Sabtu, 24 November 2012

AES?



AES ialah suatu sistem penguatkuasaan yang dijalankan secara automatik 24 jam tanpa henti. Kamera akan dipasang di lokasi-lokasi yang telah dikenalpasti (hot spot) dan beroperasi 24 jam tanpa henti.Kamera disambungkan ke pangkalan data JPJ.Apabila sesebuah kenderaan melalui kawasan tersebut, jika melebihi had laju yang ditetapkan, maka gambar kenderaan akan diambil dan dihantar ke pusat pemprosesan gambar serta pangkalan data JPJ.Jika disahkan melakukan kesalahan, maka saman akan terus dikeluarkan kepada pemilik kenderaan.


- Penguatkuasaan secara automatik iaitu kesinambungan daripada Pelan Keselamatan Jalan Raya 2006 -2010.
-Usaha berterusan aktiviti keselamatan Jalanraya (JPJ ,PDRM,JKJR,MIROS,JKR) memberi tumpuan kepada 4E (Engineering,Enforcement,Education and Enviroment).
-Perlu adaptasi sistem penguatkuasaan yang mampan (sustainable) dalam terus kekal mengubah sikap pemanduan tanpa mengira kadar pertambahan kenderaan,pemandu atau kekangan penguatkuasaan.
-Pendekatan kepada" system based approach" yang mampu mengubah sikap pemanduan rakyat Malaysia.
-Satu sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalulintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video).


Bagaimana AES berfungsi?

- AES berupaya mengesan dan merakam secara automatik sebaik sahaja mana2 kesalahan lalulintas dilakukan dikawasan sering berlaku kemalangan sahaja.
-Perlaksanaan AES meliputi kesalahan :

i)tidak mematuhi lampu isyarat.
ii)memandu melebihi had laju

-Maklumat kesalahan ini kemudiannya dihantar secara "real time online ke Pusat Kawalan AES (Control Centre).Maklumat diproses bagi mengenal pasti pemandu/pemilik yang terdapat dalam pangkalan data JPJ.
-Saman akan dikeluarkan secara automatik dan dihantar melalui pos kepada Orang Kena Saman (OKS).
-Sistem ini juga secara automatik menghantar maklumat kes ke mahkamah untuk tujuan perbicaraan jika OKS memilih untuk gagal membayar kompaun atau dibicarakan.

Keseluruhan nilai kontrak Sistem Penguatkuasaan Automatik - AES ialah $103 juta mengambilkira kontrak Jenoptik Robot dengan ATES Sdn Bhd sebanyak $53 juta dan kontrak Redflex dengan Beta Tegap bernilai $50 juta.. itu jumlah kontrak pembekal dengan penyedia perkhidmatan... kontrak penyedia perkhidmatan iaitu Beta Tegap dan ATES dengan Kerajaan pulak agak-agaknya berapa??? Dianggarkan Projek AES ini menelan belanja lebih kurang RM800 juta..


Maklumat yang diperolehi menyebutkan bahawa harga kamera jenama Jenoptik Robot buatan Jerman yang digunakan oleh ATES Sdn Bhd untuk AES ialah sekurang-kurangnya EUR 30,000 seunit. Jenoptik Robot menyatakan bahawa mereka mendapat kontrak menyediakan sebanyak 550 unit kamera yang keseluruhannya bernilai EUR165,000,00. Nilai EUR1 bersamaan RM3.82. Jadi keseluruhan harga kamera Jenoptik Robot menjangkau RM63,178,520.54. Ini baru nilai kamera, tidak termasuk perisian, perkhidmatan penyeliaan dan khidmat susulan bagi tempoh 5 tahun. Bagaimana Syarikat ATES Sdn Bhd mendapat pulangan??? 

Jawapannya ialah Saman Lalulintas!! 1 Saman RM300..

