MD RASUL HARON Guru Sejarah/Penulis Buku Akademik/ Blogger/Penterjemah 9 Kingdom |
Bila dan siapa sebenarnya yang membuka Kuala Lumpur masih menjadi soalan yang terbuka. Pada mulanya dikatakan Yap Ah Loy yang telah mengasaskan Kuala Lumpur. Yang pasti bukan Yap Ah Loy yang membuka Kuala Lumpur kerana dia adalah Kapitan Cina Kuala Lumpur yang ketiga. Kalau ada orang Cina yang layak dipanggil pengasas Kuala Lumpur tentulah dianya Kapitan Cina Kuala Lumpur yang pertama.
Dalam pusingan kedua, Raja 'Abdu'llah diiktiraf secara rasmi sebagai 'pengasas sebenar' Kuala Lumpur. Raja 'Abdu'llah yang dikatakan raja Melayu itu sebenarnya adalah raja Bugis dari Riau. Sebelum Raja 'Abdu'llah dan Raja Juma'at membuka lombong bijih timah di Ampang pada 1857 dengan pertolongan kuli-kuli Cina upahan mereka, Sutan Puasa sudahpun tinggal dekat dengan Ampang.
Malah menurut Raja Yacob , pengarang Tarikh Raja Asal dan Keluarganya, orang-orang Mandailinglah yang membuka Ampang diperintah oleh Raja Bernang dan akhirnya Raja Banding.
Ini masuk akal kerana pada ketika itu, penduduk yang tinggal di pendalaman negeri Selangor adalah orang-orang dari Sumatra. Orang-orang Mandailing dan Batu Bara meneroka kawasan pendalaman Hulu Kelang kerana orang-orang Bugis dan Melayu sudah menetap di pesisiran pantai sebelum kurun ke-19 lagi.
Semasa kawasan pelombongan dibuka di sekitar Ampang dan Kuala Lumpur, orang-orang Mandailinglah yang melombong bijih timah di situ, di samping membuat relau, membeli timah dan berniaga. Raja-raja Bugis memungut cukai dari orang-orang Mandailing di pengkalan-pengkalan sungai. Malah nama "Ampang" itu sendiri mungkin diambil sempena ampangan yang dibina oleh orang Mandailing dalam kerja-kerja berkelian timah. Air dipakai untuk mengeluarkan bijih dari karang. Ketika Sutan Puasa di Ampang, anak raja Mandailing itu berurusan dengan pedagang Tionghua Hiu Siew dan rakannya Ah Sze Keledek dari Lukut. Kedua-dua pedagang Tionghua suku Haka itu kemudian pindah ke Ampang setelah diberitahu oleh Sutan Puasa bahawa mereka boleh cepat mengaut untung di Ampang.
Setibanya di Ampang, mereka memilih tempat sebatu jauhnya dari pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Kelang sebagai tapak kedai mereka. Ini berlaku kira-kira pada 1859. Muara kedua-dua sungai itulah kemudiannya dipanggil Kuala Lumpur - berlumpur barangkali kerana kerja-kerja berkelian bijih timah di ulu sungai-sungai tersebut. Jelaslah bahawa Sutan Puasa, Hiu Siew dan Ah Sze Keledek memainkan peranan dalam pembukaan Kuala Lumpur. Hiu Siew kemudiannya menjadi Kapitan Cina Kuala Lumpur yang pertama dengan sokongan Sutan Puasa.
Sebagai "the leading Sumatran trader of Kuala Lumpur" (pedagang utama anak-anak Sumatra di Kuala Lumpur Sutan Puasalah yang memperkenalkan Hiu Siew dan Ah Sze Keledek kepada pengusaha-pengusaha timah Sumatra di Kuala Lumpur. Yah Ah Loy, Sutan Puasa dan Raja Asal adalah "sahabat baik" dan "sahabat karib" dan rakan perkongsian Yap Ah Loy. Apabila Yap Ah Loy dipilih menjadi Kapitan Cina Kuala Lumpur yang ketiga, Sutan Puasa memberi sokongannya. Istiadat keramaian yang meriah telah diadakan untuk mengiktiraf perlantikan Yap Ah Loy, dan upacara penabalannya disempurnakan oleh Raja Mahadi, seorang raja Bugis.
Sewaktu Yap Ah Loy 'ditabalkan', Sutan Puasa dan Raja Asal diberi tempat yang istimewa. Penabalan itu berlaku pada Jun 1869. Tok Guru yang mengajar Raja Asal "ilmu kebal" telah meramalkan bahawa genap seratus tahun dari hari keramaian itu maka satu pergaduhan besar-besaran akan berlaku di Kuala Lumpur. Ini membayangkan tragedi 13 Mei 1969.
Di babak-babak akhir Perang Kelang, persahabatan dan perkongsian mereka terungkai kerana Yap Ah Loy menyokong Tunku Kudin manakala Sutan Puasa dan Raja Asal menyebelahi Raja Mahdi. Kuala Lumpur, sebuah kampung pada 1860an, hangus dijilat api dalam peperangan itu, dan hanya dibangunkan semula sesudah perang tamat. Kubu Sutan Puasa di Bukit Nenas. Menurut Wan Muhammad Amin bin Wan Muhammad Sa'id, pengarang Pesaka Selangor, di penghujung Perang Kelang, "Orang2 Mandeleng serta ketua2 mereka seperti Raja Asal dan lain2 yang di-Kuala Lumpur itu sudah undor masok ka-negeri Perak, tetapi sa-tengah-nya ada juga lagi dudok di-Kuala Lumpur dalam kubu Bukit Nanas."
Seorang ahli sejarah Inggeris berkata, "the traditional seat of Malay authority in Kuala Lumpur was a stockade, originally built in the 1860's on Bukit Nenas, and known after the cicil war as 'Sutan Puasa's stockade' from the Malay headman who had once occupied it."
"Tampuk tradisional kekuasaan Melayu (baca Mandailing) di Kuala Lumpur adalah sebuah kubu, mulanya dibina pada 1860an di atas Bukit Nenas, dan dikenali sesudah perang saudara (di Selangor) sebagai 'kubu Sutan Puasa' sempena (nama) kepala Melayu yang pernah mendudukinya."
Seperti kebanyakan ahli-ahli sejarah Barat mahupun tempatan, ahli sejarah Inggeris itu tidak tahu membezakan antara beratus-ratus suku pribumi di kepulauan Nusantara. Sutan Puasa yang berketurunan Lubis itu bukan "kepala Melayu" tetapi kepala Mandailing. Nama asal Bukit Nenas ialah Bukit Gombak. Menurut riwayat lisan orang-orang Mandailing, semasa Perang Kelang, nenas ditanah di atas bukit itu semacam dawai berduri bagi menghadapi kemaraan musuh.
Menurut Pasqual, seorang pegawai British yang bertemu dengan Sutan Puasa, pedagang-pedagan Mandailing dianggap amanah dan tidak mengurangkan timbangan dacing-dacing mereka, dan kerana itu pelombong-pelombong Tionghua lebih suka timah mereka disukat oleh Sutan Puasa daripada bangsa mereka sendiri.
The Malay tin dealers gave their customers a square deal and were noted for not tempering with their "daching" or weighing scale. As no tow dachings weighed alike, showing a difference of one per cent more or less on the heavy or light side, it was a common practice when a Chinese miner consigned his tin to a Chinese shop-keeper who was financing his mine from Kuala Lumpur, for the miner to stipulate that his tin be weighed in with the daching of Sutan Puasa or Thamby Dollah or any of the other Malay merchants he fancied.
"Peniaga Melayu (baca Mandailing) berurusan dengan pelanggan-pelanggan mereka dengan saksama dan terkenal kerana tidak memalsukan dacing mereka atau timbangan mereka. Lantaran timbangan dua dacing tidak sama, berbeda lebih kurang satu peratus, lebih berat atau lebih ringan, maka sudah menjadi kebiasaan bagi seorang pelombong Cina yang meletakkan timahnya kepada seorang pekedai Cina di Kuala Lumpur yang membiayai keliannya, untuk mensyaratkan supaya timahnya ditimbang oleh dacing Sutan Puasa atau Thamby Dollah atau sebarang saudagar Melayu (baca Mandailing) yang disenanginya."
Old and infirm when I first made his acquaintance, the old warrior peaceably settled down in Ampang Street as a tin merchant, buying the tin produced by the Chinese miners. "Tua dan tidak berdaya bila saya (Pasqual) mula-mula mengenalinya, pendekar tua itu duduk aman di Jalan Ampang sebagai pedagang timah, membeli timah yang dikeluarkan oleh pelombong-pelombong Cina."
He was somewhat reticent by nature and never talked about his exploits nor the hidden "gharone" of tin ingots which were buried away during the "prang Mahdi", of which he owned several but could not locate their whereabouts...
"Sifatnya semacam berat mulut dan dia tidak pernah bercakap mengenai penglibatnnya (dalam Perang Kelang) atau mengenai harta karun bijih timah yang disembunyikan (ditanamkan) dalam Perang (Raja) Mahdi, ada beberapa kepunyaannya tetapi tidak dapat dikesan di mana..."
Khabar mengenai harta karun itu telah menyebabkan ramai orang mencarinya tetapi tidak berjaya. Di akhir hayatnya, Sutan Puasa menetap di Kampung Rawa (Jalan Melayu sekarang) sebelum berpindah ke sebuah perkampungan Mandailing di Jalan Chow Kit.Sutan Puasa yang dahulunya orang Mandailing yang terkaya sekali di Kuala Lumpur, menjadi miskin sesudah perang. Sementara bekas sahabat karib dan rakan perkongsiannya, Yap Ah Loy menjadi pelombong yang paling kaya dan berkuasa sekali di Kuala Lumpur.
Sutan Puasa menghembus nafasnya yang terakhir pada 1326 Hijrah (c. 1909 Masihi) di rumah sahabatnya, seorang lagi Kapitan Cina, dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Jalan Ampang. Al-Fatihah.
Kuala Lumpur dibina pada tahun 1857 di kuala sungai Gombak dan Klang. Dalam Bahasa Melayu, maksud namanya adalah "kuala berlumpur." Pendudukannya bermula apabila seorang ahli keluarga kerajaan Selangor, Raja Abdullah, membuka Lembah Kelang untuk pelombongan biji timah. 87 pencari gali Cina telah pergi ke sungai Klang dan memulakan prospek di daerah Ampang, yang pada masa itu kawasan hutan belantara. Walaupun 69 dari mereka meninggal dunia kerana keadaan penyakit wabak, pelombongan biji timah yang berkembang telah ditubuhkan. Ini menarik perhatian banyak pedagang yang berdagang keperluan asas kepada pelombong-pelombong untuk mendapatkan sebahagian dari biji timah. Pedagang membina kedai di kuala sungai Klang dan Gombak. Oleh kerana itu, sebuah bandar telah dilahirkan. Sejarah Kuala Lumpur juga amat berkait rapat dengan Haji Abdullah Hukum, yang merupakan salah seorang panglima kepada kerajaan negeri Selangor.
Sementara pekan itu membesar, Inggeris, yang menjajah Malaya pada waktu itu, merasa mereka harus melantik (Kapitan Cina, atau Kapten kepada orang Cina) untuk mentadbirkan keempatan itu dan memastikan ada undang-undang dan peraturan. Kapitan Cina yang pertama itu adalah Hiu Siew. Kapitan Cina yang ketiga adalahYap Ah Loy, yang melihat kebesaran Kuala Lumpur dari pekan lombongan kecil yang sunyi hingga ia menjadi bandar Selangor yang terutama. Pada awalnya, Kuala Lumpur adalah pusatPerang Saudara Selangor, di mana dua persengkatan dapat ditanggapkan; pergaduhan di antara putera-putera Selangor ke atas keuntungan lombongan biji timah, dan suatu dendam berdarah di antara Kapitan Yap dan Chong Chong, yang mahu menjadi Kapitan. Kapitan Yap dan tulang belakangnya, Tengku Kudin, berjaya dan sejak masa itu, terima kasih kepada pimpinan bagus Kapitan Yap, Kuala Lumpur menjadi bandar yang terbesar di Selangor. Dia membina Kuala Lumpur, yang dihancurkan oleh Perang Saudara dan memenuhinya dengan pelombong Cina dari tempat lain di Selangor. Dia juga mengalakkan petani Melayu untuk tinggal dekat Kuala Lumpur untuk memudahkan bekalan sumber makanan.
Ia dijadikan ibu negeri Selangor pada tahun 1880 kerana disebabkan kejayaan Kapitan Yap. Dia menjadikan Kuala Lumpur sistem keadilan batasan yang berkesan mengekalkan undang-undang dan ketenteraman, dan memastikan Kuala Lumpur menjadi pusat perdagangan di Selangor. Selepas kebakaran Kuala Lumpur pada tahun1881 , Kapitan Yap bercadang membina balik Kuala Lumpur dengan batu-bata dan ubin untuk menggantikan rumah atap daun. Dia membina sekolah yang pertama di Kuala Lumpur dan sebuah tempat tinggal untuk orang yang tidak berumah. Kuala Lumpur kepunyaan Yap adalah bandar batasan agak berbahaya melihat pada Yap sendiri seorang ahli kumpulan samseng dan peperangan samseng perkara yang biasa. Kapitan Yap mengizinkan lesen rumah pelacuran, kasino dan salun mabuk. Sir Frank Swenttenham pada waktu itu diwakilkan Residen Selangor dan dia menjadi orang bertanggung jawab untuk membuat Kuala Lumpur kedudukan pentadbiran Selangor. Masa pentadbirannyalah Kuala Lumpur bersambung menjadi bandaraya kaya dan aman, selepas kematian Kapitan Yap. Apabila Negeri-negeri Melayu Bersekutu digabungkan dengan Swenttenham sebagai penjaganya pada tahun1896, Kuala Lumpur menjadi ibu negerinya.
Pada Perang Dunia Kedua tentera Jepun menakluki Kuala Lumpur pada11 Januari 1942, dan menguasai bandar itu selama 44 bulan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan