Jumaat, 25 November 2011

Marah berakhir dengan malu




Pembaca yang dirahmati Allah SWT.

Apabila kita bercakap tentang marah. Macam-macam jenis marah. Kita marah apabila kehendak kita tidak dituruti. Kita marah apabila timbul rasa tidak puas hati. Di jalanraya, kita biasa melihat pemandu yang marah. Di pejabat kerajaan, muka-muka marah tidak pernah surut. Di kejiranan terdengar jeritan si ibu yang marahkan anaknya. 

Kenapa marah sudah membudaya di dalam hidup kita seharian. Ada orang kata kalau tak marah, kerja tak berjalan lancar. Jadi dengan menunjukkan aksi marah, sesuatu kerja dapat diselesaikan dengan cepat. Di Pejabat-pejabat Pelajaran Daerah(PPD) di seluruh Malaysia turut merasai gelombang marah sesetengah ibu bapa. Ada yang memohon untuk ditukarkan anaknya ke sekolah harian lain yang pada anggapannya lebih berprestij. Sedangkan sekolah yang anaknya ditempatkan hanya di belakang rumah. Apabila permohonan pertukaran ditolak, mulalah marah dan dengan membusung dada berteriak untuk membuat laporan kepada Menteri. Mulalah muntahkan sifat keriakan menyatakan yang dia adalah 'orang besar'. Kenapa ini berlaku? Golongan tersebut tidak dapat menerima apa-apa realiti. Bagi mereka apa yang dihajati mesti dipenuhi. Tidak kisah menidakkan hak orang lain. Sama-sama kita muhasabah diri, marah tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah kerana sesuatu yang dimulakan dengan marah akan berakhir dengan malu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...