Ahad, 24 Julai 2011

Jawatan Kanan Disandang Wanita - Malaysia Di Tangga Ketujuh



Malaysia menduduki tempat ketujuh di dunia bagi jawatan kanan yang disandang oleh wanita dengan kadar 31 peratus. Demikian menurut tinjauan Laporan Perniagaan Antarabangsa 2011 Grant Thornton.


Dalam satu kenyataan pada 9 Mac 2011, Thornton berkata di peringkat global, wanita memegang 20 peratus jawatan kanan pengurusan tahun lepas, susut daripada 24 peratus pada 2009, dan meningkat hanya satu peratus daripada 2004.
Dalam tinjauan sukuan tahun Perusahaan Kecil Hingga Besar (MLE)nya itu, Grant Thornton juga mendapati peratusan MLE yang tiada wanita dalam pengurusan kanan masing-masing meningkat kepada 38 peratus berbanding 35 peratus pada 2009.
Rakan urusan SJ Grant Thornton, Datuk N.K. Jasani, berkata kedudukan Malaysia itu amat memberangsangkan.
Malaysia adalah yang ketujuh daripada 39 negara yang ditinjau manakala dalam Asean, hanya Thailand pada 45 peratus dan Filipina pada 35 peratus yang mendahului Malaysia.
Jasani berkata beberapa ekonomi dalam Asia Pasifik berkembang pantas dan perniagaan mempunyai skop yang luas untuk berkembang dan seterusnya menambah pekerja masing-masing.
Sementara itu, India, Emiriyah Arab Bersatu dan Jepun mencatatkan kurang daripada 10 peratus jawatan kanan pengurusan yang disandang oleh wanita.
Sumber: BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...