Selasa, 11 Oktober 2011

Belanjawan 2012 mampu kurangkan keciciran pelajar, kata Wee Ka Siong




KUALA LUMPUR: Peruntukan RM50.02 bilion untuk sektor pendidikan dalam Belanjawan 2012 dilihat mampu mengurangkan keciciran pelajar, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong.
Beliau berkata, ini kerana faktor kemiskinan dan ketidakmampuan keluarga bukan lagi alasan tidak ke sekolah memandangkan kerajaan melaksanakan pendidikan percuma untuk semua.
“Langkah yang diambil kerajaan boleh bukan sahaja ‘education for all’ malah ‘free education for all’,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini semalam.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012 pada Jumaat lepas turut mengumumkan pemansuhan yuran sekolah dan bantuan persekolahan RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.
Pemansuhan itu membabitkan yuran tahunan kokurikulum, kertas ujian dalaman, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia dan Insurans Takaful bagi pelajar sekolah rendah iaitu sebanyak RM24.50 dan sekolah menengah RM33.50.
Sementara itu, Wee berkata antara 70,000 hingga 80,000 pelajar yang benar-benar tercicir daripada persekolahan dan antara faktornya ialah tidak berminat dalam pelajaran.
Katanya kadar keciciran peringkat menengah agak tinggi berbanding peringkat rendah, dan Kementerian Pelajaran akan berusaha memastikan setiap pelajar sekurang-kurangnya menamatkan pengajian Tingkatan Lima. — Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...