Beberapa tahun yang lalu, para pengkaji tumbuhan menemui bangkai sebatang pokok besar di lereng Long's Peak, Colorado. Selepas kajian dibuat, fakta menunjukkan perkara-perkara berikut:
1. Pokok itu berusia lebih 400 tahun
2. Ia mula tumbuh semasa Christoper Columbus mendarat di San Salvador
3. Ia sudah pun setengah umur semasa penjajah British menduduki Plymouth pada 1620
4. Sepanjang hayatnya ia pernah disambar petir sebanyak 14 kali
5. Ia juga pernah diserang ribut beribu-ribu kali
Namun pokok itu tetap kukuh dan utuh. Bencana-bencana hebat itu tidak dapat mengalahkannya. Tahukah apakah yang menyebabkan ia tumbang?
Jawapannya, kerana ia diserang oleh sekumpulan kumbang kayu. Kumbang itu terlalu kecil apabila dibandingkan dengan pokok itu, tetapi disebabkan olehnyalah, kekuatan yang hebat pun boleh jatuh tersungkur. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa peka dan mengawasi setiap perkara-perkara yang remeh atau kecil.
Sekian,
MD RASUL BIN HARON
Tiada ulasan:
Catat Ulasan