Jumaat, 29 April 2011

Obesity In Children

MD RASUL BIN HARON



Childhood obesity is a condition where excess body fat negatively affects a child's health or wellbeing. As methods to determine body fat directly are difficult, the diagnosis of obesity is often based on BMI. Due to the rising prevalence of obesity in children and its many adverse health effects it is being recognized as a serious public health concern. The term overweight rather than obese is often used in children as it is less stigmatizing. Classification Body mass index (BMI) is acceptable for determining obesity for children two years of age and older. The normal range for BMI in children vary with age and sex. The Center for Disease Control defines obesity as a BMI greater than the 95th percentile. It has published tables for determining this in children. Effects on health The first problems to occur in obese children are usually emotional or psychological. Childhood obesity however can also lead to life-threatening conditions including diabetes, high blood pressure, heart disease, sleep problems, cancer, and other disorders. Some of the other disorders would include liver disease.

Khamis, 28 April 2011

Standard Guru Malaysia

Oleh:
MD RASUL BIN HARON
Sumber: Wikipedia


Malaysia memberi penekanan tinggi terhadap pembangunan modal insan kelas pertama di mana bina upaya adalah pendekatan utama ke arah mencapai status negara maju pada tahun 2020. Modal insan adalah harta yang boleh disuntik nilai tambahnya, diinjakkan nilai inteleknya serta diperbanyakkan modal budayanya.
Pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti; yang dapat menghasilkan individu yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju. Pendidikan juga perlu membentuk modal insan yang mampu berfikiran kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang baru, mempunyai daya tahan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang sering berubah.
Dalam abad ke-21 ini, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Sehubungan dengan itu Malaysia memerlukan modal insan yang juga celik TMK, progresif dan mampu bersaing di pasaran kerja global.
Pembangunan sistem pendidikan bertaraf dunia mengikut acuan Malaysia adalah agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Justeru itu, guru perlu memahami, menunjukkan kesungguhan, dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan daya usaha dan pendekatan baru ke arah usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan seperti petikan yang berikut:
”... as the most significant and costly resource in schools, teachers are central to school improvement efforts. Improving the efficiency and equity of schooling depends, in large measure, on ensuring that competent people want to work as teachers, that their teaching is of high quality, and that all students have access to high quality teaching.”
(Organization for Economic Co-operation and Development; petikan daripada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan KPM 2007; hal. 106 )
Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha untuk melahirkan guru yang berkualiti dan memastikan mereka yang berkualiti kekal dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan. Antara langkah yang telah diusahakan termasuklah memantapkan latihan perguruan, menambah baik sistem pemilihan calon guru, melonjakkan kecemerlangan institusi latihan perguruan, dan menambah baik laluan kerjaya serta kebajikan guru.
Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan peneraju utama latihan perguruan di Malaysia. BPG bersama-sama Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) bertanggungjawab merancang dan melaksanakan latihan perguruan untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar di institusi pendidikan seluruh negara. Bagi menjamin guru yang dihasilkan berkualiti tinggi, tiga aspek utama ditekankan iaitu amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.
Bahagian Pendidian Guru telah mengambil langkah proaktif dalam membangunkan standard guru sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan di Malaysia.

Bekas cikgu tumbuk, sepak guru besar didenda



<>  <>
 


 


ALOR SETAR – Seorang bekas guru lelaki dijatuhi hukuman denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas didapati bersalah menumbuk dan menyepak seorang guru besar sehingga cedera empat tahun lalu.
Majistret Nor Azah Idris turut memerintahkan Norazman Abdul Wahab, 43, dari Jalan Datuk Kumbar di sini dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda tersebut.
Norazman yang merupakan bapa kepada empat orang anak didapati dengan sengaja melakukan perbuatan itu terhadap Halim Saad, 52, di pejabat Sekolah Kebangsaan Gerigis, Jalan Langgar di sini pada pukul 8.30 pagi 20 Disember 2006.
Mangsa ditumbuk di muka dan disepak di paha oleh tertuduh sehingga terjatuh.
Norazman dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Norazman yang memakai baju kemeja warna hitam merayu agar hukuman ringan dikenakan kerana dia tidak mempunyai pendapatan selepas tidak bekerja sebagai guru sejak tiga tahun lalu selain mempunyai tanggungan seorang isteri dan empat orang anak.
“Saya mohon dikurangkan hukuman kerana dua anak saya masih belajar di universiti sementara dua lagi bersekolah,” katanya.

Sabtu, 23 April 2011



PELANCARAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN KE- 40

P
SUMBER: Laman Web KPM
Oleh Bahagian Pengurusan Maklumat


Jumaat, 22 April 2011

Temukan aku dengan anak ku...


Pn.Norlilah bt Ismail






















bonda...


segar ingatan mu
besar harapanmu

anak yang dalam pelukan mu
anak yang didukungan mu
anak yang kenyang dengan suapan mu
anak yang basah dengan mandian mu
anak yang lena di ribaan mu

siapa yang dapat menyangka
yang manis bertuka tuba

jauh sekali menyimpang dari garisan pemula
keras hati mu,wahai anak..... kau lontarkan kata kata berbisa
tiada langsung timbang rasa
menghargai sayang bonda

sabarlah bonda
inilah cabaran menguji mu
hanya doa ikhlas mu
hanya keampunan mu
penawar pada kesulitan mu
berdoalah tanpa jemu
berdoalah tanpa lesu
berdoalah hingga kau temui
semula anak mu
seperti yang dulu...

