Khamis, 23 Julai 2009

Kerjaya Guru Kerjaya Kelas Pertama

Sebelum ini, kerjaya perguruan tidak begitu mendapat istimewa dalam kalangan pelajar lepasan sekolah kerana mereka beranggapan ia sebagai kerjaya yang tidak mempunyai prospek. Tetapi sekarang semuanya sudah terbukti kerana mereka yang tidak cemerlang dalam peperiksaan SPM hanya bermimpi di siang hari untuk mengikuti kursus di 28 Institut Pendidikan Guru Malaysia(IPGM) sedia ada. Pada tahun ini sahaja, kira-kira 100,000 lepasa tingkatan lima memohon untuk mengikuti kursus perguruan sedangkan bilangan yang diambil hanya sekitar 6 300 orang.
Memandangkan negara Malaysia masih menghadapi masalah kekurangan guru dan minat generasi robotik terhadap kerjaya perguruan semakin meningkat dan membuak-buak, sewajarnya lebih banyak IPGM dibina dalam bajet negara untuk tahun mendatang dengan lebih menumpukan pembangunan infrastruktur. Bagi mereka yang terpilih untuk mengikuti kursus di IPGM, harus diingat kerjaya perguruan adalah satu tugas luhur yang memerlukan keihklasan dan semangat untuk membantu anak bangsa. Pembangunan pendidikan semakin berkembang maju. Ini selaras dengan perkembangan dunia yang inginkan masyarakat yang lebih maju di samping mengisi peluang dan ruang pekerjaan yang lebih baik. Ramai ibu bapa dan masyarakat menoleh kepada guru bagaimana dan apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh guru bagi menjamin anak-anak mereka daripada menjadi modal insan kelas pertama yang diharapkan oleh masyarakat.
Namun demikian, jika dilihat bagaimanakah penghargaan yang wajar diberikan oleh masyarakat terhadap guru. Saban tahun kedengaran pelbagai rungutan serta teguran yang boleh menyayat hati dilemparkan oleh masyarakat terhadap guru. Bahkan ianya boleh mencuit hati dan perasaan para guru yang mendidik anak bangsa tanpa rasa jemu yang mana telah banyak mengorbankan masa untuk kegemilangan generasi anak bangsa negara di masa akan datang. Komponen paling utama dalam pendidikan ialah guru. Oleh itu, tumpuan perlu diberikan kepada latihan perguruan. Suatu masa dahulu, mereka yang terbaik menjadi guru kerana hanya itu peluang pekerjaan formal yang mampu mereka jawat. Lantas guru menjadi satu pekerjaan yang dihormati oleh masyarakat dan menduduki status sosial yang tinggi.
Bila bercakap tentang ilmu, kita tidak boleh lari daripada pendidikan iaitu cara sistematik untuk mendapatkan ilmu. Ia bermula daripada kita kecil lagi hinggalah kita mati. Ia bermula dengan pendidikan pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej dan universiti. Dalam pada itu, pengalaman juga adalah penting di dalam penggunaan ilmu. Pengalaman tidak boleh diketepikan di dalam mempraktikkan ilmu kerana ia adalah asas bagaimana ilmu itu didapati. Ilmu yang kita miliki sekarang yang diajar di sekolah dan universiti adalah cetusan analisa daripada pengalaman manusia terdahulu. Di zaman serba moden ini, ilmu adalah perkara wajib di dalam kehidupan manusia kerana tanpa ilmu manusia tidak akan maju dan seseorang individu tidak akan dapat hidup senang. Justeru itu, pendidikan adalah perkara yang wajib bagi setiap individu.
Sekian
MD RASUL BIN HARON

1 ulasan:

  1. Salam, semoga cikgu sentiasa dicucuri rahmat dan dibawah lindungan Allah selalu.

    BalasPadam

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...