Jumaat, 21 Januari 2011

Bolehkah aku terus di situ~5

Oleh:
Norlilah Ismail

Apa lagi yang mampu aku katakan? ….nasi sememangnya sudah menjadi bubur.  Dulu, Allah beri segala nikmat Nya pada ku, suami yang baik dan penyayang,…..anak anak dan segalanya baik dan lancar…hidup sederhana dan tidaklah teruk sangat..Cuma aku, aku lah yang tidak pandai bersyukur, aku kufur pada nikmat Allah, aku khianati  kebahagian dalam berumah tangga, hanya kerana aku mahu lebih dari apa yang telah Allah tentukan untuk aku. Tamak…ya!  aku tamak…huhuhuuuu….aku kaburi pandangan dan rasa pada segala kebaikan dan kebahagiaan yang telah terbentang buat ku…dan aku mengungkit ungkit untuk sesuatu yang bukan hak...aku sering menyindir dia, tentang bagaimana suami member member aku diceritakan telah melayani mereka dengan berbagai cara yang gah, yang  glamer. Aku perbesar besarkan isu yang remeh, tak puas hati kerana dia tak bawa aku bercuti, tak bawa melancung….tak meraikan hari lahir aku dengan ‘surprise party’…….dan aku memperlekehkan bila dia bawa aku bercuti tapi menginap di hotel ‘cap ayam’…. Dan sering mengomen tak sudah sudah pada pilihan baju, beg tangan yang dia belikan….hmmm dahsyatnya perangai aku!!! Aku tahu….dia memang sedih dan bingung,..kerana perubahan sikap aku yang semakin menjadi jadi, lebih lebih lagi selepas aku bertukar kerja di syarikat antarabangsa tu…padahal aku juga tahu, dia membantu adik bongsu nya yang sedang belajar di IPT, dan aku juga tahu,…….dia lah yang sering membantu ayah ku yang menderita untuk mendapatkan rawatan pada masalah saraf  setelah diserang strok.. kerusi roda ayah dia beli, alat mengukur tekanan darah ayah dia beli, berbagai “gadjet” lain  sesuai untuk masalah kesihatan ayah..hampir semuanya dia yang beli… asal dengar ada peranti yang bagus untuk mengurangkan  kesan strok….memang dia berminat,dan beli untuk ayah. Sebab itulah Umi sangat sangat sangat sayangkan dia…hmmmm kekadang aku pun rasa cemburu, kerana aku rasa Umi lebih sayangkan dia, dari aku….pada hal dia hanya seorang menantu!!!.....tapi itulah dia, dia yang baik, yang sabar, yang terlalu berhemah, yang tak akan bercakap merapu rapu…. Dia mudah  memohon maaf, dan mudah pula memaafkan …..dan segalanya itu aku anggap sebagai sangat membosankan. Haiihhhhh….!!!  Panjang keluhan ku………….
Memang pada tempoh  aku “dirasuk” hantu memberontak,… aku keluar malam pergi makan  juga berkaraoke dengan member member, dan aku enjoy  sampai lupa daratan………aku lupa suami,anak, lupa tanggungjawab. Masyaallah!! Itulah aku……… entah ke mana rasa cinta yang telah kami pupuk bersama sejak di Universiti, …cinta agong yang telah berjaya melepasi berbagai ujian,…..yang telah merakamkan berbagai rakaman sejarah indah, dan aku senyum sendirian…bila teringat bagaimana aku menangis macam budak kerana terlepas bas ekspress untuk balik bercuti berhari raya,…dan hanya dia sanggup menemani aku menaiki bas perantaraan dari Bandar ke Bandar hingga sampai ke kampong halaman,…bersahur dengan roti dan air kotak,..ermmmm aku ingin kembali ke saat itu…abang, aku menyayangi mu… maafkan segala keceluparan mulut ku, kedegilan dan ego ku, maafkanlah….maafkanlah…… maafkanlah………..
 Berbeza sekali dengan hubungan seronok dengan si dia…tetapi ia tidak mengimbau kenangan manis…., tiada nostalgia, tiada yang mengusik jiwa selain keseronokan……  entahlah aku pun tak faham kenapa aku boleh jadi sebodoh itu…kalau nak kata aku macam si anjing yang tamak melepaskan tulang yang digonggong hanya kerana terpukau dengan bayangan …..yelah aku mengaku…akulah tuuuu…dan kini aku sedang menghadapi hukuman dan padah atas segala perbuatan ku. Aku alami kepahitan itu…sendiri.
Belum pun selamat dari dihantui oleh kesalan dari dosa dosa lama ku…. Kini aku dihidangkan pula dengan satu lagi konflik. Aku mengharapkan peluang kedua untuk bersama dia dan anak anak, agar dapat aku tebus segala silap salah ku dengan ketaatan, kejujuran seorang isteri dan kelembutan hati penuh kasih sayang  seorang ibu pada Manja dan Aliff….. macam macam telah ku rancang, sebagai “dam” segala kesalahan aku sebelum ini, aku bertaubat, aku tunduk sujud memohon peluang dalam solat hajat…….aku memohon dari Ilahi… untuk terus berada di situ. Aku basahi sejadah ku dengan airmata yang tak terdaya aku  tahan…memang aku benar benar insaf. Tolonglah… …dan doa ku Allah tunaikan, aku benar benar berpeluang kembali di situ ………Cuma kali iniiiiiiiiiiiiii…kehadiran yang tak sama, kehadiran bukan seperti dulu,…kehadiran yang lebih mencabar dan berdepan jalan yang semakin berliku….mampukah aku???