nukilan;
norlilah ismail

Kursus Integrasi ICT Dalam P&P Secara Online

Sumber:
Laman Web
Bahagian Pendidikan Guru

Adalah dimaklumkan bahawa Kursus Integrasi ICT Dalam P&P akan diadakan secara dalam talian. Kursus ini boleh disertai oleh semua guru dan akan dikira 3 hari berkursus jika peserta menamatkan kursus dan menghantar pelan tindakan. Kursus ini juga boleh dijadikan sebagai satu aktiviti LDP secara schoolbased. Maklumat lanjut pelaksanaan sila email upp.bpg@gmail.com

Arahan kepada peserta kursus LDP secara atas talian :

1. Sila isikan borang pendaftaran kursus.

2. Mulakan kursus atas talian.

3. Tamat kursus

4. Email Pelan Tindakan yang dihasilkan dan maklumat peserta ke uppg.bpg@gmail.com



# Sijil akan dihantar selepas BPG mendapat Pelan Pengajaran yang dihasilkan oleh peserta #

Tiket percuma MAS kepada pelajar, guru cemerlang

22/4/2011

JERANTUT 22 April - Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) menawarkan tiket penerbangan percuma ke destinasi terpilih di Asia Tenggara sebagai insentif kepada pelajar dan guru yang berjaya meningkatkan pencapaian sekolah menerusi projek Pintar MAS.
Pengerusi MAS, Tan Sri Dr. Mohd. Munir Abd. Majid berkata, melalui insentif itu, ia mampu memberi motivasi kepada pelajar untuk meningkatkan pencapaian akademik di samping mengukuhkan jati diri. - Utusan

Jumaat, 8 April 2011

Gengster Budak Sekolah

Oleh MANIRAH OTHMAN

manirah.othman@kosmo.com.my



KUALA TERENGGANU - Perasaan mahu membalas dendam yang membuak-buak mendorong sekumpulan lebih 20 pelajar sebuah sekolah menengah agama dekat sini menyerbu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Durian Guling, Marang untuk memukul seorang pelajar tingkatan lima.

Serangan ala gengster pada pukul 11 pagi itu berlaku apabila kesemua pelajar terbabit menceroboh sekolah mangsa lalu pergi ke kelas Wan Nur Azri Wan Mohamad, 17, selepas waktu rehat sebelum membelasahnya di belakang bangunan makmal.

Difahamkan, kumpulan pelajar tersebut datang ke sekolah berkenaan dengan menaiki kenderaan dari sekolah mereka yang terletak kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian. Bagaimanapun, nasib menyebelahi Wan Nur Azri apabila kesemua suspek bertempiaran melarikan diri selepas perkara itu dimaklumkan kepada guru SMKA Durian Guling.

Ibu mangsa, Zalina Mamat, 45, memberitahu, dia dan suaminya bergegas ke sekolah sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh anaknya.

Khamis, 7 April 2011

Murid cedera diserang anjing


Oleh Farik Salleh






















KOTA TINGGI – Seorang murid tahun tiga cedera di seluruh badan dan hampir putus telinga kanan selepas diserang empat ekor anjing berhampiran rumahnya di Kampung Panti di sini Ahad lalu. Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, Muhammad Rafiq Abdul Rashid, 9, dan kembarnya, Muhammad Rafie sedang bermain tidak jauh dari rumah mereka sebelum empat ekor anjing peliharaan jiran mereka terlepas lalu menyerang mangsa.

Rafie berjaya melarikan diri tetapi Rafiq terjatuh lalu digigit dan dicakar di bahagian belakang badan. Akibat serangan haiwan itu, mangsa menerima 30 jahitan dan dirawat di wad Hospital Kota Tinggi selama tiga hari.
Menurut Rafiq, dia tidak mampu melakukan apa-apa ketika diserang dan hanya mampu baring dan menutup muka dengan kedua-dua belah tangannya.

“Anjing tersebut terus menggigit telinga, tengkuk, paha dan kaki saya menyebabkan saya meraung kesakitan.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Anugerah Pelajar Cemerlang Berita Harian 2010(APC-BH 2010)

Pencalonan Anugerah Pelajar Cemerlang Berita Harian 2010 (APC-BH 2010) bagi kategori UPSR, PMR dan SPM kini dibuka. Anugerah yang dibahagikan mengikut tiga kategori peperiksaan itu terbuka kepada pelajar cemerlang yang menduduki peperiksaan pada tahun 2010.



Dapatkan borang penyertaan di ahbar Berita Harian

Rabu, 6 April 2011

Pelajar disaran kuasai bahasa Jepun

PUTRAJAYA 4 April - Para pelajar sekolah menengah disaran mengambil kesempatan menguasai bahasa Jepun sebagai persediaan untuk melanjutkan pelajaran ke negara matahari terbit itu.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, sehingga kini terdapat 51 sekolah berasrama penuh (SBP) dan 40 buah sekolah menengah harian yang menawarkan mata pelajaran bahasa Jepun.

"Bagi mengukuhkan lagi penguasaan pelajar, 120 guru bahasa Jepun telah disediakan untuk mengajar di SBP dan sekolah menengah harian yang terpilih."Untuk menilai tahap pencapaian murid, peperiksaan pencapaian di bawah pengelolaan Bahagian Perkembangan Kurikulum akan diadakan bagi pelajar tingkatan empat," katanya ketika berucap pada Majlis penyerahan Cek Perolehan Peralatan Pengajaran Bahasa Jepun di Sekolah-Sekolah Harian Kementerian Pelajaran Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu Abd. Ghafar menerima replika cek bernilai RM40,000 daripada Pengarah Yayasan Dewan Perdagangan dan Perindustrian Jepun Malaysia (JACTIM), Kenji Kojima bagi menanggung kos pembiayaan peralatan pembelajaran bahasa Jepun untuk 35 buah sekolah di negara ini.

