Ahad, 7 Ogos 2011

Review teaching of English



Education D-G directed to carry out review on the learning of the language in school
SEGAMAT: Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin has ordered the English Language Curriculum Division to have a relook at the learning of the language in schools to ensure students can master it as a second language.
Muhyiddin, who is also Education Minister, said he had directed Education director-general Datuk Abdul Ghafar Mahmud to carry out a review on the learning of English Language in school.
“How the national education system involving 13 years, with five years of secondary school, is still unable to provide our students with a good grasp of the English Language, I, myself, am incapable of answering,” he said in his speech during a visit to SMK Felda Maokil, Labis here yesterday.
Muhyiddin said the review might determine if the weakness was due to a shortage of English Language teachers, equipment or due to other causes.
He said mastery of the English Language was important because it was the main language in international communication and the economy.
He also rejected the perception that implementing the ‘Uphold Bahasa Melayu, Strengthen the English Language’ policy had resulted in the Education Ministry neglecting the English Language.
Muhyiddin also said the ministry had carried out a comprehensive survey of the nation’s educational infrastructure, in its effort to provide the infrastructural need of schools.
He said, although his ministry had received a development allocation of between RM5 billion and RM6 billion, the amount was not enough because of the large number of schools in the country and the rapid population growth which required the constructions of new schools.

Jangan mempersia-siakan latihan PLKN



The Borneo Post

by Mohd Achil Norrlatep. Posted on August 6, 2011, Saturday


PERIKSA BARISAN: Dennis bersama Muhamad Halid ketika memeriksa barisan kawat wira dan wirawati PLKN Kem Juara.

Peserta harus jadi contoh terbaik kepada masyarakat sebaik tamat latihan
MIRI: Peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) diseru supaya tidak mempersia-siakan latihan yang diterima selama tiga bulan di kem penempatan masing-masing.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata, peserta program harus menjadi contoh terbaik kepada masyarakat sebaik sahaja tamat latihan.
“Sebaik sahaja melangkah keluar dari kem, anda harus mempraktikkan apa yang diterima dalam kehidupan sebenar,” katanya ketika majlis penutupan rasmi PLKN Kem Juara, Serian baru-baru ini.
Menurutnya, masyarakat dan komuniti di sekeliling akan menjangkakan apa yang terbaik daripada peserta PLKN lebih-lebih lagi dalam usia mereka yang masih muda.
Katanya, para pelatih yang terpilih turut bernasib baik kerana tidak semua berumur sebaya mereka terpilih mengikuti program berkenaan.
“Anda semua sungguh bertuah kerana terpilih dan jika bercakap soal tenaga, wang serta masa yang telah dicurahkan sama ada daripada ibu bapa mahupun kerajaan, semuanya terlalu berharga, anda harus hargai”, ujarnya.
Program berkenaan juga menurut Dennis merupakan salah satu daripada usaha kerajaan untuk membekalkan belia supaya bersedia mengharungi masa depan yang semakin mencabar.
Seramai 282 pelatih di kem berkenaan menamatkan program dan 38 daripada mereka berasal dari pelbagai negeri di Semenanjung Malaysia sementara 64 orang tenaga pengajar terlibat.
Kem berkenaan juga merupakan satu-satunya kem di Malaysia yang dimiliki oleh Orang Ulu dan diuruskan oleh Lejau Lah iaitu seorang berbangsa Kayan berasal dari Long Liam, Baram.
Turut hadir dalam majlis berkenaan adalah Mejar Muhamad Halid Abdul Hamid dan ibu bapa peserta program.

Khamis, 4 Ogos 2011

menahan diri..


 
 
by Norlilah Ismail on Sunday, July 31, 2011 at 7:04pm
setahun sekali ia kembali
dinanti nanti
disambut dengan berbagai promosi
dari perabut sampailah jamuan berbuka sekali
Ramadan...
aura mu sememangnya mengasyikkan
penuh keberkatan
menuntut penghayatan...

tapi
bila Ramadan yang berkat
dituruti Syawal yang hebat
sebenarnya ia adalah berkat
namun ada yang mengeksploitasi selagi sempat
yang  benar cuba disesat...

