para pemohon untuk mendapatkan maklumat tepat dan terkini mengenai peluang pendidikan tinggi di Malaysia.

Karvinal Jom Masuk U 2011 ini disertai 20 IPTA, 100 IPT swasta terpilih, agensi di bawah kementerian dan Kementerian Pelajaran, yayasan negeri, agensi pembiayaan pendidikan termasuk Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Belia dan Sukan dan MARA. Pameran Jom Masuk U ini akan memberi peluang pengunjung mengemukakan pertanyaan kepada wakil universiti dan kolej bagi memastikan masing-masing membuat pilihan tepat program pengajian yang bakal diikuti. Disasarkan lebih 300,000 pengunjung akan hadir ke Karnival Jom Masuk U di 11 zon lokasi tahun ini berbanding 10 tahun lepas.
Makluman:-
Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Karnival JOM MASUK U ini sila hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia, Aras 1, Blok E9, Parcel E, Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62505 Putrajaya. Telefon : 03-8883 5801/5802 Faks : 03-8889 4260 Emel : upu@mohe.gov.my Alamat emel ini dilindungi daripada spambots, anda perlu membenarkan JavaScript untuk melihatnya . Untuk maklumat lanjut boleh juga layari http://upu.mohe.gov.my/upu.php
Sumber: Kementerian Pengajian Tinggi

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...