Sumber:
Utusan Borneo
Posted on November 25, 2011, Friday
LEMAS: Pasukan penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mengeluarkan mayat mangsa dari sungai. |
KUCHING: Hanya beberapa minggu lagi untuk diijabkabulkan, seorang lelaki ditemui mati lemas selepas kereta dipandunya terjunam ke dalam Sungai Sarawak dari bawah jeti Jambatan Tun Abdul Rahman Ya’akub, Satok di sini pada malam kelmarin.
Mangsa dikenali sebagai Zulramond Roslan, 33, dari Kampung Kudei didapati sudah meninggal dunia oleh pasukan penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di dalam kereta Perodua Viva miliknya yang tenggelam dalam insiden yang berlaku sekitar jam 10.30 malam itu.
Saksi di tempat kejadian Mohd Khairul, memberitahu wartawan yang dia sedang memancing di atas jambatan tersebut bersama rakannya ketika melihat sebuah kereta Viva hitam beberapa kali membuat pusingan di bawah jambatan itu sebelum terjunam ke dalam sungai.
“Saya terkejut dengan apa yang saya lihat dan memberitahu rakan saya sebelum menghubungi bomba dan polis,” katanya.
Dua puluh anggota bomba termasuk pasukan penyelam, tiba di tempat kejadian bebe-rapa minit selepas menerima panggilan pada jam 10.31 malam, diikuti polis dan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.
Penyelam berjaya menemui kereta mangsa yang tenggelam pada kira-kira jam 12.30 pagi, kira-kira 20 meter dari jeti dan tujuh kaki di dasar sungai dan mengambil masa lima minit untuk mengeluarkan Zulramond yang terperangkap di dalam kereta tersebut.
Insiden itu mendapat per-hatian orang ramai dan ahli keluarganya. Ibu mangsa yang terlalu sedih dengan kejadian me-nimpa anaknya itu pengsan.
Saudara tiri mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Dino, orang terakhir berjumpa de-ngan mangsa di rumah rakan mereka di Kampung Kudei.
“Saya melepak dengan Zul serta seorang lagi adik lelaki kami di rumah rakan tetapi dia meninggalkan kami untuk mendapatkan keretanya dan berbual menggunakan telefon bimbit beberapa minit.
“Saya tidak tahu dengan siapa dia bercakap tetapi sejurus selepas itu menamatkan perbualan dan memberitahu dia terpaksa meninggalkan kami. Itulah kali terakhir saya me-lihatnya,” kata Dino.
Menurutnya Zulramond, anak ketiga daripada tujuh adik-beradik dan mempunyai beberapa adik beradik tiri, be-kerja sebagai pengutip hutang dengan sebuah syarikat di Samarahan.
Dia dijadual mendirikan rumah tangga dengan tunangnya awal bulan depan.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak dan dituntut oleh keluarganya tengah hari semalam untuk di- kebumikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan