Isnin, 28 November 2011

Semuanya duit





Pembaca yang dirahmati Allah SWT,

Disebabkan RM 50, seorang adik berlabel penganggur sanggup membunuh abang sendiri. Disebabkan RM 100, seorang suami memukul isteri sendiri. Tak tahu pula apa yang bakal berlaku apabila RM 500 diagihkan kepada mereka yang layak menerimanya nanti. Harap tidak timbul perkara jengkel lagi.

Ini membuktikan bahawa duit sudah mendarah daging di dalam masyarakat. Ada banyak kes yang melibatkan duit di negara kita. Pecah rumah, ragut, serangan beramai-ramai di kedai mamak, ugut, along, rasuah, black money, pukau-memukau, pukul-memukul dan berbunuhan demi duit. Golongan yang suka merompak duit orang ini ada yang terdiri daripada 'penanam anggur' dan ada yang terdiri daripada mereka yang berkerja tetapi pendapatan yang diterima tidak mencukupi untuk keperluan diri dan tanggungan.

PDRM tak serik menasihati rakyat untuk tidak membawa apa-apa gajet yang menarik perhatian mereka yang lapar duit orang lain. Kalau nak surf internet, belilah sendiri usb broadband. Tak mahal pun. Kerana duit, ada yang sanggup berjam-jam di premis yang ada WIFI percuma. Gajet yang dibawa bersama kelihatan mahal berbanding dengan kos memiliki broadband sendiri. 

Begitu juga dengan kes ragut, mereka yang minat bergaya tetapi tidak bercukupan duit sanggup menghiasi leher dengan emas palsu. Beg tangan palsu yang penuh persona. Kadang-kadang tidak berisi apa-apa hanya dibawa sebagai teman 'Window Shopping'. Ini menarik perhatian peragut yang sememangnya gila duit. Kalau kena ragut, nyawa mungkin melayang. Siperagut pula menerima risiko, kalau jatuh dan tertangkap orang ramai mahu bercerai badan. 

Kerana duit juga, orang ramai sanggup memakir kereta di mana-mana tempat. Biar jalan sesak asalkan dapat jimat RM 1.00. Kalau pembaca datang ke Kompleks Selayang Mall, Selayang, pengguna sanggup meletak kereta di bahu jalan. Terdapat banyak lot parkir di dalam kompleks. Sedangkan kereta yang dibawa punyai citarasa. Ini baru satu contoh tempat. Ia berlaku di semua tempat.

Disebabkan duit ramai yang sanggup hutang keliling badan, bukan pinggang lagi. Biar papa asalkan bergaya. Sama-sama kita muhasabah diri sempena Tahun Baru Islam. Mencari rezeki amat dituntut dalam Islam.  Kita mencari rezeki mengumpul harta untuk memudahkan urusan kehidupan kita dan bagi memastikan keturunan kita tidak ditinggalkan dalam keadaan melarat. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sesungguhnya meninggalkan anak-anak kamu dalam keadaan berharta lebih baik daripada meninggalkan mereka dalam keadaan miskin, meminta-minta belas kasihan orang lain."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...