Selasa, 11 Oktober 2011

Guru besar menang Perodua Viva dalam Kempen Merdeka Raya BSN



TAHNIAH: Yusop menyerahkan replika kunci kepada Kamis sebagai simbolik sambil disaksikan oleh kakitangan BSN Negeri semalam.



KUCHING: Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah tuah seorang guru besar di SK Batu 4 Limbang apabila dipilih sebagai pemenang dalam cabutan bertuah peraduan Kempen Merdeka Raya anjuran Bank Simpanan Nasional (BSN), semalam.
Kamis Salleh yang baru menyambut hari lahirnya yang ke-53 membawa pulang kereta Perodua Viva dan wang tunai RM1,500 selepas dipilih sebagai pemenang tempat pertama bagi negeri Sarawak.
Menurut Kamis, ia sesuatu yang tidak diduga kerana tidak pernah tahu tentang penganjuran peraduan tersebut.
“Saya dihubungi oleh pihak BSN bahawa telah dipilih sebagai pemenang tempat pertama dalam peraduan Kempen Merdeka Raya 2010.
“Pada Disember tahun lepas saya ada membuat permohonan pinjaman peribadi di BSN namum saya tidak tahu yang nama saya tersenarai dan dipilih dalam peraduan ini,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan hadiah pertama bagi Kempen Merdeka Raya 2010 BSN berupa kereta Perodua Viva di Perodua 1, Batu 3 semalam.
Hadiah itu disampaikan oleh Pengurus Cawangan BSN Negeri Yusop Jalet.
Pada masa yang sama beliau turut menjelaskan, ia merupakan hadiah paling bermakna kerana semalam merupakan hari jadinya.
“Inilah sesuatu yang tidak dijangka dan merupakan rezeki yang diberikan kepada saya,” tambahnya.
Manakala tempat kedua dimenangi oleh Mohamad Alkaf Faizal Sandom, 35, dari Taman Riveria Samarahan, Awi Musa, 44, Kuching dan Azrina Mohamad Zaini, 30, dari Petra Jaya yang ketiga-tiga mereka membawa pulang televisyen LCD 32 inci.
Bagi cabutan utama (seluruh negara), hadiah utama berupa kereta Mini Cooper dan wang tunai RM3,000 dimenangi Hazilina Abdul Wahab, 36, dari Kelantan.
Sementera itu, menurut kenyataan media di sini semalam, peraduan itu dianjurkan bagi menghargai pelanggan setia BSN.
Tambahan pihak BSN turut mengadakan peraduan pada tahun ini yang menawarkan pelbagai hadiah menarik seperti tiket percutian ke Disneyland, set teater rumah, TV LCD, komputer riba dan telefon bimbit Nokia.
“Peraduan ini sah sehingga 31 Oktober 2011 dan kakitangan awam serta badan-badan berkanun dipelawa menyertai peraduan yang hebat ini,” katanya.
Untuk maklumat lanjut sila kunjungi BSN terdekat- The Borneo Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...