Sabtu, 4 Disember 2010

Tidak Wajar Naikkan Harga 4 Produk

widgets

Oleh:

MD RASUL HARON
mrasulharon@yahoo.com

Kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak RON 95 dan diesel sebanyak 5 sen seliter serta 5 sen bagi setiap kilogram bagi gas asli cecair(LPG) berkuatkuasa tengah malam tadi. Beberapa detik sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan kenaikan harga RON 97.
Berikutan kenaikan itu, harga petrol RON 95 kini ialah RM 1.90 seliter, diesel RM 1.80 seliter manakala LPG RM 1.90 satu kg. Turut diumumkan naik ialah gula sebanyak 20 sen kepada RM2.10 bagi setiap kg. Senyum pembekal dan pemborong gula, tidak payah lagi mencipta sejarah kekurangan bekalan gula setiap kali inginkan harga naik.
Pengumuman itu dibuat melalui kenyataan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Unit Penurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), Jabatan Perdana Menteri. Menteri di Jabatan perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala pada sidang akhbarnya di Putrajaya dengan wajah ceria menjelaskan, tindakan itu adalah gelombang kedua proses merasionalisasikan subsidi kerajaan selepas yang pertama pada 16 Julai lalu yang telah menjimatkan sebanyak RM 750 juta. Semasa kerajaan diketuai oleh Tun Dr.Mahathir dahulu, rakyat tidak pernah gelisah dengan kenaikan harga minyak kerana Tun akan memberi keutamaan kepada rakyat. Mana laungan rakyat didahulukan?
Persatuan Automotif Malaysia(MAA) menjangka jualan kenderaan di negara ini akan mengatasi jumlah 570,000 unit yang diramalkan tahun ini ekoran aktiviti ekonomi domestik yang positif. Kementerian Pengangkutan pula menjangka sebanyak 20 juta kenderaan didaftarkan di negara ini menjelang hujung tahun ini. Datuk Kong Cho Ha, Menteri Pengangkutan berkata, pada tahun lalu, jumlah kenderaan yang berdaftar di atas jalan raya telah mencecah 19 juta. Keadaan ini disebabkan kuasa beli masyarakat yang semakin meningkat dan dianggarkan setiap 30 orang rakyat negara ini akan membeli kereta baru setiap tahun. Adakah dengan peningkatan kuasa beli yang ada kini, kerajaan tanpa memikirkan rakyat menaikkan harga minyak? Sebgai rakyat kita bimbang dan faham sangat dengan gelagat penjual-penjual oportunis. Harga kuih? Harga sepinggan Mi Goreng? Harga sebungkus nasi lemak? Harga minuman? Semuanya akan naik.
Harga minyak RON 97 dan RON 95 adalah tidak wajar kerana minyak merupakan nadi kepada rakyat. Kalau gula naik tidak apalah, tetapi kalau harga minyak naik, rakyat di negara ini akan makin terdesak kerana minyak menjana pembangunan negara. Rakyat banyak menggunakan bahan tersebut dan pertimbangan mengenai harga minyak adalah perlu. Ia memberi kesan kenaikan harga kesemua barangan terhadap golongan berpendapatan rendah. Utamakan rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...