Jumaat, 18 November 2011

Sekitar suasana pengumuman keputusan UPSR 2011


Sumber:
Utusan Borneo


by Jeremy Lanson,Rusnan Mustafa dan Henrietta Liza. Posted on November 18, 2011, Friday





KUCHING: Ada wajah gembira, ada terharu dan tidak kurang mereka yang sedih berbaur kecewa apabila menerima keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 selepas ia diumumkan semalam.
UPSR 2011 diadakan dari 13 hingga 15 September di 1,282 pusat peperiksaan di seluruh negeri Sarawak yang membabitkan 43,849 murid Tahun Enam di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Selain itu, 215 calon adalah dari enam sekolah swasta.
Utusan Borneo sempat merakamkan reaksi murid-murid Tahun Enam, ibu bapa dan guru-guru yang terbabit di beberapa sekolah di sekitar Kuching.
Antara sekolah yang terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Agama Datuk Haji Abdul Kadir Hassan, SK St Teresa, SK St Paul Bunuk, Padawan dan SK St Mary.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...