Berapa bilangan kamera yang akan dipasang?
-Jumlah kamera Speeding 566 buah.
-Jumlah kamera Traffic Light 265 buah.
-"Mobile Camera" (30%) 250 unit. Operasi kamera mudah alih adalah bagi kawasan kemalangan yang tiada insfrastruktur( bekalan elektrik, liputan komunikasi sebagainya) untuk dipasang kamera statik.

Ahad, 18 November 2012

Serangan Israel Hancurkan Markas Pusat Hamas

Seorang polis Palestin memeriksa sebuah bom Israel yang jatuh namun tidak
meledak di salah satu  jalan Gaza City.



BANDAR GAZA, 18 Nov.2012- Serangan udara Israel mengenai markas pusat para pemimpin Hamas di Gaza dalam serangan yang telah berlangsung selama empat hari di wilayah tersebut. Saksi melaporkan, kerosakan teruk terjadi pada markas yang dikunjungi Perdana Menteri Mesir Hisham Qandil pada Jumaat (16/11/2012). Koresponden BBC melaporkan, suara  bingit terdengar di udara Kota Gaza dan disusuli serangkaian serangan yang menyebabkan ledakan besar pada Sabtu (17/11/2012) sebelum subuh.

Selain itu, serangan juga terjadi di sekitar Kota Gaza setelah pukul lima pagi, dengan sasaran markas  kabinet Hamas. Wartawan BBC Jon Donnison menulis dalam Twitter, "Lima serangan udara besar sekarang menggoncang bilik saya. Terasa dekat." Sementara  itu tentera Israel mengatakan, serangan yang terjadi sejak tengah malam itu mensasarkan 85 lokasi. Sekurang-kurangnya 29  warga Palestin dan tiga penduduk Israel mati dalam pertempuran yang terjadi sejak Israel menewaskan  pemimpin Hamas, Rabu lalu.

Israel telah menempatkan sekitar 75.000 tentera simpanan di tengah spekulasi akan adanya pertempuran darat. Menurut sumber, pertempuran darat akan segera dilakukan, tetapi Israel mengatakan belum ada keputusan yang dibuat mengenai hal itu. Israel telah menutup akses di tiga pintu masuk Gaza pada hari Jumaat; dan memaklumkan telah menggerakkan 16,000 tentera simpanan sementara maklumat lain Israel mengatakan telah menggerakkan 75,000 tentera simpanan lainnya.

Pemimpin tentera Hamas, Ahmed Jabari maut dalam serangan Israel pada Rabu lalu. Dan seorang pemimpin kanan pasukan  turut maut pada Jumaat (16/11/2012). Dua  perempuan Israel dan seorang lelaki maut ketika sebuah roket mengenai sebuah bangunan di bahagian selatan kota Kiryat Malachi pada Khamis, menurut keterangan pejabat setempat. Sebelum serangan terjadi, Israel telah berulang kali melakukan serangan udara ke Gaza dan pejuang Palestin melancarkan roket melepasi perbatasan wilayah mereka.

Jumaat (16/11/2012), Hamas mengatakan telah menembak roket ke Tel Aviv dan Jurusalem: akhbar Haaretz mengatakan bahawa peristiwa serangan roket ke Jurusalem itu untuk pertama kalinya berlaku sejak tahun 1970.

Suara bisik mahu bunuh anak


Sumber:
NIK AMIRUL MU'MIN NIK MIN
Sinar Harian
18 November 2012



"SEBELUM itu, saya dengar suara anak dan suami ketawa dari dalam bilik. Saya berada di dapur bersama anak sulung, Mohd Al-Amin, 2," kata Suze Jalit, 26, ibu bayi malang, Nor Amirah yang maut disembelih bapanya sendiri di Felda Panching Selatan, dekat sini, malam semalam.
Suze berkata, tiba-tiba terdengar suara anaknya yang berusia 11 bulan 20 hari itu menangis, namun masih tidak mengesyaki apa-apa.