Menurut Abd. Ghafar, bagi pelajar yang menduduki peperiksaan bahasa Jepun, sijil penguasaan bahasa Jepun akan dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran dengan kerjasama Yayasan Jepun Kuala Lumpur.Selain itu katanya, penguasaan bahasa Jepun di sekolah bukan sahaja bermatlamat untuk melanjutkan pelajaran dan mendapat pekerjaan semata-mata tetapi bertujuan mendedahkan budaya cemerlang masyarakat Jepun itu sendiri.

"Bagaimanapun menjadi satu kelebihan kepada pelajar terlibat melanjutkan pelajaran di negara itu dan pendedahan awal ini memudahkan mereka membuat persedian apabila belajar di sana," katanya.

Utusan Malaysia Online
6 April 2011

Isnin, 4 April 2011

Transformasi pendidikan perlu menyeluruh

Oleh Ruhaiza Rusmin
ruhaizarusmin@hmetro.com.my






















MELANGKAH KE DEPAN...pertukaran maklumat dan kepakaran di peringkat antarabangsa boleh disatukan menerusi penciptaan produk inovasi. GELOMBANG pendidikan yang dulunya berskala kecil, kini semakin berubah hingga menjadikannya pelaburan lumayan kepada industri dan institusi yang berani menyahut cabaran.
Dengan pelbagai transformasi global, pendidikan menjadi agenda baru kepada masyarakat dunia untuk mengangkat martabat kehidupan ke landasan penyebaran ilmu baru dan perkongsian maklumat terkini juga menyamaratakan taraf mutu pendidikan agar setara institusi lebih terkemuka.

PENDEDAHAN...kualiti pengajian mahasiswa juga mampu dipertingkatkan apabila pertukaran maklumat dapat dilaksanakan dengan kerjasama antara institusi pengajian.


















BANGGA...institusi yang berupaya menghasilkan kejayaan sudah pasti dipandang tinggi dan diperakui, sekali gus membantu melonjakkan kemampuan di pelbagai peringkat. Meskipun perubahan itu dicerminkan sebagai usaha proaktif dan positif, ada pula memberi reaksi kontra dengan tanggapan institusi hanya melakukannya akibat terpengaruh dengan budaya ikutan serta tidak mahu dianggap ketinggalan. Institusi berkenaan dituduh sanggup memperjudikan nasib semata-mata ingin memahat nama di peringkat antarabangsa sedangkan tiada kemampuan melaksanakannya.

Itukah budaya yang sedang membelenggu institusi pendidikan dunia hari ini? Rektor Universiti Pertanian Bogor, Indonesia, Profesor Dr Herry Suhardiyanto berkata, transformasi pendidikan perlu dinilai secara menyeluruh bagi menjadikannya kompetitif untuk memenuhi kehendak serta keperluan globalisasi. Menurutnya, perubahan itu tidak boleh dilakukan secara terburu-buru atau hanya ikutan kerana membabitkan kapasiti keseluruhan institusi untuk diberi penilaian oleh masyarakat.

























 
“Transformasi bermaksud sesebuah institusi itu bersedia melaksanakan perubahan lebih besar dan melakukan anjakan paradigma dalam semua segi. Dengan kata lain, bersedia melonjakkan kemampuan dan bersaing dengan institusi lain. “Ini bukan tugas mudah atau semata-mata hanya mahu mewujudkan situasi ikutan. Setiap institusi perlu ada perancangan tertentu bagi pembangunan jangka panjang kerana perubahan itu tidak hanya tertumpu pada satu pihak, malah membabitkan satu organisasi. “Justeru perancangan penting bagi menilai kemampuan sama ada sudah bersedia atau tidak. Namun keperluan dunia hari ini memang memerlukan institusi pendidikan melakukan perubahan bukan atas dasar glamor tapi penambahbaikan taraf serta mutu pendidikan masa depan,” katanya yang ditemui ketika Forum Presiden Universiti yang dianjurkan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai, Johor, baru-baru ini.
Majlis itu acara tahunan berprestij yang dianjurkan institusi pendidikan tinggi untuk membincangkan kepelbagaian isu pendidikan global oleh institusi pendidikan dunia dalam menentukan hala tuju institusi masa depan.

Transformasi pendidikan tidak hanya menyasarkan matlamat membina nama, status dan penjenamaan, malah memberi timbal balas kepada penjanaan kemahiran diri dan insaniah pensyarah-mahasiswa. Era pendidikan dunia masa kini juga bukan lagi membudayakan kepelbagaian jurusan ilmu semata-mata, malah membuka pintu kepada jalinan kerjasama antara institusi merentasi pelbagai negara.Dengan aspirasi memajukan pendidikan setara permintaan global, pelbagai institusi pendidikan terutama peringkat tinggi mula mencari rakan baru dan menjalin hubu�ngan dua hala strategik bagi bertukar kepakaran serta teknologi.

Menjadikan program pengantarabangsaan sebagai asas lonjakan, institusi seluruh dunia mula melaksanakan pembaharuan dasar, utiliti dan mentaliti bagi memenuhi kapasiti permintaan yang semakin melonjak. Katanya, perubahan itu bagi memenuhi kehendak permintaan dan penawaran global hingga institusi pendidikan perlu melakukan transformasi bagi menjadikan kemampuan lebih kompetitif serta mendapat pengiktirafan institusi lain. “Dalam konteks pendidikan hari ini, siapa yang mahu menerima perubahan serta mempunyai visi jelas, akan muncul sebagai pemenang dan menjadi pilihan. Perubahan ini bukannya statik malah bergerak kepada satu matlamat sama. “Mereka yang tidak berani berubah pasti tidak mampu bersaing. Masyarakat dunia hari ini suka menilai dan melihat pendidikan sebagai aset perlu ditambah setiap masa.