Syawal diseru
pakaian raya untuk bergaya
perabut raya biar nampak kaya
kueh raya, duit raya untuk menceria hari raya

semuanya pasal raya
Syawal yang hebat hanya untuk gaya
hanya sebagai  satu simbol beraya beria ia
dan Syawal menangis dalam ceria

Ramadan juga  merintih hiba
kerana hadirnya tidak menepati makna
sebagai pembawa nikmat pasrah seorang hamba
sebagai penunduk nafsu gila
dengan menahan diri
dari bicara yang sia sia
juga
manahan mata
menahan telinga
menahan hati
dari segala yang lara
dari segala yang Allah tak suka...

sesungguhnya
menahan diri sendiri
juga bukan suatu
yang mudah
seperti dikata

nukilan
Norlilah Ismail

TRANSFORMASI PERANCANGAN SEKTOR AWAM PERLU LEBIH JELAS



Oleh Abdul Munit Kasmin

APABILA Perdana Menteri mengisytiharkan ‘Gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’, seakan ada yang tidak kena dalam perancangan dan pelaksanaan program pembangunan negara.

Begitu juga apabila Datuk Seri Najib Razak menyatakan tiada rakyat dipinggirkan, kemiskinan tegar perlu berakhir dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), lonjakan ekonomi negara daripada berpendapatan sederhana kepada pendapatan tinggi, rakyat mula menilai kembali bagaimanakah perancangan pembangunan negara digubal, dilaksanakan dan dikaji impaknya kepada rakyat jelata dan masa depan negara ini.

Negara kita tidak akan maju sekiranya perancangan makro saja baik tanpa disertai keserasian perancangan ekonomi dan spatial serta sistem pelaksanaan berkesan, manakala golongan sasar tidak bersikap ‘responsif’ kepada perancangannya.

Pada masa sama, sektor swasta juga tidak secara aktif menyambut perancangan sektor awam menyebabkan tindakan menyeluruh membabitkan sektor awam dan swasta kurang berlaku. Sebenarnya suasana ini masih wujud di Malaysia dan diburukkan lagi oleh suasana ekonomi tidak stabil apabila trend menunjukkan ia berlaku setiap 10 tahun.

Contohnya pada 1980 hingga 2000, kita mengalami ketidakstabilan ekonomi pada 1987, 1997 dan kini 2009.

Sungguhpun keadaan ini berlaku, perancangan sektor awam di negara kita masih terikat kepada perancangan lima tahun yang lebih menekankan penggubalan dasar dan kurang menekankan keserasian perancangan spatial dan perancangan projek.

Sekiranya kita halusi dokumen rancangan lima tahun negara, kandungannya amat kemas dalam menjelaskan perancangan ekonomi makro dan dasar sosioekonomi dan kewangan negara tetapi mula lemah di bahagian perancangan projek.

Memang benar rancangan lima tahun adalah rancangan strategik jangka masa sederhana tetapi rancangan ini kurang menumpukan penyediaan kerangka bagi penyediaan perancangan projek yang lebih kemas, pada hal kejayaan sesuatu dasar kerajaan amat bergantung kepada perancangan projek.

Contohnya di Taiwan, yang memasuki era negara maju apabila tujuh projek mega yang dirancang berjaya dilaksanakan. Di Malaysia sendiri, kita diiktiraf negara membangun yang maju apabila kita berjaya membangunkan projek besar seperti Felda, KLIA, lebuh raya, Jambatan Pulau Pinang, Pelabuhan Barat di Klang dan bandar moden seperti Putrajaya.
Dari sini jelas menunjukkan rancangan makro yang komprehensif tanpa diikuti perancangan projek yang efektif, dasar makro sukar mencapai sasaran sepenuhnya. Jadi, perancangan projek sewajarnya menjadi sebahagian teras penting kepada perancangan negara dan tidak disebut sambil lalu dalam rancangan lima tahun dan cadangannya perlu dibuat secara komprehensif.

Oleh itu, transformasi sistem perancangan negara perlu dibuat dengan menekankan kepada penggubalan dasar makro kepada perancangan dan pelaksanaan projek bagi mencapai objektif sesuatu dasar makro yang digubal.

Memanglah mustahil sekali penjelasan terperinci projek pembangunan dimuatkan dalam dokumen rancangan lima tahun negara kerana ini tidak sesuai dengan konsep perancangan strategik, tetapi dalam keadaan ekonomi yang tidak pasti, kombinasi perancangan strategik dan operasi dalam satu dokumen perancangan adalah penting bagi memastikan apa yang dirancang sebenarnya dilaksanakan.

Apa yang dikhuatiri, sekiranya transformasi kaedah perancangan negara tidak dilaksanakan model ekonomi baru yang sedang digubal oleh kerajaan untuk melonjakkan ekonomi Malaysia dari negara berpendapatan sederhana kepada negara berpendapatan tinggi sukar dicapai.
Jadi transformasi kaedah perancangan negara perlu dibuat dengan menerbitkan suatu dokumen perancangan yang menggabungkan perancangan strategik dengan perancangan taktikal operasi yang lebih jelas.

Dengan kata lain, kombinasi di antara perancangan dasar dan perancangan projek diperkukuhkan lagi dengan perancangan spatial. Melalui transformasi ini, unsur spatial ditekankan pada peringkat awal perancangan projek.

Pada masa lalu, perancangan ekonomi atau projek dirancang dan diputus dulu sebelum unsur spatial diambil kira ketika pelaksanaannya. Akibatnya banyak masalah perancangan spatial wujud kerana lokasi projek yang dicadang menimbulkan pelbagai masalah alam sekitar apabila dilaksanakan.
Keadaan ini berlaku sebab kawasan pembangunan semakin hari semakin kurang dan kawasan baru jika dibuka memerlukan kos tinggi. Oleh itu, transformasi perancangan negara yang perlu dibuat bagi menggantikan konsep dokumen rancangan lima tahun negara ialah;

• Konsep dokumen rancangan lima tahun ini dipinda dengan cuma 40 peratus menjelaskan dasar tetapi 60 peratus menjelaskan perancangan projek yang mengambil kira unsur spatial pada peringkat awal perancangan lagi. Sekiranya perlu penjelasan dasar yang lebih terperinci, maka bolehlah dokumen sokongan diterbitkan.

• Perancangan projek perlu dibuat secara komprehensif. Sekiranya tidak, sekurang-kurangnya setakat ‘indicative’ sebelum dimuatkan dalam dokumen rancangan lima tahun. Dalam RMK-9, banyak projek diluluskan tidak mempunyai perancangan langsung. Di samping itu konsep ‘Rolling programme’ perlu ditekankan kerana terbukti banyak projek pembangunan melewati tempoh tahunan atau lima tahun baru disiapkan.

• Dokumen sokongan patut disediakan bagi setiap projek besar atau sekumpulan projek pembangunan. Contohnya jika projek itu mempunyai kos lebih RM10 juta, maka dokumen sokongan perlu disediakan.

• Begitu juga sekiranya projek itu bernilai RM1 juta, tetapi kos keseluruhan terkumpul adalah melebihi RM10 juta, maka dokumen sokongan juga perlu disediakan. Dokumen sokongan projek ini perlu dijadikan dokumen rujukan sebab ia mengandungi rasional sesuatu projek dari segi ekonomi dan spatial, konsep dan reka bentuk projek, keperluan kewangan dan jadual pelaksanaan

• Dokumen rancangan lima tahun yang disediakan dijadikan rujukan utama dalam penyediaan perancangan tahunan negara atau bajet tahunan. Pada masa lalu, dokumen rancangan lima tahun tidak digunakan sepenuhnya dalam penyediaan bajet tahunan tetapi dokumen transformasi rancangan lima tahun ini perlu dipastikan kandungannya memenuhi keperluan bajet tahunan. Sekiranya bajet tahunan dibuat tanpa merujuk rancangan lima tahun ini, maka perancangan lima tahun ini akan gagal dilaksanakan.

Perancangan projek yang dibuat mesti mengambil kira aspirasi kerajaan, kemampuan kewangan dan keperluan ekonomi dan spatial sesuatu projek. Projek ini perlu fleksibel dan boleh diubah suai untuk mudah dilaksanakan kerana perkara ini penting bagi memastikan projek yang dirancang boleh mencapai objektif.

Kesimpulannya, perancangan dibuat adalah untuk memenuhi aspirasi kerajaan. Sekiranya kini kerajaan menekan ‘1Malaysia: Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan’, maka dokumen perancangan ini tentu sekali berjiwa rakyat dan menekankan kepada produktiviti dan keluaran. Sungguh pun begitu, keberkesanan dokumen akan wujud sekiranya ia boleh dilaksanakan serta mampu bertindak balas kepada persekitaran sosioekonomi negara dan global.

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...