Ahad, 8 Mei 2011

ubat rindu...



Norlilah Ismail























salam sayang buat ibu,
salam sebagai pengubat rindu
masih terdengar suara syahdu mu
kerana menegur ku

masih terbayang gerak geri mu
kerana menyediakan sarapan ku

masih terasa belaian tangan mu
tika menyapu ubat di luka ku

masih segar ditekak  ku
enaknya masakan mu

masih belum luput di minda ku
kemarahan mu pada ku,
pujukan mu ...
sayang mu pada ku
doa  mu buat ku
segalanya
terlalu indah
tiada nilai dan harga
yang dapat membelinya.

masih terbau harumnya bau mu
tatkala aku mengucup jenazah mu
haruman yang mengubat rindu.....

nukilan
Norlilah Ismail

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...