Ahad, 24 Julai 2011

Budaya, Moral dan Gagasan 1Malaysia

 

Sejarah Tamadun
Perulangan sejarah membolehkan kita memahami bahawa kebangunan dan keruntuhan sesebuah tamadun atau peradaban banyak bergantung kepada apa yang ada dalam masyarakat itu sendiri.
Tamadun tinggi yang dihasilkan oleh masyarakat Pompeii pada abad ke-8 Sebelum Masihi akhirnya musnah tiga kurun kemudiannya kerana masyarakat tersebut mengetepikan nilai-nilai moral. Kemusnahan tamadun dan pencapaian budaya bangsa tersebut adalah disebabkan budaya yang mereka hasilkan.
Permulaannya mereka mencipta budaya kesungguhan, kerja kuat demi untuk survival, tetapi bila mencapai kemuncaknya, mereka mula mengetepikan nilai-nilai tersebut sehingga terlupa bahawa nilai-nilai yang berlawanan itulah yang menghancurkannya.
Masyarakat Pompeii menemui kehancuran apabila dilaknat oleh Tuhan kerana menjadikan hubungan seks bebas dan luar tabii sebagai budaya. Tinggalan sejarah masih kedapatan dalam keadaan pelaku seks sesama jantina menjadi batu. Peristiwa tragik itu telah menyebabkan 20,000 orang penduduk lenyap. Debu-debu terus menyelinapi setiap penjuru kota termasuk membungkus setiap bangunan, artifek dan hasil seni.

Perubahan BudayaBerasaskan pengamatan sejarah, kesinambungan budaya dan nilai moral adalah prasyarat yang mampu mempertahankan sesuatu peradaban. Meskipun peradaban Islam pernah suatu ketika muncul dalam pentas sejarah manusia mengambil alih peradaban Barat, tetapi kerana berlakunya konflik dalaman akhirnya menyebabkan ia mudah runtuh.
Malaysia sebagai negara baru muncul setelah mengalami zaman penjajahan lebih 400 tahun sedang membentuk kerangka tamadun berdasarkan kesatuan dalam kepelbagaian, memberikan fokus menguruskan perubahan budaya dan kesinambungan nilai moral masyarakat.

Penyusunan Semula MasyarakatRangka kerukunan masyarakat Malaysia mengalami transformasi struktural apabila dasar ekonomi baru diperkenalkan pada tahun 1970. Setelah proses penyusunan semula masyarakat dilaksanakan, penghayatan institusi kemasyarakatan turut mengalami perubahan apabila falsafah budaya turut berubah.
Perubahan menjadi lebih mendesak apabila ada pihak yang memikirkan dengan adanya dasar sedemikian telah menyebabkan ada kumpulan diutamakan manakala satu kumpulan lain dikesampingkan.
Rasa gundah itulah menjadikan masing-masing cuba menonjolkan kembali apa yang sepatutnya mereka perlu dapat dan pertahankan. Persoalan tersebut membawa kepada penjenamaan semula hakikat dan keperluan kepada perpaduan.

Gagasan 1MalaysiaMelalui gagasan 1Malaysia, kepimpinan negara cuba menjelmakan kembali nilai-nilai perpaduan dalam budaya hidup masyarakat Malaysia tanpa membuang setiap kerangka yang lama, termasuk Perlembagaan dan Rukun Negara.
Bangsa Malaysia adalah konsep yang bersifat psikologi dan bukannya berasaskan sempadan kaum, agama dan budaya. Ia merupakan perkongsian yang seimbang dan membawa faedah bersama, bukan merupakan hubungan secara hegemoni.
Persoalan kehidupan masyarakat harus ditangani secara lebih berkesan melalui pendekatan moral. Tanpa mengambil penekanan kuat terhadap pertimbangan moral, akan menyebabkan tamadun yang tercipta turut menghadapi masalah dan tidak bertahan lama.
Pada hakikatnya gejala keruntuhan akhlak, kelemahan budaya integriti dan budaya ilmu dalam masyarakat Malaysia semasa, merupakan suatu cabaran besar kepada pelaksanaan gagasan 1Malaysia.
Membiarkan masalah moral bermaharajalela mendekatkan waktu kehancuran sesebuah umat. Sejarah telah membuktikan bahawa tamadun dan Empayar Romawi yang begitu hebat telah runtuh dan ditelan zaman akibat kepincangan moral yang parah dalam masyarakat dan negara.
Demikian juga yang berlaku ke atas tamadun Barat hari ini yang meletakkan kepentingan kebendaan dan duniawi semata-mata. Realiti ini telah menyedarkan mereka peri pentingnya agama dalam menyelesaikan masalah moral yang mereka hadapi.

Akhlak  LuhurPara ulama berpendapat bahawa akhlak luhur merupakan pangkal kebaikan hidup di dunia dan akhirat.  Al-Quran dan sunnah juga meletakkan akhlak luhur sesuatu yang perlu diberi keutamaan seperti bersikap lemah lembut, penyayang dan pemaaf. Di samping itu, sunnah juga menyaran agar kita mengawal emosi, nafsu, serta memaafkan sesiapa, tidak kira dalam apa jua situasi termasuk susah atau senang. Itulah akhlak mulia yang dimaksudkan oleh al-Quran: "jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf dan meninggalkan mungkar dan berpalinglah daripada orang yang bodoh." (Al-A'raf ayat 199).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...