Selasa, 1 Februari 2011

Tanam Minat Kerja

MD RASUL HARON
mrasulharon@yahoo.com
Artikel dirujuk iMotivasi
Masalah sesetengah orang adalah, mereka mendapat kerja yang mereka tak minat, langsung tak minat bahkan membuat mereka merasa kurang bersemangat simply sebab tak minat.
Masalah ni banyak berlaku terutama dalam diri fresh graduate yang baru saja masuk ke alam pekerjaan dan bagi orang yang baru berpindah kerja. Jika Anda mendapat kerja yang berlainan dari minat Anda dan Anda mahu tahu cara untuk membuat Anda minat pada kerja yang langsung Anda tak minat, berikut adalah tips motivasi untuk anda. Kadang-kadang kita merasakan kitalah orang yang paling malang dalam alam maya ini. Tanpa kita sedari, ada kalanya kita secara tidak sengaja menyesal dengan takdir serta qada dan qadar kita. Akhirnya, kita termasuk dalam grup orang yang tidak bersyukur walaupun banyak orang melihat, kita antara orang yang paling bahagia, beruntung dan bernasib baik.
Bagi penganggur, dapat kerjapun sudah dikira bertuah. Tapi bagi yang ada jawatan dan bergaji lima angka pula sentiasa resah menyaksikan ada orang yang lebih berjaya daripadanya. Yang sudah senang mahu lebih senang lagi sementara yang kaya mahu lebih kaya lagi. Bagi penulis, selagi kita yang dilahirkan sempurna sifatnya, gunakanlah kesempurnaan itu untuk berusaha bersungguh-sungguh mengejar apa jua impian kita yang halal pekerjaannya.
Kaji kerja tu, cari kebaikan-kebaikan yang ada di dalamnya.
Selidiki tugasan yang diberikan dengan rasa ingin tahu. Lama-kelamaan perasaan ingin tahu tu bertukar menjadi keseronokan mendalam yang amat mengasyikkan.
Tiap kali Anda melaksanakan tugasan kerja, Anda tidak akan rasa terbeban tapi rasa seronok sebab Anda mahu tahu perkara baru yang Anda akan jumpa nanti. Tiap kali bekerja, elak memikir kesusahan melaksanakan kerja.
Kaji, cari perkara-perkara baru yang Anda masih belum tahu kemudian perbaiki pengetahuan yang ada sudah pelajari dari rakan-rakan sekerja, bos, ketua mahupun dari ketua jabatan Anda.
Elak terlalu cepat berpuas hati dengan ilmu serta kemahiran kerja yang  sedia ada. Elak merasa diri sudah pandai. Belajar dan latih diri menggali perkara-perkara baru mengenai jawatan Anda, tak kiralah apapun ia.
Jika Anda terus menerus melakukan hal ni, motivasi kerja Anda akan timbul secara automatik, tak perlu dicari-cari lagi.

17 bahaya lidah





17 bahaya lidah adalah:


