Dalam urusan harian, kita perlu bertindak seperti pendulang emas. Ada perkara remeh yang kita tidak perlu layan iaitu pasir-pasir lumpur yang kita mesti singkirkan daripada dulang. Ada juga perkara-perkara kecil yang kita ambil berat iaitu ketul-ketul kecil emas yang tenggelam di dasar.
Dalam kerja seharianpun begitu juga. Ada perkara remeh yang kita tidak perlu ambil tahu, tetapi dalam masa yang sama ada juga perkara remeh yang mesti dikendalikan. Sekiranya tidak, ia merosakkan keseluruhan hasil usaha kita selama ini.
Secara ringkasnya, jangan terlalu leka dan sambil lewa dengan beberapa perkara kecil yang boleh memusnahkan kita. Tetapi dalam masa yang sama kita juga tidak perlu membazirkan masa kita mengendalikan perkara-perkara tidak penting yang dapat dilakukan oleh orang lain, bahkan ada perkara yang kita tidak perlu ambil tahupun. Tumpukan kepada emas dan abaikan lumpur-lumpur yang mengotorkan.
Ikhlas daripada;
MD RASUL BIN HARON
Tiada ulasan:
Catat Ulasan