Adakah kau pasti
ini yang kau ingini
ini yang kau hajati
Adakah kau pasti
apa yang kau lakukan
akan membawa kepuasan
akan meraih sokongan
Adakah kau pasti
dendam mu sudah terbalas
marah dapat kau lepas
musuh telah kau tumpas
Adakah kau pasti
kau telah menang?
atau itu semua adalah bayangan
yang selama ini kau angan angankan
kau rasa kau jaguh
kau ingat kau teguh
khayal dalam tepukan gemuruh
sayang sekali
dengan hanya pandai memaki maki
hanya akan membongkar diri
betapa daifnya harga diri
betapa kau sangat dibenci
oleh kami
yang sangat mengenali
kau dan koncu koncu nya sekali
nukilan
Norlilah Ismail
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Awalan meN-
Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...
-
Tweet Asaalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian. Hari ini saya nak berkongsi cerita menarik dengan anda. Seseora...
-
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, perkataan “kepada” dan “pada” tergolong dalam kata sendi nama. Perkataan “kepada” terletak di hadapa...
-
KUALA LUMPUR - Syarikat Malaysia mesti melaksanakan program pemeriksaan pekerja sebagai prosedur operasi standard sebelum memilih cal...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan