Sabtu, 4 Disember 2010

Mengimbau Sejarah Kesultanan Melayu Tradisi


widgets

MD RASUL BIN HARON
Penterjemah Teks Pensejarahan
mrasulharon@yahoo.com














Gelaran sultan mula digunakan setelah kedatangan agama Islam ke Alam Melayu. Gelaran sultan mula digunakan pada era pemerintahan Muzaffar Shah menggantikan gelaran raja. Sultan mempunyai kedudukan yang tinggi dalam kerajaan. Sultan mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan dan mempunyai tugas yang tertentu, antaranya ialah:

- Mengetuai pentadbiran dan bertanggungjawab dalam semua aspek pentadbiran.
- Bertanggungjawab mengekalkan keamanan dan kesejahteraan dalam negeri.
- Sebagai ketua tentera dan penjaga undang-undang dalam negeri.
- Sultan juga mengambil bahagian dalam perniagaan.

Bagi masyarakat Melayu, daulat bererti kesempurnaan, kebolehan, keistimewaan dan kewibawaan untuk memerintah. Daulat berasal daipada perkataan Arab iaitu daulah yang bermaksud negeri atau kerajaan. Sultan yang berdaulat mempunyai keupayaan untuk untuk menjalankan pemerintahan dengan berkesan. Tugas rakyat pula ialah mematuhi titah perintah sultan dengan taat setia. Rakyat yang enggan mematuhi titah perintah sultan dianggap menderhaka. Rakyat yang menderhaka boleh dihukum mati atau dibuang negeri. Menurut kepercayaan tradisi masyarakat Melayu, menderhaka kepada sultan akan membawa tulah. Tulah ialah kemalangan atau kesengsaraan akibat menderhaka. Antara tidakan-tindakan yang dianggap menderhaka kepada sultan:

-  Melakukan penipuan terhadap sultan
-  Memalsukan cop mohor diraja
-  Melakukan perbuatan yang menimbulkan huru-hara
-  Memfitnah, membelot dan membunuh orang

Sultan mempunyai beberapa keistimewaan berbanding rakyat biasa. Keistimewaan ini adalah untuk memperkasakan lagi kedaulatan baginda. Sultan mempunyai alat kebesaran diraja, bahasa dan warna yang berbeza dengan rakyat biasa. Sultan juga memiliki cop mohor diraja yang mempunyai nama baginda untuk menunjukkan kekuasaan. Sultan juga mempunyai alat muzik tersendiri yang dikenali sabagai nobat. Nobat ini melambangkan kekuasaan, kedaulatan dan kebesaran sultan.

Kesimpulannya, sultan merupakan ketua masyarakat Melayu tradisi dan memiliki kuasa dan wibawa tertinggi bagi memerintah seluruh negeri serta jajahan takluknya. Sultan dianggap sebagai tunggak perpaduan, kemakmuran dan keamanan sesebuah negeri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...