Khamis, 6 Januari 2011

Sayangi Harta Sekolah

Oleh:
MD RASUL BIN HARON
mrasulharon@yahoo.com

Sekolah adalah tempat kita mencari ilmu. Selayaknya ia perlu dijaga. Bukan generasi kita sahaja yang akan belajar di sekolah tempat kita belajar sekarang tetapi akan diikuti oleh generasi lain selepas kita. Oleh itu, jagalah harta sekolah agar tidak rosak binasa. Bagi yang tidak bertanggungjawab, mereka sanggup menconteng dinding, memecahkan peralatan sekolah dan lain-lain. Sikap menganggap 'rosak pun tak apa, sekolah boleh ganti' adalah satu pandangan manusia pelajar yang tidak menyayangi sekolah seperti menyayangi harta sendiri.
Ketika orang lain mengambil berat menjaga kebersihan sekolah, kita membuang sampah di merata-merata tempat. Membiarkan tandas menjadi kotor selepas kita menggunakannya. Di manakah akhlak yang baik yang diajarkan oleh agama kita yang amat mementingkan kebersihan mengamalkan kesederhanaan hingga tidak membazir dan lain-lain?
Janganlah kita menjadi pelajar ikut-ikutan tanpa ada jati diri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...