“Dengan kata lain, setiap institusi menjadikan kepakaran dan ilmu sebagai cagaran untuk mendapatkan pulangan dengan pendidikan global merentasi semua disiplin ilmu adalah sasarannya,” katanya menegaskan institusi pendidikan tidak boleh memberi penilaian terhadap kemampuan diri tapi perlu dinilai menerusi mata masyarakat. “Tidak dinafikan ada institusi seolah-olah mendabik dada mengatakan dia yang terbaik, namun adalah lebih baik jika penilaian itu datang daripada masyarakat. Itu baru adil dan lebih diperakui.

“Namun, tidak salah institusi memberi kredit kepada diri sendiri sebagai perangsang untuk menjadikan institusi lebih fokus dan berdedikasi,” katanya. Beliau mengakui ketaksuban dalam melaksanakan perubahan boleh mendatangkan impak sampingan yang boleh mendatangkan konflik dalaman kepada institusi dan warganya. Ketidakupayaan pensyarah dan pelajar untuk memenuhi piawaian, katanya, bukan saja boleh menjejaskan emosi, malah menjadikan mereka keliru dan ketinggalan.  Pastinya usaha melakukan transformasi gagal jika golongan ini tidak jelas mengenai matlamat institusi atau berasa ‘tertindas’. Sebagai tulang belakang, mereka aset penting yang perlu dihargai.

“Perancangan perlu dilakukan secara menyeluruh dan teliti dengan tidak meminggirkan pihak tertentu semata-mata teruja mencapai keinginan menjadi institusi terkenal. Jika silap percaturan, reputasi institusi akan tercemar sekelip mata dan mungkin sukar dipulihkan,” katanya.

INFO

PENDIDIKAN bertaraf dunia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamis pendidikan sesebuah negara dari segi kualiti, kuantiti, standard dan kecemerlangan yang diakui dan diterima di peringkat antarabangsa atau dunia. ‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ bermaksud kemampuan dan pencapaian cemerlang sesebuah negara atau institusi membangunkan sektor pendidikan untuk mempelopori perubahan dan kemajuan dinamis melalui aspek:

1. Pembangunan tenaga manusia
2. Kepesatan pertumbuhan ekonomi
3. Pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial
4. Pemodenan dan reformasi sosial masyarakat
5. Kecemerlangan budaya fikir dan intelektual
6. Pembangunan teknologi dan sains
7. Kejayaan meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi di kalangan masyarakat.
•Tiga bidang utama yang perlu dibangunkan untuk menuju universiti bertaraf dunia iaitu penyelidikan, kebebasan

Pendidikan sejarah bukan indoktrinasi

Oleh AZMY MOHAMED
pendidikan@utusan.com.my

Persepsi pendidikan sejarah di sekolah sebagai satu proses indoktrinasi oleh 'golongan yang menang' atau untuk mempromosikan tokoh tertentu adalah salah dan berniat jahat.
Sejarah sebenarnya untuk memahami kompleksiti dalam sesebuah masyarakat atau negara. Melalui sejarah, kita boleh mengambil iktibar dan teladan daripada sesuatu peristiwa.
Banyak nilai murni yang boleh dipelajari seperti nilai kemanusiaan sejagat, semangat setia kawan, mengelak konflik dan pergaduhan atau konfrontasi.
Di samping itu, pelajar juga boleh memahami kedinamikan dalam perhubungan dan penyatuan antara kelompok.
Melalui proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), fakta serta asal-usul sesuatu peristiwa akan diterangkan dengan hasrat pelajar akan saling mengenali, hormat-menghormati dan bertoleransi dalam menyelesaikan sesuatu perselisihan faham.
Malah, peranan serta sumbangan kelompok minoriti turut diajar dan sekali gus menafikan bahawa pendidikan Sejarah sebagai satu alat propaganda.
Pendekatan baharu dalam P&P juga tidak lagi memfokus kepada hafalan fakta, sebaliknya menjurus kepada nilai atau sumbangan yang diperoleh daripada sesuatu peristiwa itu.
Begitu juga dalam aspek kisah seseorang tokoh. Bukan peribadi tokoh yang ditonjolkan, tetapi wawasan, keupayaan dan kebolehannya. Sifat dan sikap positif tokoh itu yang perlu dicontohi.
Pelajar juga didedahkan dengan perhubungan diplomatik dan dasar yang melibatkan negara kita dengan negara lain. Hal ini penting agar pelajar memahami manfaat yang diperoleh hasil hubungan erat antara Malaysia dan negara lain.
Pada masa sama, ia juga bagi mengelakkan rakyat kita daripada membuat perkara yang boleh menjejaskan hubungan tersebut.
Justeru, langkah mewajibkan pelajar lulus Sejarah dalam SPM mulai 2013 amat tepat dan menepati aspirasi gagasan 1Malaysia.
Langkah ini pasti akan melonjak pencapaian pelajar dalam subjek itu dan paling utama mereka akan mengamalkan etika hidup yang selaras dengan Perlembagaan negara.
Tambahan pula, ada institusi pengajian tinggi (IPT) yang mula mengenakan pra-syarat wajib lulus Sejarah untuk mengikuti sebarang kursus kelolaannya.
Berdasarkan statistik, prestasi akademik pelajar terbukti semakin baik jika ia diwajibkan lulus seperti subjek Bahasa Melayu yang merekodkan pencapaian lulus melebihi 90 peratus pada tahun lalu.
Sementara itu, subjek Sejarah pada 2010, hanya mencatat 76.4 peratus lulus di bandar dan 75.4 peratus lulus di luar bandar.

Ahad, 3 April 2011

Lebih 200,000 tempat ditawar

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
dan SITI MAISARAH SHEIKH RAHIM
pengarang@utusan.com.my



MUHYIDDIN Yassin diiringi Mohamed Khaled Nordin(kiri) melihat sebahagian
orang ramai mengisi borang kemasukan ke universiti di The Mines, Kuala Lumpur
semalam-MINGGUAN/MOHD NOOR AMIN



























KUALA LUMPUR 2 April – Lebih 200,000 tempat ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta kepada para penuntut bagi kemasukan sesi akademik 2011/ 2012. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tawaran itu adalah untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf serta mereka yang mahu melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama, sarjana dan doktor falsafah (PhD).

Beliau memberitahu, 100,500 tempat adalah bagi pengambilan penuntut dalam bidang teknikal, latihan dan kemahiran di 27 buah politeknik serta 323 Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) pada tahun ini. Dengan adanya tawaran melanjutkan pengajian sama ada ke IPT mahupun institut latihan dan teknikal, ia dapat memberi pilihan kepada penuntut untuk mengikuti kursus-kursus yang diminati sekali gus mampu menampung keperluan negara dari segi tenaga kerja mahir. “Pastinya kerajaan akan meneruskan komitmen menyediakan pendidikan yang berkualiti di institusi pendidikan dan latihan di negara ini. Bagi kerajaan ini merupakan satu usaha berterusan,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berucap semasa menutup Karnival Pengajian Tinggi Negara ‘Jom Masuk U’ Kali Ketujuh di The Mines dekat sini hari ini. Turut hadir Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; timbalannya, Datuk Saifuddin Abdullah; Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof. Dr. Rujhan Mustafa dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud.

Karnival Pengajian Tinggi Negara 2011 menyaksikan sambutan luar biasa pengunjung yang mencecah 300,000 orang sejak ia dianjurkan 14 Januari lalu di 10 lokasi terpilih seluruh negara. Muhyiddin berkata, buat masa ini lebih 580,000 mahasiswa mengikuti pengajian di peringkat ijazah pertama, sarjana dan PhD di semua IPT awam dan swasta. Beliau berkata, sememangnya matlamat kerajaan menyediakan pendidikan berkualiti kerana ia merupakan landasan bagi melahirkan modal insan yang kreatif, inovatif dan berkemahiran tinggi sejajar dengan aspirasi negara untuk meningkatkan daya saing melalui peningkatan kualiti modal insan.

Beliau turut menyentuh kejayaan negara melaksanakan beberapa inisiatif di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi sektor pendidikan bagi meningkatkan akses kepada pendidikan yang berkualiti dan berkemampuan. “Alhamdulillah, hasil pelbagai inisiatif yang dilaksanakan di bawah NKRA pendidikan, kita telah berjaya meningkatkan kemasukan ke prasekolah kepada 72.4 peratus manakala 85 peratus murid sekolah rendah celik huruf.

“Sebanyak 91 peratus pula menguasai numerasi (celik angka), 43 buah sekolah telah mencapai status Sekolah Berprestasi Tinggi manakala 586 atau 7.6 peratus guru besar menerima ganjaran di bawah Bai’ah atau new deal untuk pemimpin sekolah,” katanya lagi.

Sekitar Kejohanan Merentas Desa SMK Selayang Bharu 2011

Kursus Kenegaraan dimansuh-Penjawat awam lulus TK1, aras IV layak dipetimbang anjakan gaji

KUALA LUMPUR: Kursus Kenegaraan yang menjadi syarat wajib kepada penjawat awam untuk menerima anjakan gaji, dimansuhkan selaras pemansuhan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) berkuat kuasa 1 Januari lalu. Mengikut surat edaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertarikh 17 Februari lalu, kursus kenegaraan dikecualikan kepada pegawai yang lulus PTK di Tahap Kecekapan 1 (TK1) dan pegawai yang mendapat aras IV di TK1, sekali gus melayakkan mereka dipertimbangkan anjakan gaji tahun ini.

Surat edaran bertajuk ‘Pengecualian Syarat Kursus Kenegaraan di TK1 dan Urusan Kenaikan Pangkat Selepas Pemansuhan PTK’ ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah menjelaskan pelaksanaan urusan kenaikan pangkat mulai 1 Januari lalu perlu diselaraskan terutama membabitkan pencapaian PTK.

Katanya, tarikh kenaikan pangkat pegawai yang lulus PTK adalah berdasarkan tarikh memangku atau tarikh lulus PTK iaitu mana yang terkemudian, manakala bagi pegawai yang belum lulus PTK, kenaikan pangkat berkuat kuasa selepas 1 Januari 2011. Ketetapan itu hendaklah digunakan dalam menetapkan tarikh kenaikan pangkat pegawai yang terbabit ketika memperakukan kepada Lembaga Kenaikan Pangkat yang berkenaan sehingga ketetapan baru dikeluarkan. “Ketua perkhidmatan atau ketua jabatan dalam menimbangkan pegawai bagi urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat boleh memberi keutamaan kepada pegawai yang lulus PTK tetapi ia juga tertakluk kepada syarat skim, merit, kesesuaian dan kepentingan perkhidmatan serta kriteria lain yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat,” katanya.

Awal bulan lalu, Berita Harian melaporkan dakwaan CUEPACS mengenai beratus penjawat awam yang berhak mendapat kenaikan gaji RM200 hingga RM400 sebulan selepas lulus PTK aras IV tahun lalu, tidak mendapatnya berikutan tindakan Biro Tatanegara (BTN) menghentikan Kursus Kenegaraan. Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng, dilaporkan berkata penjawat awam terbabit tidak menerima sebarang makluman daripada BTN berhubung kursus itu sehinggalah pihaknya menghubungi mereka dan dimaklumkan kursus berkenaan dihentikan sehingga Jun depan.

Lok yang menghubungi Berita Harian, kelmarin berkata pengecualian kursus kenegaraan akan memberi faedah kepada beribu penjawat awam yang sedang menunggu kenaikan pangkat, tetapi penjawat awam masih terikat dengan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dan perakuan ketua jabatan untuk melayakkan mereka menerima anjakan gaji.

Sabtu, 2 April 2011

Sumbang


Norlilah Ismail
Penolong Kanan HEM SMK Selayang Bharu/
Grup SeruPuisi




























suara sumbang
masih kedengaran
tak makan pujukan
tak lut dengan pertimbangan
laungan
yang membingit

sakit.....
sakit di luar
sakit di dalam
padah menyumbang
suara nan sumbang


























nukilan
Norlilah ismail

Tema Hari Guru 1972-2011














2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Anak penjaja ikan hargai pengorbanan bapa

KUALA TERENGGANU 24 Mac - Hampir saban hari seorang bapa, Ngah Othman, 56, tidak pernah jemu menjaja ikan dengan motosikalnya dari kampung ke kampung selama 17 tahun demi menyara keluarganya. Menyedari keperitan Ngah yang tinggal di Kampung Tok Dir di sini dalam diam, seorang daripada anaknya, Nur Akmal, 17, menyimpan niat dan tekad untuk belajar bersungguh-sungguh bagi membalas jasa bapanya itu.

Berkat doa dan kesungguhan, Nur Akmal, anak ketiga daripada enam beradik akhirnya berjaya 'menghadiahkan' bapanya serta ibu, Rakiah Sulaiman, 45, keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat 9A dalam semua subjek. Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Mansor dekat sini itu mendapat A+ dalam Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Matematik, Matematik Tambahan dan Fizik selain A dalam Kimia, Biologi dan Sejarah manakala A- untuk Bahasa Inggeris.

"Saya sedih apabila mengenangkan bapa bersusah payah mencari rezeki untuk kami sekeluarga dengan menjaja ikan dari satu tempat ke satu tempat selama kira-kira 17 tahun. "Begitu juga pengorbanan besar ibu yang tak pernah jemu-jemu membesar dan menyekolahkan kami adik beradik.

''Kini saya amat bersyukur kepada Allah atas kejayaan ini dan saya berjanji akan bantu keluarga," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini semalam. Hadir sama, ibunya Rakiah. Nur Akmal yang bercita-cita menjadi seorang doktor seterusnya berkata, kejayaannya itu adalah hasil kesungguhannya menelaah dan mengulang kaji pelajaran tiga jam setiap hari.

Malah jelasnya, dia sentiasa memberi lebih tumpuan kepada mana-mana subjek lemah menerusi kaedah latih tubi selain tumpuan sepenuhnya ketika di dalam kelas turut mendorong kejayaannya. "Saya tetap berterima kasih kepada guru-guru yang banyak membimbing saya selama ini dan begitu juga dorongan ibu, bapa, keluarga serta rakan-rakan," katanya yang sebelum ini turut cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah dengan mendapat 8A 1B dan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Buat masa ini, Nur Akmal bercadang untuk menyambung pengajiannya dalam bidang perubatan di Institut Teknologi Mara (UiTM) di samping turut memohon kemasukan ke universiti tempatan lain. Dalam pada itu, Pengetua SMK Sultan Mansor, Zakaria Abd. Rahman berkata, pencapaian cemerlang Nur Akmal telah mengharumkan nama sekolah setelah mendapat 9A dalam semua mata pelajaran yang diambil. Tambahnya, daripada kesemua 298 calon SPM tahun lalu, seorang pelajar mendapat 9A (Nur Akmal), 8A (seorang), 7A (seorang), 6A (lima orang) dan 5A (11 orang).

Arkib
25 Mac 2011
Utusan Online

Ekspresi diri dalam Sekolahku Berbakat

DiGi Telecommunications Sdn. Bhd. (DiGi) memperkenalkan program DiGi Live Sekolahku Berbakat dengan kerjasama Kementerian Pelajaran untuk membangunkan potensi pelajar sekolah menengah menerusi aktiviti kokurikulum tambahan.Ketua Pemasaran Segmen DiGi, Moharmustaqeem Mohammed berkata, ia merupakan program berasaskan sekolah dengan tumpuan untuk memupuk bakat anak muda yang berumur antara 12 hingga 19 tahun, di samping menggalakkan mereka untuk melibatkan diri dalam acara yang menyeronokkan dan kreatif melalui muzik serta tarian.

"Berbeza dengan program pencarian bakat yang lain, kami akan menganjurkan bengkel kreativiti, tatarias dan persembahan bukan sahaja untuk pelajar malah juga guru pilihan KPM," jelasnya pada pelancaran program itu di Shah Alam, Selangor baru-baru ini. Untuk menyertai pertandingan ini, pelajar perlu membentuk kumpulan yang mempunyai dua hingga enam ahli. Kemudian daftarkannya melalui sekolah masing-masing atau secara dalam talian di www.digi.com.my/digilive.

Pilih salah satu daripada lima kategori iaitu nyanyian, kugiran, kugiran instrumental, tarian atau tradisional. Uji bakat diadakan di enam negeri iaitu Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor. Sepuluh kumpulan akan dipilih dari setiap negeri untuk bertanding ke peringkat akhir di negeri-negeri tersebut. Selain itu, penyertaan boleh dilakukan dengan memuat naik video uji bakat ke laman sosial www.facebook.com/digiyouths.

Video dua kumpulan daripada penyertaan Facebook ini akan dipilih untuk bertanding di peringkat akhir kebangsaan berdasarkan undian popular daripada orang ramai.


2 April 2011
Utusan Online

Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia tak sesuai diadakan di sekolah

2011/04/02
Berita Harian Online

SAYA terpanggil untuk berkongsi masalah guru yang mengendalikan Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) yang diadakan di sekolah. MUET adalah ujian yang diwajibkan untuk melayakkan mahasiswa mendapat ijazah.

Apa rasionalnya MUET diambil ketika di sekolah sedangkan mereka boleh mengambilnya ketika berada di universiti nanti? Hal ini saya bangkitkan kerana wujud banyak masalah yang terpaksa ditanggung pihak sekolah untuk mengendalikan ujian berkenaan. Jika ujian itu diadakan tiga kali setahun, bertambahlah masalah dihadapi sekolah. Antaranya, jumlah guru yang diperlukan untuk menjadi pengawas peperiksaan turut bertambah. Ini membebankan tugas guru walaupun mereka dibayar elaun.

Agihan guru perlu seimbang

2011/04/02
Berita Harian Online

AGAK mengejutkan apabila kita didedahkan dengan berita berlakunya lambakan guru opsyen Matematik dan Sains dalam negara kita. Lambakan ini dilaporkan membabitkan 14,000 orang guru subjek Sains dan 12,000 orang guru Matematik. Akibatnya, mereka dikatakan terpaksa mengajar pelbagai subjek lain, termasuk Pendidikan Jasmani dan Pengetahuan Agama Islam.

Ia satu pendedahan yang cukup memeranjatkan semua pihak. Pendedahan ini sekali gus membawa kita kepada beberapa persoalan yang penting yang perlu dijawab pihak yang berkaitan. Antaranya bagaimana isu ini boleh berlaku? Bukankah sepatutnya Kementerian Pelajaran, bersama-sama dengan pihak institusi pengajian perlu berbincang dan memperincikan terlebih dulu jumlah keperluan guru Matematik dan Sains di seluruh negara sebelum membuat pengambilan? Justeru, bagaimana lambakan ini boleh berlaku apatah lagi ia membabitkan satu jumlah yang sangat besar dan seolah-olah tidak masuk akal. Apa yang lebih menghairankan dan pelik ialah mengikut laporan itu juga, UPSI sudah dimaklumkan mengenai lebihan guru untuk dua subjek berkenaan dan UPSI dikatakan telah meminta pelajar jurusan itu bertukar opsyen antaranya subjek Sejarah atau Kemahiran Hidup.

Bukankah ia satu tindakan merugikan semua pihak yang berkaitan seperti pelajar itu sendiri yang terpaksa menukar opsyen di samping kerugian di pihak tenaga pengajar yang terbabit.

Apa yang nyata di sini ialah jika benar lambakan ini berlaku seperti didedahkan media, pihak kementerian perlu bertindak segera dengan mengambil langkah sewajarnya.

Seperti kata Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, kementerian perlu memanfaatkan lebihan guru itu untuk memperkasakan subjek Sains dan Matematik kepada pelajar luar bandar dan pedalaman dengan menghantar mereka ke sana. Tambah beliau, subjek Sains dan Matematik penting untuk mencapai sasaran negara maju menjelang 2020.

Dalam hal ini, kita yakin bahawa pendedahan ini sedikit sebanyak boleh melemahkan semangat dan motivasi pelajar yang mengikuti kursus pengajian Matematik dan Sains lebih-lebih lagi apabila mereka diminta menukar kepada opsyen lain.

NOOR MOHAMAD SHAKIL HAMEED,
Universiti Putra Malaysia.

Kementerian perlu tangani lebihan guru elak pembaziran tenaga pengajar berulang

2011/04/02
Berita Harian Online

 
ADUAN mengenai kekurangan guru di sekolah bukan suatu yang asing. Apabila masalah itu timbul, ia bukan saja menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, malah turut membebankan guru lain. Suatu ketika dulu, kekurangan guru sering ditimbulkan terutama membabitkan subjek kritikal, khususnya Sains dan Matematik. Bagi mengatasi masalah itu, pelbagai langkah dan pendekatan diambil Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi. Antara usaha dilakukan ialah menambah pengambilan guru pelatih membabitkan dua bidang berkenaan. Akhirnya, kekurangan guru dua subjek berkenaan dapat diatasi sepenuhnya. Bagaimanapun, agak mengejutkan apabila akhbar ini kelmarin melaporkan terdapat pula lebihan kira-kira 26,000 guru di seluruh negara, terutama yang mengajar dua subjek berkenaan. Bilangan yang ramai itu masing-masing membabitkan 14,000 guru Sains dan 12,000 lagi guru Matematik. Keadaan itu jika tidak ditangani segera boleh menyebabkan pembaziran tenaga kerana kepakaran guru terbabit tidak dimanfaatkan secara optimum. Selepas guru berkenaan mendapat latihan khusus bagi mengajar subjek berkenaan, malangnya kemahiran mereka tidak digunakan sepenuhnya bagi mengajar dua mata pelajaran yang dianggap penting itu.

Disebabkan guru subjek berkenaan berlebihan, ada antara mereka terpaksa mengajar subjek lain yang tiada kena-mengena dengan opsyen mereka ketika menjalani latihan. Guru yang memiliki kepakaran mengajar subjek Fizik, Kimia dan Biologi diarah mengajar subjek lain seperti Pendidikan Islam, Pendidikan Jasmani dan Bahasa Inggeris, sudah tentu menimbulkan masalah dari segi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Keadaan itu juga pastinya mengecewakan ibu bapa yang mengharapkan anak mereka diajar oleh guru yang mahir dan pakar dalam subjek tertentu. Kita percaya, tentunya ada guru yang kecewa dan hilang semangat kerana terpaksa mengajar subjek yang bukan menjadi kepakaran mereka. Jika dipaksa mengajar bidang yang tidak diminati, ia bukan saja boleh menghilangkan semangat guru terbabit, malah prestasi pelajar juga akan turut terjejas. Penjelasan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi bahawa lebihan guru terbabit bukan membabitkan guru yang sedang berkhidmat, sedikit sebanyak memberi gambaran sebenar kedudukan masalah itu. Lebihan guru itu berlaku sebenarnya disebabkan penempatan untuk mengajar belum dibuat. Graduan bagi opsyen Sains dan Matematik itu belum ditawarkan penempatan berikutan lebihan penawaran guru subjek terbabit di seluruh negara. Justeru, kita harap Jawatankuasa Bersama Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi yang diwujudkan dapat mencari penyelesaian bagi menangani masalah itu.

