Ahad, 8 Mei 2011

Ringkas Pendidikan



Kursus 7 hari

Selayang Utama 7 Mei 2011- Berdasarkan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6/2005, adalah menjadi tanggungjawab Ketua Setiausaha Kementerian / Ketua Jabatan untuk memastikan anggota masing-masing di semua peringkat mengikuti kursus sekurang-kurangnya tujuh hari setahun.

Surat Siaran Ketua Pengarah perkhidmatan Awam 23 Julai 2009 bertajuk Pendekatan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam 2010 dan 2011 telah mencadangkan bagi tujuan penjimatan, kaedah conventional face to face digantikan dengan kaedah blended approach seperti Program Mentor-Mentee, Peer Coaching dan Book Review untuk dilaksanakan di organisasi.

Murid tahun lima lemas

Kuantan 7 Mei 2011- Seorang murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Mat Kilau di sini ditemui lemas si Sungai Belat. Murid tersebut, Mohd Nor Aiman Hasan,11, mandi bersama seorang rakannya..   

Objektif LADAP di sekolah

Selayang Utama 7 Mei 2011-Latihan Dalam Perkhidmatan yang dijalankan bertujuan untuk mencapai objektif yang berikut:

1     Meningkatkan profesionalisme keguruan.
2     Mendedahkan guru-guru kepada inovasi terkini dalam bidang pendidikan.
3     Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran profesionalisme keguruan secara berterusan.
4     Mewujudkan dan memantapkan nilai dan amalan profesional keguruan di kalangan warga pendidik.
5     Memartabatkan profesion keguruan.

Penekanan pendidikan prasekolah

Bagan Datoh 7 Mei 2011-Tan Sri Muhyiddin bin Yassin berkata, pelbagai usaha untuk memperluaskan pendidikan prasekolah telah dilakukan termasuk melibatkan sektor swasta supaya sasaran 87 peratus kanak-kanak mengikuti pendidikan prasekolah dapat dicapai dalam tempoh dua tahun akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...