Sabtu, 26 November 2011

Video Penunjuk Perasaan Kaherah


26 Nov-Sekurang-kurangnya satu orang dilaporkan terbunuh dan tiga cedera selepas pasukan keselamatan Mesir cuba untuk menyuraikan penunjuk perasaan Kaherah






Doktor maut dalam kemalangan


Sumber:
Utusan Borneo

by WILLIE JUDE JUNAIDI, wjudeub@gmail.com. Posted on November 26, 2011, Saturday


MALANG...Kereta yang dipandu mangsa terbabas lalu merempuh sebatang pokok di atas pembahagi jalan.


KOTA KINABALU: Seorang doktor wanita yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya maut selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum merempuh sebatang pokok di pembahagi jalan di Kilometer 6.5 Jalan Tun Fuad Stephen, di sini, awal pagi kelmarin.
Mangsa

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa Cheng Siew Kuan, 26, yang bertugas di Hospital Likas dekat sini meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di bahagian kepala.
Difahamkan sebelum kejadian, mangsa yang tinggal di Taman Cendawan Batu 3.5, Jalan Penampang, menuju ke Hospital Likas, bagaimanapun ketika tiba di lokasi kejadian kereta yang dipandu mangsa jenis Proton Wira dipercayai hilang kawalan.
Selepas itu, kenderaan mangsa kemudian terbabas ke pembahagi jalan sebelum merempuh sebatang pokok yang berada di atas pembahagi jalan berkenaan.
Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria, berkata mangsa dari arah bulatan Yayasan Sabah di lorong kanan, mangsa disyaki hilang kawalan lalu melanggar pokok yang berada di pembahagi jalan.
“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan serius di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Ketika kejadian tiada kesan pecahan perlanggaran dengan kenderaan lain dan tiada kesan brek. Kenderaan mangsa rosak di bahagian kiri pemandu dan ketika kejadian cuaca baik,” katanya ketika dihubungi, di sini, kelmarin.
Beliau berkata, ketika kejadian mangsa yang bekerja sebagai doktor difahamkan dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Hospital Likas.
“Mayat mangsa kini dihantar ke Hospital Queen Elizebath (HQE) untuk proses bedah siasatan sebelum dituntut oleh ahli keluarga mangsa.
“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih diteruskan,” tambahnya.
Sementara itu, Sofi berkata dalam satu kes lain, tiga lelaki diberkas selepas dipercayai mencuri pintu rumah bernilai RM2,000 daripada sebuah rumah milik seorang lelaki berumur 40 tahun yang sedang dibaik-pulih di Kampung Likas di sini baru-baru ini.
Dalam kejadian pada 19 November kira-kira 4.30 pagi itu, ketiga-tiga suspek dikatakan mengambil kesempatan ketika penduduk di kampung berkenaan sedang nyenyak tidur untuk melarikan pintu rumah milik pengadu.
Bagaimanapun, tindakan mereka disedari salah seorang jiran pengadu yang kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada polis.
Bertindak atas maklumat berkenaan, sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu kemudiannya bergegas ke tempat kejadian dan berjaya menahan salah seorang daripada suspek yang ketika itu sedang mengangkat pintu terbabit.
Sofi berkata suspek yang ditahan itu merupakan seorang lelaki tempatan berumur 33 tahun.
“Ketika tangkapan dibuat, polis turut berjaya merampas semula pintu rumah yang dicuri oleh suspek kerana ketika ditahan suspek sedang mengangkat pintu rumah itu,” katanya pada sidang media di IPD Kota Kinabalu, Karamunsing di sini kelmarin.
Sofi berkata, hasil siasatan lanjut yang dijalankan terhadap suspek pertama terbabit, polis berjaya menahan dua lagi rakan suspek yang dipercayai turut terlibat.
“Kedua-dua suspek itu masing-masing ditahan di sekitar kampung berkenaan pada jam 5 pagi dan 4 petang,” tambahnya.
Menurut Sofi lagi, kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Kesekasaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.
Selain itu, mereka turut akan disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana hasil ujian air kencing yang dijalankan terhadap mereka didapati positif dadah.


