Jumaat, 10 Jun 2011

Peranan anak-anak menghadapi kenaikan harga barangan

Oleh:
Norlilah Ismail
Kenaikan tarif elektrik telah diumumkan secara rasmi. Berbagai alasan dan justifikasi yang diketengahkan kenapa dan mengapa kenaikan itu perlu dan terpaksa dilaksanakan. Ramai yang tidak kisah kerana menganggap mereka pengguna kecil yang mana bil eletrik ...mereka tidak mencecah RM 77.00 sebulan, dan merasakan mereka tidak terjejas dan terkesan. Tidak kurang juga yang membantah dan bersungut. Apapun tarif eletrik sememangnya telah naik mulai 1 Jun 2011. Hanya bil yang akan datang, akan menjawab persoalan sejauhmanakah impak kenaikan tersebut pada bil eletrik kediaman kita. Kita tunggu dan lihat!!   Yang menariknya di sini ialah, kenaikan tarif kena pada musim cuti persekolahan bila mana anak anak yang masih bersekolah,  ada di rumah. Anak  yang di asrama pun balik, ditambah pula anak anak yang sudah melanjutkan pelajaran di kolej atau universiti pun sedang bercuti juga. Meriah sungguh. Bila semua ada di rumah, berbagai idea dan cadangan mampu dijana. Paling paling tidak pun, mereka akan 'online' melayari internet mengisi waktu senggang mereka. Selain chatting, mencari maklumat, membayar bill malah menempah dan membeli barangan juga melalui internet. Jadi internet Vmasa cuti anak anak, memang berkerja keras,.....siang hingga malam, malam hingga nak siang semula!! TV pun lebih kurang ....hingga bergaduh berebut 'remote control', lepas satu chanel ke satu chanel, kalau astro, cerita yang sama ditonton empat kali ulang pun tak apa.....kalau siri filem P. Ramlee  lagilah....sampai hafal dialog!!   Anak anak , walaupun kenaikan tarif eletrik tidak mendatangkan kesan secara terus pada kamu, tapi harus diingat.....semua aktiviti harian, domestik atau komersial semua melibatkan eletrik dan bukan hanya rutin kehidupan di bandar malah di kampung juga. Dan pembayar bil eletrik adalah ibu atau ayah kamu. Mungkin kamu tidak perasan bahawa harga roti telah naik. Mungkin selepas ini, tambang LRT, harga surat khabar, caj perkhidmatan dobi, pula menyusul. Astro pun dah umum untuk mengkaji semula caj perkhidmatan dan harga pakej mereka, jadi kita tunggu dan lihat sahajalah...membantah pun tak ke mana, sebab syarikat gergasi perlu sentiasa menunjukkan peningkatan keuntungan kerana pelaburan mereka besar.   Maka sebagai anak, yang juga pengguna tetapi mungkin tidak lagi tergolong sebagai pembayar bil eletrik, kamu boleh berperanan dalam menghadapi isu ini. Wang ibu atau ayah adalah wang kamu juga. Fikirlah cara terbaik. Di antaranya ialah: 1. Tutuplah semua suis bila tidak digunakan. 2. Buka  dan guna peralatan eletrik bila perlu dan tutup sebaik sahaja selepas menggunakan. 3. Kumpullah lebihan duit belanja sekolah walaupun sepuluh sen, simpan dalam bekas dan bila dah banyak masukkan dalam bank.budak bila nampak duit lima sen atau sepuluh sen seolah olah tak de makna. 4. Makan roti sampai habis, jangan buang kult roti. 5.Shopping beli barangan yang perlu, bukan shopping kerana nak meniru. 6. Llihat ruangan rancangan TV di surat khabar dan plan rancangan yang mana yang hendak ditonton, kalau tak terasa nak tengok, tutup jer TV tu. 7. Kurangkan bersms saja saja. SMS bila perlu dan penting.8. Sentiasa membawa buku kecil dan pen, untuk mencatat apa sahaja yang perlu, supaya tak perlu call kawan untuk dapatkan info. 9. Menggosok baju untuk seminggu terus. 10. Baca akhbar on line. 11. Sentiasa mencatat perbelanjaan anda setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan. Bandingkan jumlah bulanan, sekiranya berjaya mengurangkan belanja pada bulan tertentu, belanja diri anda dengan ais krim!! lebih banyak bulan jimat, lebih banyak ais krim yang kamu dapat. 12. berdoa pada allah mohon rezeki keluarga bertambah dan jauhi ahli keluarga dari sifat tamak, haloba, kedekut dan boros.   ok, selamat menjadi anak yang bijak dan disayang dan dihargai oleh keluarga. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...