Jumaat, 18 November 2011

Jangan agih wang bantuan ketika cuti



Sumber:
Utusan Borneo



Ia bagi mengelakkan guru dan pelajar menjadi mangsa jenayah, kata William Ghani Reno Benjamin


SIBU: Pihak sekolah dinasihati agar tidak mengagihkan wang bantuan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah ketika cuti sekolah bagi mengelakkan guru dan pelajar menjadi mangsa jenayah.
Presiden Kesatuan Guru Sarawak (STU) William Ghani Bina turut mencadangkan agar pihak sekolah diiringi polis apabila mengeluarkan wang tersebut dari bank memandangkan ia melibatkan jumlah yang besar.
Dalam kumpulan pertama katanya, terdapat 291 sekolah dari 16 Pejabat Pelajaran di Sarawak dijangka menerima wang bantuan ini bermula esok (18 November) sehingga kesemua pelajar selesai menerima bantuan.
“Agak berbahaya mengeluarkan wang yang banyak dari bank memandangkan mereka yang mengeluarkan wang tersebut mungkin menjadi mangsa rompakan.
Oleh itu, mereka perlu diiringi oleh pihak polis bagi tujuan keselamatan. “Ini bukan soal yang boleh dipandang ringan dan pihak sekolah harus memastikan aspek keselamatan diberi perhatian bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku,” ujarnya ketika dihubungi, semalam.
Sebagai contoh menurut William, sebuah sekolah yang mempunyai lebih 1,000 pelajar mungkin terpaksa mengeluarkan lebih RM100,000 daripada bank. “Saya mencadangkan agar pihak sekolah menyimpan wang tersebut di dalam bank bagi tujuan keselamatan.
“Jika sekolah dibuka tahun depan, pihak sekolah boleh mengeluarkan semula wang tersebut untuk diagihkan kepada pelajar,” jelas beliau.
Bagi sekolah yang tidak mempunyai Kumpulan Wang Kerajaan (KWK), beliau mencadangkan sekolah terbabit membuka akaun bersama bagi memudahkan Kementerian Pelajaran menyalurkan wang bantuan terbabit.
Ditanya mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin yang meningatkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) agar tidak memotong wang bantuan RM100 itu bagi kegunaan persatuan atau sekolah, William turut menyatakan sokongan dengan kenyataan itu.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...