Kita pastinya pernah menghadapi situasi bertikam lidah bersama pasangan atau rakan sekerja. Berdebat atau berbincang mengenai sesuatu perkara memang amat disarankan tetapi tidak semua orang dapat melakukan perdebatan dalam suasana tenang dan santai. Jika tidak dibendung, ia boleh mendatangkan rasa tidak puas hati antara kedua-dua pihak.
Ikuti tips ini untuk mengelakkan perkara ketidakpuashatian berlaku:
1. Beri kesempatan kepada pihak satu lagi untuk berbicara atau menyampaikan alasannya
mengapa dia berpendapat sedemikian rupa.
2. Hindari sikap 'defensif'. Pastikan kita tidak terlalu menekan dan kemukakan bukti yang
mengukuhkan pandangan kita.
3. Pastikan perdebatan mempunyai komunikasi dua hala agar ia menjadi efektif.
4. Terima pandangan dan pendapat sekiranya kita tidak mempunyai alasan yang kukuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan