by Norlilah Ismail on Sunday, June 12, 2011 at 6:54pm
Masalah murid yang tercicir bukan baharu...ia dah lama berlaku. Banyak faktor yang dibincang dan dirumuskan sebagai penyebab pada isu ini.Jumlah yang terlibat bukan besar, tetapi ia memang berlaku. Ada faktor penarik di luar sana yang menyebabkan murid tidak minat ke sekolah dan ada juga faktor penolak dari dalaman sekolah yang menyumbang pada kumpulan murid ini tidak mahu ke sekolah. Faktor kemiskinan, transport, kesihatan, keselamatan dan masalah keluarga adalah di antara faktor yang telah dikemukakan sebagai sebab pada masalah keciciran murid.
Saya cuba dekati beberapa orang murid yang terlibat dalam masalah tercicir ini, dan yang menariknya ialah hanya 20% dari faktor yang dikemukakan menjadi punca pada mereka. Y seorang murid perempuan yang agak pendiam tidak mahu hadir ke sekolah semenjak berlaku satu pertelingkahan dengan guru agama yang mengajarnya semasa di Tingkatan. Berbagai cara dan kaedah yang dilakukan oleh ibunya agar dia bersekolah semula, tetapi Y tetap tak mau. Tekanan pada ibunya melonjak naik kerana ibunya adalah guru di sekolah yang sama, dan anak cikgu sendiri tak terdaya dipujuk untuk ke sekolah. Y bukanlah murid yang lemah, tanpa bersekolah dia tetap pergi tuisyen dan buat latihan di rumah. Y akhirnya menduduki SRP ( sebelum PMR) secara persendirian dan berjaya dengan beberapa pencapaian A dalam beberapa mata pelajaran termasuklah pendidikan agama Islam. Semasa di Tingkatan 4, Y telah berjinak jinak melukis kartun dan menghantar lakaran kartunnya ke beberapa majalah, di mana akhirnya dia diterima sebagai seorang pelukis kartun sambilan dan bekerja di rumah. SPM? Y cuba bersekolah semula di Tingkatan 4, namun sebulan selepas tu dia berhenti semula dan belajar tuisyen dan mengambil SPM secara persendirian juga dan lulus agak cemerlang. Dia ditawarkan belajar di sebuah kolej yang ada program 'twinning ' dengan British Counsel" kerana dia mengikut program di situ setiap hujung minggu dan cemerlang dalam setiap ujian. Sekarang Y adalah seorang Pengarah kreatif di sebuah syarikat pengiklanan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan