Rabu, 14 Disember 2011

Kandungan surat pengisytiharan yang di-Pertuan Agong ke-14








Istiadat Melafaz Sumpah Memegang Jawatan dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan di Istana Negara

KUALA LUMPUR: Berikut ialah pengisytiharan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’azam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14 yang dibacakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Istiadat Melafaz Sumpah 

Memegang Jawatan dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan di Istana adalah dipe­runtukkan oleh Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan bahawa hendaklah ada se­orang Ketua Utama Negara bagi Persekutuan yang digelar Yang di-Pertuan Agong yang dipilih oleh Majlis Raja-raja:

Dan bahawasanya menurut peruntukan Jadual Ketiga ke­pada Perlembagaan Perseku­tuan, Majlis Raja-Raja telah mengisytiharkan Beta dipilih memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong.
Maka oleh yang demikian Beta, Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin
Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’azam Shah ibni 

Almarhum Sultan Badlishah, dengan ini mengisytiharkan bahawa Beta pada hari ini te­lah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong dan telah mengangkat sumpah yang dikehendaki oleh Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan mengikut cara yang ditetap­kan oleh Perkara itu.
Diperbuat di Istana Beta, Istana Negara, di Ibu Negara Beta di Kuala Lumpur pada tiga belas haribulan Disember dalam tahun dua ribu sebe­las.” — Bernama



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...