Rabu, 8 Jun 2011

Cikgu Belajar Berbelanja Bijak Dengan Portal 1Klik 1Pengguna

Oleh:
Blog Cikgu Blogging In Malaysia

Portal 1Pengguna telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) pada 7 Jun 2011 (Selasa) di tempat Dewan Tun Dr Ismail Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Dengan melalui portal 1Pengguna, cikgu boleh berbanding harga di 1,255 buah pasaraya besar dan kecil seperti Hypermarket, Supermarket, Pasar Basah dan Kedai Serbaneka di Malaysia untuk mendapatkan maklumat harga barang dengan lebih cepat dan tepat. Ini seterusnya dapat membantu cikgu-cikgu menjimatkan duit dan masa serta lebih bijak berbelanja.
Portal ini bukan sahaja memberikan maklumat tentang perbandingan harga barangan tetapi juga disiapkan dengan artikel isu-isu semasa tentang bahan makanan dan artikel kesihatan. Tambahan pula, video-video terkini tentang isu-isu pengguna juga dapat ditonton di portal 1Pengguna yang serba canggih ini.
Pesanan daripada admin cikgublog, bagi cikgu yang selalu mengambil berat tentang kesihatan ahli-ahli keluarga dan orang yang disayangi, jangan lupa selalu melayari ke portal 1Pengguna untuk mendapatkan tip-tip pengguna tentang penjagaan kesihatan, kecantikan dan keselamatan bahan makanan untuk ahli-ahli keluarga. Sekian, terima kasih dan bijak belanja selalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...