Jumaat, 25 November 2011

Ayah terkejut jumpa lelaki dalam almari anak gadis



Sumber:
Utusan Borneo

Posted on November 24, 2011, Thursday



MIRI: Seorang ayah yang baru pulang ke rumah menerima kejutan yang cukup besar di bilik anak gadisnya apabila menemui seorang remaja lelaki yang bersembunyi dalam sebuah almari.
Lebih mengejutkan, anak gadisnya yang berusia 14 tahun itu turut mengaku melakukan hubungan seks dengan remaja berusia 15 tahun itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superintenden Ismail Idris yang dihubungi semalam berkata,  remaja itu adalah kenalan kepada anak gadis si ayah.
Terdahulu, si ayah yang kembali ke rumah sekitar jam 2.30 petang berasa tidak sedap hati apabila anaknya itu tidak membuka pintu selepas mengetuk pintu beberapa kali.
Selepas beberapa ketika, si ayah tadi akhirnya nekad memecah masuk bilik anak gadisnya itu dan mendapati dia sedang duduk berseorangan di katilnya.
Mungkin disebabkan naluri kuat yang mengatakan ada sesuatu yang tidak kena, tambahan anaknya mengunci pintu dari dalam bilik menyebabkan dia menggeledah segenap penjuru bilik anak gadisnya itu.
Ternyata, telahannya berasas apabila dia terjumpa seorang remaja lelaki bersembunyi di dalam salah satu almari anak gadisnya itu.
Menurut Ismail, siasatan lanjut polis mengesahkan bahawa anak gadisnya itu mengaku telah melakukan hubungan seks bersama remaja tersebut.
Suspek kemudian ditahan serta-merta dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana rogol berikutan gadis berkenaan di bawah umur.


 

Lelaki mati lemas, kereta terjunam ke dalam sungai


Sumber:
Utusan Borneo
Posted on November 25, 2011, Friday
LEMAS: Pasukan penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mengeluarkan mayat mangsa dari sungai.

KUCHING: Hanya beberapa minggu lagi untuk diijabkabulkan, seorang lelaki ditemui mati lemas selepas kereta dipandunya terjunam ke dalam Sungai Sarawak dari bawah jeti Jambatan Tun Abdul Rahman Ya’akub, Satok di sini pada malam kelmarin.
Mangsa dikenali sebagai Zulramond Roslan, 33, dari Kampung Kudei didapati sudah meninggal dunia oleh pasukan penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di dalam kereta Perodua Viva miliknya yang tenggelam dalam insiden yang berlaku sekitar jam 10.30 malam itu.
Saksi di tempat kejadian Mohd Khairul, memberitahu wartawan yang dia sedang memancing di atas jambatan tersebut bersama rakannya ketika melihat sebuah kereta Viva hitam beberapa kali membuat pusingan di bawah jambatan itu sebelum terjunam ke dalam sungai.
“Saya terkejut dengan apa yang saya lihat dan memberitahu rakan saya sebelum menghubungi bomba dan polis,” katanya.
Dua puluh anggota bomba termasuk pasukan penyelam, tiba di tempat kejadian bebe-rapa minit selepas menerima panggilan pada jam 10.31 malam, diikuti polis dan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.
Penyelam berjaya menemui kereta mangsa yang tenggelam pada kira-kira jam 12.30 pagi, kira-kira 20 meter dari jeti dan tujuh kaki di dasar sungai dan mengambil masa lima minit untuk mengeluarkan Zulramond yang terperangkap di dalam kereta tersebut.
Insiden itu mendapat per-hatian orang ramai dan ahli keluarganya. Ibu mangsa yang terlalu sedih dengan kejadian me-nimpa anaknya itu pengsan.
Saudara tiri mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Dino, orang terakhir berjumpa de-ngan mangsa di rumah rakan mereka di Kampung Kudei.
“Saya melepak dengan Zul serta seorang lagi adik lelaki kami di rumah rakan tetapi dia meninggalkan kami untuk mendapatkan keretanya dan berbual menggunakan telefon bimbit beberapa minit.
“Saya tidak tahu dengan siapa dia bercakap tetapi sejurus selepas itu menamatkan perbualan dan memberitahu dia terpaksa meninggalkan kami. Itulah kali terakhir saya me-lihatnya,” kata Dino.
Menurutnya Zulramond, anak ketiga daripada tujuh adik-beradik dan mempunyai beberapa adik beradik tiri, be-kerja sebagai pengutip hutang dengan sebuah syarikat di Samarahan.
Dia dijadual mendirikan rumah tangga dengan tunangnya awal bulan depan.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak dan dituntut oleh keluarganya tengah hari semalam untuk di- kebumikan.


Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...