MD RASUL HARON mrasulharon@yahoo.com Artikel dirujuk iMotivasi |
Masalah ni banyak berlaku terutama dalam diri fresh graduate yang baru saja masuk ke alam pekerjaan dan bagi orang yang baru berpindah kerja. Jika Anda mendapat kerja yang berlainan dari minat Anda dan Anda mahu tahu cara untuk membuat Anda minat pada kerja yang langsung Anda tak minat, berikut adalah tips motivasi untuk anda. Kadang-kadang kita merasakan kitalah orang yang paling malang dalam alam maya ini. Tanpa kita sedari, ada kalanya kita secara tidak sengaja menyesal dengan takdir serta qada dan qadar kita. Akhirnya, kita termasuk dalam grup orang yang tidak bersyukur walaupun banyak orang melihat, kita antara orang yang paling bahagia, beruntung dan bernasib baik.
Bagi penganggur, dapat kerjapun sudah dikira bertuah. Tapi bagi yang ada jawatan dan bergaji lima angka pula sentiasa resah menyaksikan ada orang yang lebih berjaya daripadanya. Yang sudah senang mahu lebih senang lagi sementara yang kaya mahu lebih kaya lagi. Bagi penulis, selagi kita yang dilahirkan sempurna sifatnya, gunakanlah kesempurnaan itu untuk berusaha bersungguh-sungguh mengejar apa jua impian kita yang halal pekerjaannya.

Kaji kerja tu, cari kebaikan-kebaikan yang ada di dalamnya.
Selidiki tugasan yang diberikan dengan rasa ingin tahu. Lama-kelamaan perasaan ingin tahu tu bertukar menjadi keseronokan mendalam yang amat mengasyikkan.
Tiap kali Anda melaksanakan tugasan kerja, Anda tidak akan rasa terbeban tapi rasa seronok sebab Anda mahu tahu perkara baru yang Anda akan jumpa nanti. Tiap kali bekerja, elak memikir kesusahan melaksanakan kerja.
Kaji, cari perkara-perkara baru yang Anda masih belum tahu kemudian perbaiki pengetahuan yang ada sudah pelajari dari rakan-rakan sekerja, bos, ketua mahupun dari ketua jabatan Anda.
Elak terlalu cepat berpuas hati dengan ilmu serta kemahiran kerja yang sedia ada. Elak merasa diri sudah pandai. Belajar dan latih diri menggali perkara-perkara baru mengenai jawatan Anda, tak kiralah apapun ia.
Jika Anda terus menerus melakukan hal ni, motivasi kerja Anda akan timbul secara automatik, tak perlu dicari-cari lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan