Selasa, 9 November 2010

Makanan Ringan Mudaratkan Pelajar

widgets

Laporan World Health Organization(WHO) pada tahun 2006 bertajuk Marketing of Food and Non-Alcoholic Beverages to Children menjelaskan terdapat bukti untuk menunjukkan bahawa pemasaran makanan yang tinggi lemak, gula dan garam ada kesan secara langsung dengan kehendak pelajar untuk memakan makanan sebegini yang membawa kepada obesiti. Kajian juga menunjukkan bahawa pelajar yang terkelompok sebagai kanak-kanak lebih cenderung untuk memilih makanan yang berjenama daripada makanan tidak berjenama.
Peningkatan dalam pengambilan makanan yang tinggi kandungan, lemak dan garam ditambah dengan kekurangan aktiviti fizikal telah membawa kepada penyakit kronik seperti penyakit jantung, diabetis dan kanser.
Antara taktik-taktik pemasaran yang sering disasarkan kepada pelajar oleh industri makanan termasuk:
1.  Iklan televisyen
2.  Penajaan program
3.  Tarikan terhadap barang mainan
4.  Promosi atas pembungkusan
5.  Penajaan watak kartun dan selebriti
6.  Kerjasama dengan filem
7.  Laman web interaktif
8.  Peraduan
9.  Barangan percuma
10.Penajaan aktiviti sekolah
11.Risalah promosi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...