Sabtu, 8 Oktober 2011

MUHYIDDIN MINTA PENJAWAT AWAM, GURU BERI PERKHIDMATAN LEBIH BAIK




KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Belanjawan 2012 sebagai yang terbaik dalam sejarah negara kerana ia memberi perhatian kepada semua peringkat rakyat selain mengimbangi defisit negara dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya membentangkan Belanjawan yang seimbang di mana Malaysia mampu menyeimbangkan antara pertumbuhan ekonomi dengan usaha mengurangkan defisit negara dengan mensasarkan pengurangan pada 4.7 peratus tahun depan.Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, turut menyambut baik penambahbaikan dalam sektor awam khususnya sektor pendidikan, yang turut menerima insentif-insentif istimewa.Justeru, beliau meminta kira-kira 1.3 juta penjawat awam termasuk 480,000 guru, yang menerima imbuhan istimewa, supaya menanam semangat untuk bersedia memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat.Beliau berkata imbuhan yang diterima para penjawat awam itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan menambahbaik perkhidmatan awam secara menyeluruh."Pengumuman yang dibuat itu merupakan sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh semua penjawat awam terutamanya warga Kementerian Pelajaran."Saya harap dengan tawaran yang lebih baik ini, mereka bukan sahaja merasa gembira tetapi dapat meningkatkan mutu kerja dan lebih bersemangat memikul tanggungjawab lebih besar terutamanya kerana sektor pendidikan sekolah amat penting dalam menjana modal insan negara," katanya pada sidang media selepas perbentangan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat Jumaat.Antara insentif untuk perkhidmatan awam ialah pengenalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) di mana melalui sistem baru itu, penjawat awam akan menerima kenaikan gaji tahunan yang ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred mulai 2012.Penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA juga akan mendapat faedah kenaikan gaji di antara tujuh hingga 13 peratus selain pelanjutan umur persaraan wajib penjawat awam dari 58 tahun ke 60 tahun dan penambahbaikan sistem kenaikan gred bagi guru.Sektor pendidikan juga menerima banyak ganjaran termasuk Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah berjumlah RM1 bilion, pemberian baucar buku kepada semua pelajar di peringkat pengajian tinggi dan pemansuhan bayaran yuran tambahan RM24.50 bagi sekolah rendah dan RM33.50 bagi sekolah menengah.Pemansuhan yuran itu membabitkan RM72.4 juta merangkumi 2,956,397 murid sekolah rendah dan RM80.4 juta bagi 2,400,835 pelajar sekolah menengah.Muhyiddin berkata dengan keputusan itu, pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tidak sewajarnya mengenakan sebarang bayaran yuran kepada pelajar dan sekiranya perlu mengenakan sebarang bayaran bagi membiayai projek tertentu, ia perlu merujuk perkara itu kepada Jabatan Pelajaran Negeri terlebih dahulu.Katanya beliau akan mengumumkan secara terperinci kandungan penambahbaikan sektor pendidikan awal bulan depan.Mengenai pengenalan SBPA, Muhyiddin berkata keputusan untuk mewujudkan skim baru itu diputuskan selepas kerajaan mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pelbagai pihak berkaitan."Pendekatan itu bukan diputuskan begitu sahaja. Kita sudah berbincang dengan pelbagai pihak termasuk Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), sektor awam perguruan dan mereka sudah mengemukakan cadangan yang mana kita ambil kira," katanya.Dalam pada itu, menjawab andaian bahawa Belanjawan yang dibentangkan itu sebagai 'Belanjawan Pilihan raya', Muhyiddin berkata :"Saya tidak fikir perkara itu menjadi pertimbangan utama kerana situasi dan keadaan hari ini memerlukan kerajaan prihatin akan keperluan rakyat".Beliau berkata kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama membentangkan Belanjawan yang berteras kepada kebajikan rakyat dan tahun ini semangat itu sejajar dengan Gagasan 1Malaysia yang berkonsep kepada rakyat didahulukan."Yang di sana (pembangkang), selepas 54 tahun baru nak sebut nak laksana negara kebajikan...kita sudah laksana dulu. Kita lebih tahu apa yang harus dibuat untuk kepentingan rakyat tetapi pembangkang baru sedar, baru hendak bawa ke Parlimen Buku Jingga untuk tarik minat rakyat, tapi rakyat sudah tahu," katanya.Mengenai cukai rokok yang tidak dinaikkan, Muhyiddin berkata, keputusan itu dibuat kerana kerajaan berpandangan bahawa pendapatan sedia ada memadai.Katanya, kerajaan juga khuatir jika harga rokok meningkat ia akan menjurus kepada masalah lain termasuk penyeludupan yang mana usaha untuk mencegahnya akan memakan kos lebih tinggi daripada pendapatan yang diperoleh daripada cukai rokok.

Rabu, 5 Oktober 2011

Bantuan segera baiki sekolah terbakar




Add caption
KOTA KINABALU 4 Okt. - Kementerian Pelajaran hari ini meluluskan waran bantuan malapetaka segera sebanyak RM20,000 bagi membaiki pendawaian elektrik Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Gaya yang dua blok bangunannya musnah dalam kebakaran malam Khamis lalu.
Waran itu disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi kepada Pengetua sekolah itu, Che Rose Bakar dalam majlis ringkas di sekolah itu di sini sempena lawatan beliau bagi melihat kerosakan akibat kejadian itu, hari ini.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Maimunah Suhaibul.
Kebakaran kira-kira pukul 7 malam itu menyebabkan 10 bilik yang menempatkan tujuh kelas tingkatan satu dan dua serta tiga bilik stor musnah dan api turut memusnahkan sistem pendawaian elektrik bangunan berkenaan dan beberapa blok berhampiran.
Mohd. Puad pada sidang akhbarnya memaklumkan bahawa kementerian bersetuju melalui peruntukan khas malapetaka untuk segera membina bangunan baru bagi menggantikan blok yang musnah itu.
Kata beliau, ia akan segera dibina setelah mendapat penilaian kos sebenar daripada perunding dan jawatankuasa teknikal, sekurang-kurangnya sebelum bermula sesi persekolahan tahun depan.
"Kita tidak mahu proses pembelajaran dan pengajaran pelajar terjejas, kita tiada tempoh masa, tetapi saya beri jaminan ia akan diberikan keutamaan kerana ia dibuat melalui peruntukan khas malapetaka.
"Keadaan sama berlaku di asrama sebuah sekolah di Jitra, Kedah sebelum ini yang pembinaan bangunan barunya dapat disiapkan hanya dalam tempoh tiga minggu sahaja," katanya.
Kata Mohd. Puad, penilaian itu turut melibatkan sistem pendawaian dan paip seluruh sekolah yang sebelum ini turut berada dalam perancangan kementerian untuk dinaik taraf kerana keadaannya yang daif.
Sementara itu, Mohd. Puad merakamkan penghargaan terhadap kecekapan Jabatan Pelajaran negeri yang melaksanakan beberapa langkah segera bagi membolehkan pelajar tingkatan tiga dapat menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) tanpa sebarang gangguan.
"Terima kasih kepada Jabatan Pelajaran Negeri yang segera menghantar kerusi dan meja bagi kegunaan pelajar menduduki PMR.
"Kami juga ingin ucapkan terima kasih kepada penduduk kampung yang bertungkus-lumus membantu mengawal api daripada merebak ke seluruh sekolah," katanya.


Sumber: Utusan Malaysia

Seminar Penyelidikan Tindakan Pendidikan Seni Visual di IPGKR



UNTUK ALBUM: Ahli panel penilai bersama peserta Seminar Penyelidikan Tindakan Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah bergambar bersama, sebaik sahaja sesi seminar selesai dianjurkan.



BINTANGOR: Guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Seni Visual (PSV) ambilan Januari 2008 dengan kerjasama Jabatan Sains Sosial, Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang (IPGKR) telah mengadakan Seminar Penyelidikan Tindakan Pendidikan Seni Visual (PSV) Pendidikan Rendah.
Seminar yang bertemakan ‘Amalan Penyelidikan Teras Transformasi Pengajaran Pendidikan Seni Visual’ itu diadakan di Dewan Kenanga IPGKR baru-baru ini.
Seramai 19 guru pelatih terlibat dalam pembentangan hasil kajian penyelidikan tindakan mereka dalam seminar berkenaan.
Seminar berkenaan dirasmikan oleh Pengarah IPGKR Raymond Gai Panting @ Gaie.
Dalam ucapannya, beliau mengharapkan agar seminar ini menjadi titik tolak kepada pembangunan dan transformasi pengajaran khususnya bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah.
Beliau juga berharap agar bakal pendidik di IPGKR menjadikan amalan penyelidikan sebagai satu budaya dalam bidang pendidikan.
Seminar ini telah dihadiri oleh 95 peserta daripada pelbagai kumpulan pengajian.
Kumpulan pengajian yang terlibat terdiri daripada PPISMP PSV Ambilan Julai 2010, PISMP Pengajian Bahasa Cina Ambilan Januari 2010, PISMP Bahasa Iban Ambilan Jun 2011, PISMP Prasekolah Ambilan Januari 2009 dan PISMP Pengajian Sosial Ambilan Januari 2009.
Pembentangan Kajian Penyelidikan Tindakan ini telah dinilai oleh tiga ahli panel penilai iaitu Subandi Kasidan daripada Jabatan Penyelidikan Inovasi Profesion Keguruan, Aliza Anthony Abet dan Augustine Mapang Raoh daripada Jabatan Sains Sosial IPGKR.
Sumber: The Borneo Post

CUEPACS HARAP TUNTUTAN DILULUSKAN DALAM BELANJAWAN 2012




KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman berharap beberapa tuntutan yang dikemukakan kepada kerajaan akan diluluskan dalam pembentangan Belanjawan 2012 pada Jumaat ini.

"Berita gembira kepada kakitangan kerajaan ini tidak mustahil dan kita telah menanti sekian lama. Kita faham kalau dahulu tidak dapat laksanakan (tuntuan) kerana faktor ekonomi semasa."Tapi kini tiada apa yang menghalang tuntutan itu diluluskan memandangkan ekonomi bertambah baik dan tuntutan ini pun untuk menaikkan taraf perkhidmatan penjawat awam untuk keluar daripada beban kewangan selain meningkatkan mutu perkhidmatan," katanya pada sidang akhbar di sini Selasa.Tuntutan tersebut adalah semakan semula Sistem Saraan Malaysia (SSM), menaikkan umur persaraan daripada 58 tahun kepada 60 tahun, pemberian bonus dua bulan kepada penjawat awam dan pelaksanaan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).Omar berkata tuntutan ini hanya cadangan sahaja dan tertakluk kepada kemampuan kerajaan untuk meluluskannya.-- BERNAMA

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...