Isnin, 28 November 2011

6 minit sahaja-Putih Mata Malaysia




Assalamualaikum WBT kepada semua pembaca,

Pertemuan menentang Bahrain semalam amat mengecewakan peminat bolasepak negara. Manakan tidak, Malaysia telah mendahului 2-0 ke atas Bahrain. Akibat terlalu leka dalam keghairahan mencari gol mereka lupa Bahrain juga mahu 3 mata. 

Pasukan dari Arab itu juga terdesak untuk menang bagi mencapai impian beraksi di London tahun depan. 3 mata penuh mampu mencerahkan peluang Malaysia untuk sekurang-kurangnya muncul naib juara kumpulan. Pada separuh masa kedua, Bahrain menyerang habis-habisan yang sifat serangan mereka seperti corak permainan Syria. Bahrain berjaya menghukum setiap peluang yang diberikan pemain negara kerana tidak mengawasi mereka dengan baik.

Selain daripada aspek latihan fizikal, pemain bolasepak negara perlu ditingkatkan aspek kejiwaan agar lebih kental dan dapat mengawal perasaan gembira sekiranya mendahului pasukan lawan. Akibat leka dan over confident, Bahrain berjaya menewaskan pasukan negara 3-2. Hanya 6 minit Bahrain diperlukan untuk Bahrain membolosi  gol Malaysia. Kecewaaaaaaaaaa.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...