Norlilah Ismail |
Hati ku betul betul tak karuan,..masa berdepan dengan janda tu. Aku berhias cantik, kerana aku mau dilihat lebih cantik dari janda tu. Aku berjanji pada diri, mesti kawal perasaan, tak mau dilihat emosional...aku mau aku lebih hebat, dari janda tu dari segala aspek... aku berlatih bercakap sendirian,.. berfikir mencari perkataan yang hebat untuk ku gunakan semasa bercakap dengan janda tu nanti. ...urggghhhh macam nak masuk pertandingan pidato pulak rasanya!! dan dalam detik detik kritikal itu, sesekali timbul dalam hati...kenapa aku lakukan semua ini? apa ni? Kenapa hati ini beriya iya pulak nak pertahankan sesuatu yang pernah aku miliki...sebagai isteri dia. Dan ada suatu suara dalam minda yang tak habis habis mengutuk aku ..... gila talaklah, padan mukalah.. dan ini menyebabkan aku rasa sangat sangat sangat menyesal...dan semakin rindu pada dia, bekas suami....dan tanpa dipinta air mata ku turun ibarat teman setia di kala hati pedih dan sedih.
Dia mahu aku terangkan kelemahan nya pada bakal tunang nya......apa yang harus aku katakan? Besar sangatkah kelemahan dia jika dibanding dengan kebaikannya? Sabarnya dia dengan karenah aku.... cekalnya dia melayan anak setiap kali aku keluar? Taat nya dia pada ibu dan bapa mertuanya,...iaitu ibu bapa ku!!! Gugup nafas ku, ...dan aku yang beriya iya nak berpisah dengan dia... aku yang ego, aku yang degil....aku yang tak sedar diri...aku yang lupa daratan!!!! Cemburu hati ku memuncak tinggi pada janda tu sekiranya dia berjaya menjadi isteri nya,....menjadi pengganti aku. huhuhuhuuuu......sedu sedan ku dalam senyap, dan aku terpaksa mengakui kelembutan perwatakan janda tu, memang terbaik buat Manja dan Aliff...
Dan sebagai memenuhi janjiku pada dia, aku pun menyatakan kelemahan nya pada janda tu....kelemahan dia ialah SAYA!! Saya tak layak untuk dia .... saya tak pandai bersyukur, saya terlalu pentingkan diri, saya keras hati dan saya banyak menyusahkan dia....dia mungkin tak pandai berbicara dengan romantik, tapi cara dia menjaga saya masa sakit adalah lebih indah dari ayat ayat romantik yang pernah saya dengar, dia mungkin tak selalu bawa saya melancong dan jalan makan angin, tapi kekerapan dia bawa saya pulang ke kampung ke rumah umi adalah lebih mulia dari melancong keserata dunia, ...setakat itu sahaja yang mampu ku luah, yang mampu ku katakan ..dan aku terus berlari meninggalkan janda tu ....menuju terus ke kereta ku, dan meraung sekuat kuat hati...sekuat bunyi deruman enjin kereta ku.....
Dua hari berlalu....aku hidup bertapa sendirian...tak bercakap dengan sesiapa, telefon bimbit aku tutup, laptop langsung aku tak sentuh, cuma TV sahaja yang aku biarkan bersiaran marathon terus terusan tanpa henti... sebagai teman. Hati ku layu, semangat ku dah lesu....makan tak lalu, dan malu aku maluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.............dan hari ini adalah hari pertunangan dia dan janda tu.....janda yang sopan tu, janda yang lembut tu, janda yang kuat pegangan agama nya tuuuuuuuuuuuu langsung tak boleh dibanding antara aku dengan janda tuuu.... dan aku terbayang jari manis janda tu akan disarungi cincin oleh maknya,..macam aku duluuuu, huhuhhuuuuuuuuuuu tak mau! tak mau! tak mau fikir!!!! betul kata umi, aku akan menyesal nanti......umi ampunkan saya!!!! umi tolongggggggggggggg...............bolehkah aku terus berada di situuuuuu di tempatku duluuuuuuuuuu...............................
Tiba tiba.....pertapaan aku terganggu dengan ucapan salam dari luar...wak alaikumusalam, jawab ku ringkas,.. sambil mencari kotak tisu, nak lap air mata dan hembus hingus yang dah mulai menyumbat saluran udara lubang hidung ku ini. Selerakkk biar jelahh...aku menuju ke pintu. Alangkah!!!!!.....Aliff dan Manja meluru memeluk pinggang ku...ehhh ehhh......princesss!!!!!! Abanggg !!! teriak ku sambil memeluk mereka berdua...dan tiba tiba mataku terpandang pada lembaga yang terpacak di belakang ...DIA??? dan UMI????......dan aku pun semakin kemas memeluk kedua-dua jantung hati ku itu, dan tanpa dipinta air mata ku hadir ibarat teman setia di kala hati ini benar benar tersentuh......tika aku benar benar merasai kerdil dan mensyukuri rahmat Mu Ya Rabbi yang Maha Pengasihani..kerana mengizinkan aku untuk terus berada disitu bersama Manjaku, Aliff dan Dia.........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan