Selasa, 9 November 2010

Mempelajari Sejarah...Terimalah Realiti

widgets
Oleh:
MD RASUL BIN HARON

Bagaimana memahami sejarah dan peradabannya supaya memperoleh dapatan maksima dan tepat? Pelajar-pelajar mempelajari sejarah, sepatutnya melahirkan visi yang luas serta sikap-sikap yang positif. Namun, oleh kerana caranya tidak tepat, ia menjana sikap negatif terhadap sejarah itu sendiri. Sebahagian orientalis-missionaris mempelajari Islam tetapi bermatlamat menghina Islam.
Dalam mempelajari sejarah, pelajar-pelajar perlu berusaha bersikap kritis pada setiap elemen meskipun tidak perlu menghafal setiap peristiwa beserta tahun-tahunnya secara deskriptif. Sejarah adalah fakta dan bersifat empirik-objektif. Maknanya, ia adalah apa yang terjadi, bukan sesuatu yang semestinya terjadi. Belajar sejarah bererti melatih pelajar berfikir empirik bukan berfikir normatif.  Kita mungkin tidak bersetuju dengan suatu fakta dan realiti sejarah yang tidak sesuai dengan norma yang ada tetapi kita perlu mengakuinya apabila keadaannya memang sedemikian rupa.
Setiap yang mempelajari sejarah bukan sahaja perlu bersikap objektif dalam memahami sejarah tetapi perlu bijaksana dalam menilai sehingga ada keupayaan untuk membezakan antara realiti dan perkauman. Belajar sejarah masa lampau perlu tunduk kepada pola dan logika zaman di mana peristiwa sejarah itu terjadi bukan memaksa diri supaya sejarah mengikut pola dan logika kini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...