Sabtu, 10 April 2010

KEJOHANAN MERENTAS DESA SMK SELAYANG BHARU

Pada 10 April bertempat di Taman Metropolitan, Kepong, kejohanan merentas desa telah diadakan dengan jayanya. Tahniah buat Saudara Mustafa bin Ripin, Setiausaha Sukan dan guru-guru yang terlibat secara langsung dalam menjayakan program tersebut. Walaupun hujan lebat pada awal pagi dan berterusan sehingga pukul 8.30 pagi, kejohanan tersebut dapat diteruskan tanpa sebarang masalah apabila hujan mula berhenti pada pukul 9.00 pagi.
Rasional penganjuran kejohanan merentas desa SMK Selayang Bharu pada tahun ini adalah memupuk budaya hidup sihat dan mengintegrasikan nasional dalam kalangan pelajar dalam sukan sekolah. Selain itu, melahirkan warga sekolah yang berketrampilan dan sentiasa ceria dalam meningkatkan mutu sukan sekolah. Ia juga menggalakkan penglibatan aktif semua pelajar dalam bidang kokurikulum untuk mematangkan pergaulan dan bertanggungjawab dalam tugas yang diberikan.
Memang tidak dapat dinafikan, kejohanan tersebut dapat mencungkil bakat baru dalam kalangan pelajar untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Apa yang penting, ia juga memberi pendedahan kepada guru-guru dan pelajar berkenaan pengurusan dan pengalaman baru mengendalikan kejohanan di luar kawasan sekolah. Semangat kerjasama antara guru-guru dan pelajar membuahkan hasil menjayakan kejohanan merentas desa sekolah pada tahun ini.

Hadiah untuk para pemenang disampaikan oleh Encik Mohd Kassim bin Mohd Noor, Penolong Kanan Petang, Puan Rohani binti Jaafar, Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Norlilah binti Ismail, Penolong Kanan HEM dan Puan Noordiah binti Harun, Penolong Kanan.

Oleh:

MD RASUL BIN HARON

Ahad, 4 April 2010

SELAMAT TINGGAL BPG


Assalamualaikum buat rakan-rakan sekerja di Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. Tidak dilupakan warga Unit Latihan dan Pembangunan Staf. Sokongan dan kerjasama tuan-tuan selama saya menjadi Penolong Pengarah tidak akan dilupakan selagi hayat dikandung badan. Teruskan kecemerlangan yang menjadi prinsip warga BPG. Terima kasih seikhlas hati buat Encik Zainun bin Johari, Ketua Penolong Pengarah BPG (LPS) atas tunjuk ajar dan bimbingan selama saya berkhidmat di BPG. Sekalung budi buat Encik Abdul Halim bin Abdul Razak, Timbalan Pengarah BPG yang menjadi pendorong dan penguat semangat kepada warga BPG untuk terus bekerja dan berkhidmat demi negara tercinta.


Bermula 1 April 2010, saya mula bertugas di SMK Selayang Bharu, Batu Caves. Walaupun banyak usaha yang telah dibuat untuk saya kembali ke SMK Seri Gombak, Taman Greenwood iaitu sekolah lama saya sebelum bertukar ke Bahagian Pendidikan Guru, saya pasrah dengan keputusan PPD Gombak untuk menempatkan saya di SMK Selayang Bharu. Terima kasih atas sokongan yang tidak terhingga Puan Rahimah binti Omar, Pengetua. Guru-Guru Penolong Kanan dan Rakan-rakan Guru sekalian serta staf SMK Seri Gombak. Saya begitu menjunjung Falsafah Pendidikan Guru iaitu guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Justeru, saya perlu menyahut cabaran untuk berkhidmat di mana-mana institusi pendidikan.


Kepada warga SMK Selayang Bharu, selamat berkenalan dan menerima saya seadanya. Terima kasih.

Khamis, 31 Disember 2009

BUDAYA KERJA BERPASUKAN PEGAWAI DAN STAF SOKONGAN BARU BPG



Setiap pegawai dan staf sokongan baru BPG perlu sedar bahawa matlamat peribadi dan matlamat pasukan hanya dapat dicapai melalui kerjasama dan persefahaman. Sejak awal lagi manusia telah membentuk kumpulan. Kumpulan menjadi asas kehidupan keluarga, perlindungan, peperangan, kerajaan, rekreasi dan pekerjaan.


Pada 1 Disember 2009 hingga 4 Disember 2009, penulis telah dipertanggungjawabkan untuk menganjurkan Kursus Budaya Kerja Berpasukan Pegawai dan Staf Sokongan Baru BPG di Pearl International Hotel, Jln.Klang Lama, Petaling Jaya. Penceramah jemputan terdiri daripada Dr.Zainal Aalam, Ketua Penolong Pengarah Unit Dasar, Perancangan dan Pengantarabangsaan BPG, Encik Harisham, Penolong Pengurus Sektor awam, Institut Integriti Malaysia, Encik Hasbullah dari Unit Kaunseling dan Keutuhan BPG dan Puan Normadiah dari IPG Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai. Encik Hasbullah dan Puan Normadiah yang sentiasa bersama dengan peserta-peserta kursus dengan Modul Perasa, membantu individu mengenali perbezaan di antara kumpulan dan pasukan rakan sejawat dengan latihan, aktiviti, penilaian dan kajian kes.
Kursus ini mementingkan konsep pengajaran untuk menghasilkan kerja yang positif dan produktif. Ia mengandungi prinsip yang dapat menukarkan sekumpulan manusia kepada sepasukan rakan sejawat. Aplikasinya memerlukan dedikasi dan usaha yang gigih.
Sekian.

Sabtu, 29 Ogos 2009

Kursus Kemahiran Generik

Putrajaya, 28 Ogos 2009- Satu siri ceramah telah diadakan di Bilik Mesyuarat Aras 6, E 13. Pada kali ini, pihak LPS menampilkan penceramah dari Unit LPS sendiri, Encik Ishak bin Ibrahim. Tajuk yang disampaikan oleh penceramah kita ialah Kemahiran Generik. Sambutan yang diterima amat menggalakkan. Hampir 20 peserta ceramah yang terdiri daripada staf sokongan memenuhi ruang bilik mesyuarat. Sejak pukul 2.45 petang, para peserta membuat pendaftaran. Rata-rata peserta begitu menunjukkan minat untuk mendalami dan ingin mengetahui tentang kemahiran generik. Walaupun pada bulan puasa, peserta kursus tetap komited mendengar ceramah yang disampaikan oleh Encik Ishak. Ini membuktikan keluarga BPG begitu mementingkan ilmu pengetahuan.
Sekian, terima kasih. SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KALI KE 52.
Md Rasul bin Haron
Penolong Pengarah
Unit Latihan dan Pembangunan Staf
Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...