Kedua-dua kementerian perlu membuat unjuran yang lebih tepat bagi memenuhi permintaan guru opsyen berkenaan di semua sekolah. Jika unjuran semasa bagi memenuhi kuota pengambilan guru opsyen berkenaan hanya 50 orang, adalah tidak wajar pengambilan guru pelatih dibuat melebihi daripada unjuran berkenaan. Sewajarnya guru pelatih itu ditawarkan opsyen lain yang dikenal pasti berlaku kekurangan, sebelum mereka diterima masuk menjalani latihan. Kita berharap jawatankuasa bersama antara dua kementerian terbabit dapat mencari kaedah dan penyelesaian terbaik agar masalah lebihan guru tidak berulang pada masa depan.

Cadangan naik gaji guru bertugas luar waktu disokong


SAYA ingin memberi maklum balas kepada komen Guru Jujur, Kuala Lumpur dalam ruangan ini yang disiarkan 26 Mac lalu.

‘Guru Jujur’ amat tidak berpuas hati atas cadangan CUEPACS menaikkan gaji guru yang sering bertugas di luar waktu sekolah. Alasan yang diberikan, guru lain yang terpaksa mengganti guru yang bertugas di luar.

Saya amat bersetuju dengan cadangan CUEPACS itu. Jika Guru Jujur ingin mendapat kenaikan gaji, sila berkecimpung dalam aktiviti di luar waktu sekolah. Pengalaman saya berbelas tahun aktif dengan aktiviti luar ini amat memerlukan pengorbanan diri dan ahli keluarga.

Mana tidaknya, setiap hujung minggu pasti akan keluar membawa murid untuk berkhemah bagi memberi peluang murid mendapat sijil demi masa depan mereka. Apabila bergerak di bawah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), guru tidak diberi sebarang elaun, malah perlu mengeluarkan duit poket sendiri untuk minyak kereta, makan dan sebagainya.

Tidak cukup dengan itu, pada Ahad habis bertugas, Isnin pula perlu ke sekolah seperti biasa. Persoalannya, bila guru ini bercuti, bila guru ini berpeluang untuk bersama keluarga dan siapa yang hendak bagi bayaran gaji lebih masa apabila berkhemah guru perlu bertugas 24 jam sehari bersama murid.

Di mana Guru Jujur waktu hujung minggu?, mungkin sedang berada di rumah menonton televisyen atau ke pusat beli-belah bersama keluarga. Sedangkan guru yang bertugas ini berhempas pulas menjaga murid dan meninggalkan anak dan isteri di rumah tanpa apa-apa balasan.

‘Guru Jujur’ perlu berkecimpung dalam bidang ini supaya berasa apa yang kami rasa. Ramai yang tidak sanggup bertugas di luar waktu persekolahan. Kalau semua guru ini tidak lagi mahu berkerja di luar waktu pejabat, maka murid yang akan rugi.
Harap Kementerian Pelajaran pandanglah masalah kami. Sediakan seorang guru khas setiap sekolah untuk menggalas tugas seperti ini dan berikan hak cuti apabila bertugas pada Sabtu dan Ahad.

Apapun, terima kasih CUEPACS kerana mengambil berat masalah guru seperti kami ini yang jarang sekali dipandang oleh pihak pentadbiran sekolah untuk diberi anugerah cemerlang.

CIKGU NGO,
Perak
Berita Harian Online: 28 Mac 2011

Jumaat, 1 April 2011

Maklumat Pendidikan Di Selangor 2011

Biasa dan Ceria


"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena..
Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja lah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..." -- Datuk Dr. Fadilah




 

Larangan Penggunaan Pengaruh Luar Di Dalam Perkhidmatan Awam

Oleh:
MD RASUL BIN HARON

Merujuk pada Peraturan 4(2): Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)1993 memperuntukkan bahawa seseorang pegawai tidak boleh:-
“Membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan apa-apa tuntutan berhubung dengan atau terhadap perkhidmatan awam, samada tuntutan itu ialah tuntutannya sendiri atau tuntutan mana-mana pegawai lain.”
Walau bagaimanapun, didapati ada segelintir warga Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) yang terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS), Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma(PPPLD) dan Anggota Kumpulan sokongan (AKS) telah cuba menggunakan pengaruh-pengaruh luar supaya mana mereka dipertimbangkan untuk menyandang sesuatu jawatan gred kenaikan pangkat di Kementerian ini.
Jika perkara ini tidak dibendung dan dikawal, dikhuatiri ia boleh memberi satu gambaran yang kurang sihat di kaca mata orang ramai bahawa prinsip-prinsip pemangkuan dan penempatan seseorang PPPS atau PPPLD atau AKS untuk menyandang sesuatu jawatan gred kenaikan pangkat di Kementerian ini dibuat tanpa berasaskan kepada sesuatu kriteria yang jalas dan “transparent” tetapi boleh dipengaruhioleh pihak-pihak luar yang berpengaruh serta berkepentingan.
Sehubungan dengan itu, adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pengurusan Kementerian Pelajaran malaysia (KPM) pada 3 Jun 2009 telah memutuskan mana-mana PPPS, PPPLD dan AKS yang berkhidmat di kementerian Pelajaran Malaysia yang cuba menggunakan pengaruh-pengaruh luar untuk mendapatkan sesuatu jawatan gred kenaikan pangkat di Kementerian ini akan diambil tindakan prosiding tatatertib ke atas mereka.

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...