Ahad, 21 Ogos 2011

Lapor setiap penerimaan hamper musim perayaan



MELAKA: Kakitangan awam mahupun swasta yang menerima hadiah atau hamper pada musim perayaan Aidilfitri yang ada berurusan rasmi dengan pemberi, diminta melapor dan mengisytiharkan pemberian itu kepada ketua jabatan masing-masing.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Sutinah Sutan berkata sebaik-baiknya mereka yang berurusan rasmi dengan pemberi hamper atau hadiah menolaknya bagi mengelakkan unsur salah guna kuasa.
“Pemberi hamper ini selalunya mereka yang mempunyai urusan rasmi kerana kalau tidak mereka tidak akan beri, kita tidak mahu kerana hadiah itu kelak ada unsur-unsur salah guna kuasa atau sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Integriti ke Arah Transformasi Perkhidmatan Awam Negeri Melaka di Seri Negeri di sini semalam.
Beliau adalah salah seorang panel forum itu yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang turut dihadiri lebih 100 orang termasuk ketua dan kakitangan awam negeri ini.
Menurutnya ketua jabatan akan menentukan sama ada pegawai atau kakitangan terbabit boleh menerima hamper atau hadiah itu atau dikembalikan kepada pemberi.
“Ini adalah keperluan yang mesti dipatuhi sebagaimana Surat Pekeliling, Bilangan 3, 1998 yang menya-takan bahawa setiap pemberian hadiah itu perlu diisytiharkan kepada ketua jabatan yang akan menentukan sama ada disimpan atau dipulangkan,” katanya.

Beliau berkata sekiranya ada unsur jenayah bagi hadiah atau hamper itu yang berkaitan dengan urusan rasmi boleh disiasat dan didakwa mengikut Seksyen 17 (B) Akta SPRM 2009 kepada pemberi dan kepada penerima pula mengikut Seksyen 17 (A) akta yang sama.
Katanya kesalahan mengikut seksyen itu meliputi kakitangan sektor awam dan swasta sebagai contoh pegawai bank yang menerima hamper daripada penerima yang mempunyai urusan perniagaan atau pinjaman dengan pegawai terbabit.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata kempen perangi pemberi rasuah kepada kakitangan awam khususnya kepada agensi-agensi penguat kuasa yang dilancarkan SPRM pada tahun lepas menampakkan impak positif bagi golongan itu melaporkan kes-kes rasuah.
“ Ini terbukti pada tahun lepas, kita dapat mengurangkan kadar kes-kes rasuah,” katanya sambil menambah inisiatif kempen perangi rasuah itu telah diteruskan pada tahun ini.

Warna




NORLILAH ISMAIL
 warna kurniaan Allah
menghiasi kehidupan yang bertuah
di bumi sementara kita dipindah

warna ciptaan tuhan
memberi indah pada pandangan
dan manusia yang memulakan
warna menjadi lambang,
warna ada pengertian
warna ada sekatan
warna ada hukuman

kacau!!!
ada yang biru benci hijau..
ada yang merah sekongkol dengan kuning
ada kuning musuh ketat pada merah
ada putih ...

bila awan jatuh ke bumi




NORLILAH ISMAIL
 bila awan jatuh ke bumi
jatuhnya tiada gegaran
tiada gempa yang menakutkan
namun hati penuh pertanyaan

bila awan jatuh ke bumi
mungkin benar
atau hanya mainan kecanggihan rekaan
ada agenda menipu manusia
yang mungkin teruja
dan terperangkap dalam bida'ah
awan di langit turun membawa tuah..
cebisan awan disimpan sebagai tangkal rumah
bila awan jatuh ke bumi
ima...

Kesan dan Punca Stress




Tekanan berlaku apabila unsur-unsur yang mendesak atau menekan melebihi keupayaan kita untuk menanganinya. Tekanan yang sederhana boleh menjadi suatu bentuk dorongan yang kuat. Ia dapat menolong tubuh dan minda kita untuk bekerja dengan baik dan menyumbang kepada kesihatan mental. Cara kita menangani tekanan yang dihadapi amat penting dalam menentukan kesihatan mental dan fisikal.





Tekanan luar biasa yang berpanjangan dan keterlaluan merupakan sesuatu yang merisaukan. Ia mempunyai kesan-kesan psikologi yang negatif dan memberi kesan buruk kepada fungsi jantung, sistem penghadaman dan rangka otot. Ini akan membawa kepada beberapa penyakit seperti ulser perut, tekanan darah tinggi dan migrain (sakit kepala yang amat sangat). Perasaan ini mungkin berkekalan. Justeru itu, amat penting bagi kita mengenali gejala-gejala yang berkaitan dengan tekanan dan memikirkan kaedah atau sistem terbaik yang bersesuaian dengan diri kita bagi mengurangkan tekanan.
Tanda-tanda Awal
Gejala Fizikal dan Gejala Mental:-
  • Degupan jantung yang cepat
  • Rasa hilang kawalan atau ditenggelami oleh peristiwa yang berlaku
  • Banyak berpeluh
  • Risau dan bimbang
  • Terasa loya Gagal menumpukan perhatian atau membuat keputusan
  • Bernafas kencang
  • Rasa tidak sihat
  • Cirit birit dan terasa hendak membuang air kecil
  • Sukar untuk tidur
  • Kaki dan tangan terasa sejuk
  • Keinginan seks menurun
  • Selera makan berubah
  • Terasa amat letih
  • Gangguan keseksualan
  • Meminum lebih banyak alkohol dan semakin kuat merokok
  • Sakit-sakit badan yang tidak jelas puncanya
  • Perubahan perasaan atau fikiran seperti kemurungan, kekecewaan, sikap bermusuhan, rasa tidak berdaya dan kegelisahan
  • Penyakit seperti lelah, sakit kepala dan timbul ruam kulit.
Kesan Tekanan Yang Berpanjangan
  • Tekanan darah tinggi
  • Lelah
  • Masalah kulit yang semakin teruk (jerawat)
  • Serangan jantung
  • Masalah sinus
  • Kehilangan fungsi seksual dan pembiakan
  • Strok
  • Masalah berat badan
  • Gangguan tidur
  • Cirit-birit atau sembelit
  • Serangan migrain
  • Gangguan kebimbangan
  • Ulser perut
  • Sakit kepala
  • Kemurungan
Punca Tekanan
  • Personaliti
  • Kesempurnaan, di mana anda menetapkan standard yang terlalu tinggi atau mustahil untuk dicapai
  • Keresahan
  • Berperasaan negatif (marah, kecewa, rasa bersalah)
  • Bercita-cita terlalu tinggi
  • Persekitaran
  • Keadaan yang se
  • Suasana bising
  • Persekitaran tempat tinggal atau kerja yang teruk atau tidak terurus
  • Gaya hidup dan pekerjaan
  • Beban kerja yang terlalu sedikit atau terlalu banyak
  • Desakan masa atau tekanan untuk mengejar masa
  • Jaminan kerja yang tidak kukuh
  • Tidak diberikan penghargaan yang sewajarnya dalam sesuatu kerja seperti kenaikan pangkat, kekecewaan dan bosan dengan tanggungjawab sekarang
  • Dikehendaki melakukan kerja-kerja atau tugasan melampaui kebolehan dan keupayaan sebenar
  • Pengurusan masa yang tidak baik
  • Keluarga
  • Masalah kewangan
  • Masalah hubungan
  • Perubahan dalam keluarga seperti kehilangan orang yang dikasihi samada disebabkan perceraian atau kematian.

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...