Aku yakini taqdir Allah, …qada’ dan qadarnya…laluan hidup setiap hambanya yang telah ditentukan Nya di LohMahfuz….segalanya adalah dalam pentadbiran dan urusan Nya yang maha berkuasa, juga maha pemurah lagi maha pengasihani….aku terasa amat kerdil,..bila berdepan dengan kebijaksaan Mu Ya Rabb,..tuhan yang lebih mengetahui. Alhamudulillah, aku dapat berfikir dengan rasional..sensibel tanpa ditawan oleh emosi atau pun hafsu gila…..syukur Ya Allah, aku sekarang lebih matang….!!!
Syarat yang diberi oleh janda itu,.. hmmmm adalah jawapan pada doa ku,…peluang kedua yang aku minta.  Dan aku yakin ia juga datang dari sekeping hati yang baik, yang lebih dulu mengharungi hidup tanpa suami tercinta,…patutlah dia faham bagaimana rasanya. Baiknya janda tu…mulianya !!! Tamak bukan satu sifatnya…ouhhh!!! Hebat…sememangnya dia sangat sederhana,..dalam pertemuan ringkas tempuh hari, aku yang gelabah, berhias sakan, bersolek maut..hanya kerana aku takut, takut kelihatan hodoh, takut janda tu lebih cantik dari aku…. Dan aku dimalukan dengan bayang bayang aku sendiri,.kerana memang janda tu datang sesederhana dan seadanya…dia!!! Lembut dan manis sekali….tutur kata dan senyuman nya, berbanding aku yang sedaya upaya nak menonjol..huhuhuu maluuuu……… maka mampukah kami bersama berkongsi kasih??? Bolehkah aku berkongsi??? … Aku yang pendesak…yang selalu nak menang… yang ego…hhhurrrggghhh……dan Dia,bekas suami ku walaupun baik mampukah dia berlaku adil?...mampukah dia memberi nafkah..???mampukah dia mengawal kami sekiranya ada di antara kami yang melampaui batasan..??? mampukah dia menyayangi dengan adil pada anak anak yang sedia ada, yang tiri, dan yang bakal lahir selepas ini ??? Pelajaran mereka macamana..???? kebajikan mereka macamana…??? Gaji dia cukup ke?...Hari raya macamana?.... Poligami memang halal… tetapi ia diikat dengan syarat yang ketat….poligami bukan satu kelebihan pada lelaki, tetapi ia adalah satu tambahan tanggungjawab…. Yang perlu ditanggung dan kemudian dijawab di padang masyar kemudian…… kebaikan dia tidak sesiapa dapat nafikan, tapi ini bukan sekadar baik..bukan setakat  sabar,..dugaan nya berganda, ujian nya juga bukan main main..Seorang aku, pun dia tak berdaya nak tegur, nak marah …… takut!! Kebaikan dia akan menjadi titik kelemahannya..aku takut, takut pada ketidakadilan …dan akan menyeret dia ke kemurkaan Allah…bukan itu yang aku mahu. Soal ini bukan boleh dibuat uji kaji, bukan kereta yang boleh di pandu uji….sekali lafaz aqad diakui sah..maka bermula tanggungjawab,….rasa bergoncang dadaku, jantung ini terasa sempit dan kaku..cinta dan sayang ku pada dia bukan mainan,..ini memang sudah pasti,..setelah apa yang aku harungi. Cinta ini mahukan kesejahteraan dunia hingga ke akhirat…aku sedar sekarang itulah nilai cinta kasih sayang aku yang sebenarnya….pada dia!!!..dan sedikit pun aku tidak mahu dia menderita lagi,  aku tidak mahu dia sedih lagi, aku tidak mahu dia kecewa lagi…dan aku lebih lebih lagi tidak mahu dia menanggung dosa atas kelemahan dirinya…tidak tidak ..cukuplah apa yang dia tanggung sebelum ini.
Dan inilah keputusan muktamad ku…
Demi cinta ini,  cinta yang dianugerahkan Allah pada hamba hamba nya.. cinta ku pada dia..biarlah aku mengundur diri… aku sanggup mempertaruhkan poligami dalam hidup kita, kerana atas rasa cinta dan kasih sayang pada dia, aku tak sanggup meletakkan dia dalam bebanan tanggungjawab yang bertambah. Biarlah aku mengalah… mencintai tidak semestinya memiliki,..hanya ini sahaja aku rasa pengorbanan yang setimpal untuk menebus dosa dosa lama ku… aku rasa manja dan aliff juga pasti lebih tenang,..tanpa diseret dalam kancah perjudian nasib orang dewasa. Tidak akan kurang seinci pun kasih ku pada mereka permata hati ku…malah mereka jugalah pengikat antara aku dan dia,..kita tidak akan terpisah…selagi ada mereka berdua. Biarlah aku sendirian…dan aku akan ambil ruang ini untuk aku betulkan diri ini, merawat ayah…. Lebih mendekati umi, agar aku berpeluang memenangi  kasih sayang umi yang selama ini aku cemburui…….. berilah aku kesempatan untuk bersama membesarkan manja dan aliff,..walaupun dari jauh!!! Ya Allah ….. harapan ku, pengorbanan ini cukup untuk menebus kesilapan semalam… berilah kekuatan, berilah ketenangan,..jangan adanya rasa was was  atau syak di hati dia dan bakal isterinya pada keputusan ku ini……..kerana rasanya aku tidak layak berada di situ..di antara dia dan janda itu………. Terima kasih atas peluang kedua yang kalian berikan,..terima kasih juga atas segala memori indah bersama, layanan baik dia pada ku, puas sudah aku nikmati kesabaran dia… juga atas segala kemaafan yang tidak ternilai …pada ku semestinya dari dia. Semoga berbahagia..tanpa aku di situ…….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...