|
MD RASUL BIN HARON Wadah Pajak Song(Cikgu Rasul) mrasulharon@yahoo.com |
Akhbar Harian Metro yang diterbitkan pada hari ini, 26 November 2010 memaparkan kebinatangan dua jahanam yang sanggup memperkosa seorang ibu muda di Kampung Melayu Subang, Selangor. Demi menyelamatkan anak perempuannya, ibu muda ini terpaksa merelakan dirinya diperkosa oleh penjenayah yang menceroboh rumahnya, pagi kelmarin. Lebih menjijikkan, tragedi hitam itu dilakukan di depan anaknya dan dirakam oleh rakan jahanam itu menggunakan telefon bimbit.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi kelmarin, ibu muda berusia 34 tahun yang diikat tangannya diberi opsyen oleh penjahanam itu untuk menentukan siapa yang akan dirogol sama ada dia atau anak gadisnya.Dalam keadaan terdesak, ibu muda itu tidak ada pilihan melainkan membiarkan dirinya dirogol oleh salah seorang daripada dua jahanam yang berusia 20-an. Seorang lagi bertindak menjadi perakam aksi merogol rakan seprofesyennya.
Kemudian mengebas pula barang kemas dan wang tunai yang nilai keseluruhan dianggarkan RM 2000. Tertanya kita, dua jahanam itu lahir daripada mana? Apakah tidak ada nilai manusia langsung dalam hati kecil mereka? Tidak terfikirkah oleh dua jahanam itu, mereka lahir daripada seorang ibu. Tidak teringatkah mereka bahawa mungkin dua jahanam itu punyai kakak. Mungkin miliki adik perempuan. Kehidupan mereka turut dikelilingi oleh kaum wanita yang mempunyai ikatan darah dengan mereka. Kenapa sanggup melakukan perbuatan yang tidak dapat diterima oleh semua pihak? Kalau lapar duit, ambil sahaja. Adakah RM 2000 cukup untuk membahagiakan anda wahai dua jahanam? Tidak rasa berdosakah memperkosa seorang ibu muda yang memepertahankan anak gadisnya? Itulah sebab guru-guru dan ibu bapa selalu menasihatkan anak-anak untuk berperibadi mulia. Dahulu dua jahanam tidak mahu ke sekolah, apabila melihat kawan-kawan lain beroleh kejayaan dan mempunyai pendapatan lumayan, dua jahanam pun teringin untuk menikmatinya. Apa lagi rompaklah hasil usaha orang lain. Rakam pula aksi memperkosa ibu muda yang juga merupakan hamba Allah. Dua jahanam juga adalah hamba Allah. Kenapa sanggup menzalimi sesama manusia. Carilah kerja halal. Gunakan semangat berani itu dengan mencari pekerjaan yang sesuai.
Kasihanilah wanita. Menurut statistik Polis Diraja Malaysia(PDRM), setiap hari dianggarkan 10 wanita di negara ini menjadi mangsa pelbagai bentuk keganasan sama ada dari segi fizikal, seksual mahupun mental. Di seluruh dunia pula, dianggarkan seorang daripada setiap tiga wanita pernah mengalami atau berhadapan dengan apa-apa bentuk keganasan seumur hidupnya.
Sempena Hari Antarabangsa bagi Menangani Keganasan terhadap Wanita 2010, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melancarkan kempen 'Say NO-UNite to End Violence Against Women' dalam usaha membanteras masalah itu. Dua jahanam dijemput menyertai kempen tersebut. Marilah kita bersatu padu menghapuskan keganasan terhadap wanita.
nauzubillah. apa nk jadi dgn dunia skrng ni kan cikgu?
BalasPadamorg2 yg mcm tu x ptot hd0p
BalasPadammanusia yg prangai mcm setan
hrap mereka i2 dpt blasan yg stimpal nya...