Oleh:
MD RASUL BIN HARON
Pepatah mengatakan sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Anda mungkin sering meletakkan wang syiling di merata tempat tanpa memikirkan bahawa jika wang syiling itu dikumpulkan dalam satu bekas khas maka jumlahnya boleh mencecah puluhan dan ratusan ringgit. Oleh itu jangan pandang sebelah mata wang syiling anda. Tiada wang syiling, tiadalah wang ringgit.Anda tahu, penulis begitu kagum dengan sikap menabung seorang pelajar Tingkatan 4 SMK Selayang Bharu, Batu Caves. Pelajar itu menyelesaikan bayaran tambahan persekolahan atas hasil usaha gigihnya menyimpan wang syiling. Pelajar itu boleh berdiri sendiri untuk meneruskan perjuangan. Untuk menjadi anak yang berjaya dan berjasa. Semoga sikap suka menabung ini boleh dijadikan pedoman dan panduan kepada semua. Guru kelasnya serta warga SMKSB amat berbangga memiliki pelajar sepertinya.
Semasa kita masih kanak – kanak lagi kita telah di ajar akan kepentingan menabung, namun amalan ini mungkin berbeza dan akan berubah apabila kita meningkat dari zaman kanak – kanak, alam remaja dan seterusnya dewasa. Kadang – kadang kita perlu berhutang untuk memenuhi keperluan kehidupan dan kurang berusaha untuk menabung atau meningkatkan jumlah tabungan. Jadi keadaan ini perlu diubah kerana tabungan dan simpanan kewangan adalah jaminan untuk masa hadapan.
Apa yang perlu kita ketahui pada mula – mula sekali ialah kepentingan tabungan itu sendiri. Simpanan kewangan atau tabungan ini mampu menyelamatkan kita terutamanya jika berlaku sesuatu musibah atau bencana pada masa akan datang. Apabila kita sedar betapa pentingnya kewujudan tabungan ini pasti kita akan mula atau beringat untuk membina tabungan atau wang simpanan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan