Rabu, 14 Disember 2011

Kanada mengharamkan purdah semasa upacara mengangkat sumpah kewarganegaraan


Sumber:
http://blogs.reuters.com/faithworld/
13.12.11






Meningkatkan tekanan ke atas  minoriti Islam Kanada
Dalam usaha yang berkemungkinan untuk meningkatkan tekanan ke atas minoriti Islam Kanada, kerajaan berkata, pada hari Isnin, ia akan menghalang semua wanita yang memakai purdah(penutup muka) dari mengambil bahagian dalam upacara  mengangkat sumpah kewarganegaraan Kanada.. Menteri Imigresen  Kanada, Jason Kenney berkata beliau telah menerima aduan daripada hakim-hakim upacara mengangkat sumpah kewarganegaraan dan ahli-ahli parlimen tentang wanita bertudung yang mengangkat sumpah secara rasmi menjadi warganegara Kanada.

"Undang-undang memerlukan bahawa semua calon mesti menunjukkan muka mereka sambil membaca sumpah membolehkan hakim dan semua orang hadir untuk melihat wajah mereka," Kenney berkata  dalam ucapannya di Montreal. "Sumpah kewarganegaraan adalah satu peristiwa yang unggul. Ia adalah suatu akuan awam bahawa anda menyertai keluarga Kanada dan ia perlu diambil secara bebas dan terbuka. "

Pengumuman Kenney akan memberi kesan kepada wanita yang memakai niqab - purdah dengan pembukaan mata - serta burqa, yang menutup penuh satu muka yang diliputi jejaring untuk membolehkan sipemakainya melihat. Langkah itu mungkin mencetuskan tindakan mahkamah. Kelompok muslim berkata sekatan itu melanggar kebebasan peruntukan-peruntukan agama  di bawah perlembagaan Kanada.


Statistik terkini di Kanada menunjukkan bahawa, pada tahun 2001 kira-kira 2 peratus daripada penduduk adalah Islam. Angka itu kini meningkat kepada hampir 3 peratus daripada 34.5 juta orang di negara ini.  Majlis Perhubungan Amerika-Islam Kanada berkata langkah Kenney mempersoalkan keikhlasan dan kesucian hati sesetengah pemohon kewarganegaraan Kanada dan bukan atas sebab yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...