  1. kita akan terdorong untuk bercakap perkara yang tidak berfaedah.
  2. kita akan suka berlebih-lebihan ketika bercakap dan berkata-kata.
  3. adakalanya kita bercakap perkara yang tidak benar, berbohong sedikit.
  4. lidah menjadi penyebab akan berlaku pertengkaran.
  5. satu perkataan dari lidah kita boleh menyebabkan permusuhan dari kata-kata pedas yang tidak disengajakan
  6. kita akan suka bermanis mulut untuk menunjuk-nunjuk.
  7. mengeluarkan bahasa kesat (memaki hamun).
  8. gemar menyumpah-nyumpah (melaknat orang yang seagama dan sebangsa).
  9. bernyanyi lagu yang melalaikan kita dari melakukan ibadah.
  10. terlalu banyak bergurau dan bersenda.
  11. suka menghina orang lain.
  12. menyebarkan rahsia.
  13. berjanji lalu mendustai janji itu.
  14. akan mengumpat walaupun perkara remeh apalagi perkara berat.
  15. mengadu-ngadu pada orang lain hingga terjadi perang dingin.
  16. menjadi talam dua muka, menabur fitnah yang berbeza-beza pada orang berbeza.
  17. memuji yang melampau-lampau.
Anda sudah tahu 17 bahaya yang mungkin berlaku apabila kita tidak mengawal kata-kata dan tidak menjaga setiap satu perkataan yang kita selalu ucapkan. Salah satu sebab mengapa ramai orang ditimpa masalah adalah kerana dari lidah mereka.
Kerana lidah, badan binasa. Kesannya, hidup kita binasa dan kemurkaan Allah turun kepada kita kerana kita menyakiti orang lain melalui lidah.
Kerana lidah yang selalu memaki-maki, menyumpah seranah, mentertawakan seseorang dan mengumpat-umpat, ramai di antara kita di timpa dengan masalah yang tak berkesudahan.
Masalah itu menjadi balasan Allah atas perbuatan kita kerana kita tidak menjaga lidah. Kita mungkin pernah mengumpat, memaki atau memarahi seseorang dengan teruk sekali. Kita tak pernah fikir balasan atas kata-kata kita itu.
Jika hidup Anda selalu bermasalah, inilah masanya Anda check lidah Anda dan perangai Anda.

Isnin, 31 Januari 2011

4 Petua Bagaimana Mengatasi Stress Untuk Wanita Bekerja

Oleh:

Bagi wanita bekerja, kebanyakan masa terluang di tempat kerja. Tak mustahil jika stress di tempat kerja terbawa-bawa ke rumah sebab fikiran seringkali teringat-ingat kerja. Kekadang bila tiba waktu untuk balik ke rumah, sepanjang perjalanan dari tempat kerja ke rumah, suasananya dipenuhi dengan sumpah-seranah, rasa tidak puas hati serta geram. Lama-kelamaan stress kecil sebegini terbawa-bawa menjadi stress besar hingga Anda hilang semangat nak bekerja.
Berikut adalah 4 petua bagaimana untuk mengatasi stress, khusus bagi wanita bekerja.


1. Jangan simpan, tapi alirkan stress tu.
Alirkan stress, jangan simpan di fikiran. Jika Anda perangi stress, Anda akan dapat lebih banyak stress. Bina ketenangan, kebahagiaan dan keseronokan agar Anda menemui lebih banyak ketenangan, kebahagiaan dan keseronokan, bukan lebih banyak stress. Stress akan menarik lebih banyak stress, ketenangan akan menarik lebih banyak ketenangan. Alirkan stress dengan melakukan sesuatu – contohnya memasak,menjahit, menonton wayang, menonton tv, menyapu, mengemas rumah atau membaca majalah. Sibukkan diri. Elak untuk mengingati perkara-perkara yang membuat Anda merasa stress ketika Anda melakukan kesemua aktiviti-aktiviti ini, jika tidak petua ini tidak akan berkesan.
2. Fokus Pada Solusi.
Stress berpunca dari rasa tertekan sebab Anda dilanda masalah – mungkin masalah tidak cukup masa, tidak cukup duit, mungkin berlaku dugaan di luar jangkaan atau mungkin Anda mahu sesuatu terhasil ikut kemahuan Anda tapi tak menjadi-jadi. Untuk mengatasi stress, fokus pada penyelesaian. Selesaikan situasi yang Anda lalui. Kebanyakan wanita mengalami stress kerana terlalu memikir masalah, bukan bertindak menyelesaikan masalah.

