Isnin, 13 Disember 2010

Namewee Kebal

widgets
MD RASUL BIN HARON
mrasulharon@yahoo.com
Jurublog Wadah Pajak Song(Cikgu Rasul)

Namewee kembali menonjolkan dirinya dan layak untuk menjadi calon Pilihanraya 13 nanti. Manakan tidak populariti murah yang diraih oleh pemuda ini menjadikannya ikon 1Malaysia. Walaupun beberapa kali menghina Islam dan bangsa Melayu, Namewee tidak pernah menunjukkan rasa kesalnya. Sultan Perak dan beberapa Sultan negeri-negeri di Malaysia memberi peringatan tegas dan jelas bahawa orang Melayu yang mempertikan status agama Islam dan hak keistimewaan orang Melayu sebagai menderhaka kepada bangsanya. Bagaimana pula dengan 'rapper' kita yang seorang ini? Bukan Melayu yang menghina Melayu. Pertemuannya dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri Aziz di bangunan Parlimen dengan berpakaian ala rap dengan baju t, seluar jean, jaket hitam serta penutup kepala mencetuskan kemarahan dan rasa tidak puas hati banyak pihak.
Apa yang disuarakan oleh Raja-Raja Melayu ini amat bertepatan pada keceluparan Namewee. Adakah Namewee juga terkelompok dalam golongan kaduk naik junjung yang berhasrat merepublikkan Malaysia.
Sebenarnya sebelum ini apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri tersebut menyatakan bahawa Namewee dianggap tidak melakukan apa-apa kesalahan atas penghinaan dan hasutan yang dilakukan. Suara majoriti rakyat harus didengari dan diambil perhatian. Ia akan memberi kesan terhadap pilihanraya yang akan datang.
Kini, pemimpin Melayu sendiri yang menyokong perbuatan Namewee. Sudah tentu ini bukan untuk meraih sokongan orang Melayu. Sebaliknya meraih sokongan bukan Melayu apabila  membela pemuda bukan Melayu yang menghina Islam dan orang-orang Melayu. Apabila Namewee mempertikaikan hak-hak orang Melayu kita boleh faham kenapa itu berlaku, tentu sahaja ada agenda di sebaliknya. Inilah ciri-ciri oportunis yang sanggup menggunakan apa sahaja peluang untuk kepentingan peribadinya.
Namewee perlu terlebih dahulu menyembuhkan luka orang-orang Melayu. Permohonan maaf perlu dibuat secara terbuka dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Kepada pihak kerajaan yang memerintah, tindakan undang-undang ke atas Namewee mesti diambil. Jangan nanti rakyat beranggapan Namewee kebal daripada tindakan undang-undang. Yang paling menakutkan, Namewee akan diangkat sebagai ikon 1Malaysia berdasarkan layanan istimewa yang diterima olehnya.

2 ulasan:

  1. seseorang yang telah melukai adalah musuh dan musuh harus diperangi habis-habisan.namewee tu ibarat ombak yang sedang menghakis pasir di daratan..semakin dibiarkan,semakin banyak hakisan yang dilakukan..

    12 December 2010 18:42

    BalasPadam
  2. Pemimpin sekarang hanya pandai bergaduh di Parlimen dan Sidang Dewan Undangan Negeri. Semuanya ingin menunjuk sebagai hero. Rakyat jadikan mereka wakil rakyat untuk memperjuangkan kepentingan rakyat.

    BalasPadam

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...