Pn.Norlilah binti Ismail |
ia ...menghadirkan diri tanpa kerelaan mu
ia ...meniadakan sesuatu yang pernah menjadi milik mu
ia ...berlaku terlalu pantas tanpa melengah waktu
along,
mungkin sukar
dan pastinya sangat sukar
untuk kau menerima
untuk kau memahami
untuk kau meredhai
along,
mungkin gementar
dan pastinya sangat gementar
untuk kau berfikir
untuk kau mengharungi
untuk kau merasai
along,
mungkin kecewa
dan pastinya sangat kecewa
untuk kau kenangkan
untuk kau persoalkan
untuk kau kongsikan
along,
tak termampu untuk ku
menemani mu
menjanjikan sesuatu
juga tak terdaya untuk ku
menemani mu
melakar impian yang tak berkepastian
cuma ini yang aku larat.....
mendoakan mu
agar tenang,...usah gelisah
agar senang....usah susah
kerna ini semua adalah kehendak Nya
kerna ini semua adalah ketentuan Nya
tanda kasih Ar Rahim Nya
yang mahu kamu memohon pada Nya
tanda kekuatan Ya Qahar Nya
yang mahu kamu mengaku kerdil pada Nya
bahawa ini hanya ujian di dunia fana
sebagai tempahan tiket ke syurga
merasai sakit...sebelum senang
merasai takut..sebelum tenang
merasai sedeh..sebelum girang
melalui segalanya dengan redha
dan itulah penawar sebenar.....
ikhlas
Norlilah Ismail
Tiada ulasan:
Catat Ulasan