3. Maafkan diri Anda kemudian lupakan semua yang dah berlalu.
Jangan pandang belakang. Maksudnya, apa yang dah berlalu biarkan berlalu. Usah di ingat lagi. Hidup Anda maju ke depan, bukan ke belakang. Anda makin tua, bukannya makin muda. Tak perlu ingat lagi perkara yang dah berlalu. Kesilapan yang dah berlaku tak perlu di ingat selalu. Jangan ingat dan jangan fikir walau cuma sesaat. Maafkan diri Anda kerana terbuat silap. Selepas memaafkan diri sendiri, timbul rasa bersemangat. Anda dapat mengatasi stress dengan cara ini.
4. Hampirkan diri Anda dengan cinta, kesyukuran dan kekitaan.
Dekatkan diri dengan seseorang yang memahami Anda dan memberi semangat pada Anda. Kurangkan bergaul dengan orang yang hanya tahu mengomen perbuatan Anda. Sebagai contoh, jika Anda kurang bersemangat, jangan meluah masalah pada orang yang hanya tahu mentertawakan Anda sebaliknya cari kawan yang sudi mendengar. Luahkan masala Anda kesemuanya, ceritakan pada dia semua perkara yang menstresskan fikiran Anda. Cara ni baik untuk mengatasi stress. Wanita biasanya suka bercerita dari hati ke hati, namun Anda perlu waspada sebab kawan tempat Anda meluah tu boleh mengumpat hal Anda di belakang Anda, kekadang mentertawakan Anda tanpa Anda ketahui. Kena bijak nilai kawan. Biar ada kawan seorang tapi memahami, dari berkawan seribu tapi membuat fikiran haru-biru.
Amalkan 4 petua ini untuk Anda mengatasi stress – sama ada stress di tempat kerja atau stress di rumah, andai kata Anda adalah seorang suri rumah sepenuh masa.

Ahad, 30 Januari 2011

Bos dan Anak Buah

Oleh:
MD RASUL BIN HARON

Semua manusia adalah sama tarafnya di sisi Allah. Kelebihan dan keistimewaan mereka adalah berdasarkan ketakwaan dan ketaatan mereka kepada Allah semata-mata bukan kerana bangsa, keluarga dan warna kulit. Berasaskan kepada realiti inilah maka hubungan antara bos dan anak buahnya hendaklah berpaksikan asas-asas kemanusiaan, bertimbang rasa dan bekerjasama. Mereka hendaklah memainkan peranan mengikut hak dan tugas masing-masing. Hubungan ini boleh diibaratkan seperti hubungan juruterbang dengan krew penerbangan dan juga penumpang. Masing-masing mereka mempunyai tugas dan tanggungjawab masing-masing untuk memastikan keselamatan kapal terbang. Sekiranya ini tidak diikuti maka kesemua mereka akan menerima akibatnya. Meletup di udara atau terhempas ke darat. Dalam menjalankan peranan masing-masing mereka semua tertakluk kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Allah. Bos juga tidak terkecuali daripada hukum walaupun beliau merupakan pemimpin tertinggi di dalam sesuatu organisasi.

Setelah meneliti pendapat beberapa orang terkemuka Islam dan luahan rasa anak-anak buah mengenai bos yang mereka dambakan, dapat disimpulkan seperti berikut;
1.   Takwa kepada Allah
2.   Sihat tubuh badan
3.   Berpengetahuan luas
4.   Mempunyai keyakinan untuk mencapai tujuan
5.   Memiliki stamina untuk bekerja
6.   Rajin berusaha
7.   Suka bekerjasama
8.   Peramah
9.   Menjalin dan mempertahankan kebenaran
10. Penyabar
11. Suka menghubungkan silaturrahim
12. Tidak gentar atau berani di atas kebenaran
13. Pintar dan fasih berbicara
14. Kuat pendirian
15. Melaksanakan apa yang dikata
16. Tidak membezakan orang dalam pergaulan
17. Suka memberi dan menerima nasihat
18. Berpakaian kemas dan bersih
19. Rendah hati
20. Ikhlas
21. Cepat memberi keputusan
22. Berfikir secara rasional bukan dengan emosi
23. Adil
24. Tahan dikritik
25. Bertimbang rasa dan memiliki sedikit ilmu jiwa secara umum

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...