Jumaat, 25 November 2011

Demi cinta semua tak apa



Assalamualaikum WBT.


Tersentak hati apabila tersiar di dalam media, seorang suami seterika muka isteri sendiri. Bukan nak masuk campur dalam hal-ehwal rumahtangga, cuma kejadian tersebut dapat memberi pengajaran kepada pelajar-pelajar remaja yang sedang mengelamun dengan cinta yang tidak terjamin. 

Bukan mudah untuk membina rumahtanga dan ia tidak semudah drama siaran televisyen. Cinta kini memerlukan jaminan kewangan yang stabil. Tidak ada guna cinta bermatian, kalau nak makan nasi berlaukkan sardin bertin pun susah. Semasa remaja, ia lebih bersifat nafsu. Sanggup melakukan apa sahaja demi pasangan yang belum pun lulus SPM. Apabila hidup bersama secara sah, mulalah merasai tanggungjawab yang begitu berat. Si lelaki hanya mampu membawa ke hulu ke hilir dengan menaiki bas. Manakan tidak sewaktu bercinta bagai nak rak dahulu, naik motosikal tak apa. Tunggu bas tak apa. Semuanya tak apa. Berjalan kaki merayau-rayau satu hari pun tak apa. Tak makan pun tak apa. Demi cinta. Rupanya, di alam perkahwinan apabila anak-anak mula menderet, masalah mula meleret-leret. Konflik mula timbul dan berakhir dengan penderaan suami terhadap isteri. Ada yang diseterika, dipukul dan disula dengaan kayu. Suami yang penyayang masa bercinta dahulu sudah mula tertekan dengan masalah ringgit. Nak hidup mewah seperti orang lain tetapi tidak ada keupayaan kerana pada masa persekolahan pelajaran terabai dek cinta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...