"Hinggalah apabila saya dapati Amirah tiba-tiba senyap selepas dua kali menangis, barulah saya rasa seperti ada yang tidak kena segera berlari ke bilik. Ketika itulah ternampak leher Amirah berlumuran darah.

"Anak saya masih atas katil sementara suami pula memegang parang pendek," katanya.

Ketika ditemui semalam, wanita itu ternyata masih sukar menerima kenyataan bayinya sudah tiada, apa lagi nyawanya diragut ayah sendiri.
"Baru petang semalam (kelmarin) kami sekeluarga keluar berjalan-jalan. Ayahnya pun sangat mesra dengannya dan bermain-main dengannya hingga ke malam. Tak sangka pula kesudahannya ini yang terjadi," katanya sambil mengesat air mata.

Mengenai suaminya, Suze berkata, lelaki berusia 29 tahun itu mendakwa sering dengar bisikan suara kononnya ada orang mahu membunuh dan membakar Nor Amira.

Adik lelaki itu, Norazliza Ismail, 23, pula berkata, dia menonton TV ketika mendengar kakak iparnya (Suze) menjerit dan menangis.

"Saya bergegas ke bilik dan melihat Amirah sudah tidak bernyawa dan lehernya berlumur darah. Saya kuatkan hati, ambil kain dan balut luka pada lehernya," kata gadis itu.

Norazliza berkata, abangnya pula yang disyaki terlibat perbuatan itu, seolah-olah baru tersedar khayalan. Dia menangis, meratap setelah melihat keadaan anaknya malah dikatakan turut menghubungi polis dan ambulans.
"Sebelum ini, dia sering alami gangguan fikiran. Dia pernah mengaku selalu dengar bisikan ada orang mahu bunuh dan bakar anaknya. Dia mahu bunuh sendiri anaknya daripada biar dibunuh orang lain," katanya.
Jenazah bayi malang itu dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk dibedah siasat, sebelum dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Felda Panching Selatan, dekat sini.

Sabtu, 17 November 2012

MEREKA BENAR-BENAR MERANCANG MENGHANCURKAN KITA, APAKAH PULA PERANCANGAN KITA?

Sumber:
Persatuan Pengguna Islam Malaysia



Tragedi 9/11 adalah satu jenayah yang serius.9/11 dilakukan oleh sebuah naungan organisasi dan kerajaan yang paling kuat, sophisticated(canggih),talam dua muka dan penuh dengan kejahatan.Tragedi dan agenda ini digunakan oleh Anti-Muslim Website untuk mencetuskan perasaan Benci didalam kalangan masyarakat dan menyalahkan bahawa hal itu dilakukan oleh Muslim.

Sebagai Muslim,ramai juga yang percaya bahawa kejadian 9/11 dilakukan oleh Osama bin Laden.Osama bin Laden sendiri telah menafikan hal ini dilakukan oleh beliau sebanyak dua kali!Dia mengatakan Umat Islam tidak boleh dan tidak pernah membunuh orang lain yang tidak bersalah diatas kejahatan orang lain.

Bukti menunjukkan bahawa media telah disajikan dengan beberapa gambar palsu Osama bin Laden dan salah mengertikan penyataannya.Dia mungkin telah membuat beberapa komen seperti,"“but I am glad that it happened”(tapi aku gembira/senang hal ini terjadi")tapi ini tidak bermakna bahawa dia yang melakukan kejahatn itu,mereka yang mengawal negara-negara Muslim telah merosakkan imej Islam dan Muslim khususnya di negara-negara barat.

Tetapi mereka harus tahu bahawa mereka bukanlah kuasa yang mutlak untuk menimbulkan kerosakan yang benar keatas Islam dan Muslim,terutamanya jika Muslim tidak bersalah oleh kejahatan terhadap kemanusiaan,yang pastinya dilakukan oleh "mereka".Tetapi umat Muslim semua,lihat lah kebesaran belas kasihan Allah s.w.t,DIA telah menukar isu besar ini,Isu Besar ini sebaliknya menjadi pertolongan yang penuh kepada Islam!Ini adalah Kebenaran!Hanya selepas 2,3 hari kejadian 9/11 seorang gadis Katolik AS telah menerima Islam,dan selepas kejadian 9/11 ribuan orang Barat menerima/masuk Islam dan terus berkembang hingga kehari ini!Today Islam is the Fastest growing religion in world.every days hundreds of peoples from West accepting ISLAM.(Hari ini Islam adalah Agama yang berkembang dengan pantas di seluruh dunia!Setiap hari ratusan orang2 dari barat menerima/masuk Islam.)

MENGAPA?MENGAPA?MENGAPA?Mengapa mereka menerima Islam?Jika seorang mungkin otak mereka telah kena "brain wash" oleh maulana/guru/ustaz..tetapi ini ribuan yang menerima Islam setiap hari!
Mengapa Islam adalah Agama yang paling cepat berkembang di seluruh dunia?Jawapannya adalah "Ini Agama Tuhan,Hanya Satu Tuhan Yang Benar!Allah SubhanaWataala!Ini adalah Agama Kedamaian,Agama tentang Kemerdekaan,kasih sayang dan saling menghargai sesama manusia.


MENGAPA
Kurangnya respon terhadap peringatan dari 11 negara tentang serangan? 11 negara memberi amaran kepada AS tentang serangan tersebut, tetapi tiada maklum balas dari kerajaan AS.

Kurangnya respon terhadap peringatan dari agen-agen AS tentang serangan? FBI dan badan keselamatan lain memberi amaran kepada kerajaan bahawa beberapa pengganas yang mengambil latihan Militer AS, dari kerajaan .... Tidak ada respon!

Nama-nama perampas hilang dari manifest penerbangan?
Beberapa suspek perampas dijumpai masih hidup dan sihat?
Penghancuran rakaman kawalan lalu lintas udara dari 9 / 11?
Kurangnya respon Pentagon untuk amaran udara yang masuk?
Disangka dengan tuduhan Muslim yang taat perampas berpesta sebelum 9 / 11?
Beberapa perampas disangka mungkin mempunyai latihan penerbangan dan dilatih di pangkalan tentera AS?
keselamatan WTC anomali
Sejumlah fakta telah tersebar aneh di bawah tajuk keselamatan WTC anomalies.Diantara mereka:
Saudara  George W. Bush menjawat jawatan sebagai Pengarah dan sepupunya adalah CEO dari kawalan keselamatan bertanggung jawab untuk merekacipta rangkaian keselamatan elektronik dari World Trade Center sebelum dan semasa 9 / 11;
Telefon Sejumlah ancaman bom WTC ditempatkan dalam siap sedia tinggi dalam beberapa minggu sebelum 9 / 11;
Pekerja • WTC dilaporkan diberi  "amaran yang lemah" amaran dalam hari-hari menjelang 9 / 11 di mana kuasa ditutup untuk pintu pelbagai tingkat bangunan pekerjaan atas alasan untuk penyelenggaraan, rendering kawalan keselamatan dan kamera video yg tidak berfungsi; ramai pekerja kelihatan memasuki dan meninggalkanbangunan sesuka hati;

• Sekurang-kurangnya seorang pengawal keselamatan di WTC melaporkan tiba-tiba anjing penghidu bau letupan telah dihapuskan tugasnya 5 hari sebelum 9 / 11;
• John O'Neill keluar dari pekerjaannya sebagai ahli kontra keganasan FBI sebahagian kerana obstruksi investigasinya al-Qaeda dan menjadi ketua keselamatan WTC, bermula pada akhir bulan Ogos 2001, dia dibunuh tiga minggu kemudian dalam serangan.
Demolition/Letupan-seperti Keruntuhan WTC 1, 2, dan 7
Dari semua fakta yang dibincangkan dalam kajian ini, sifat runtuhnya tiga bangunan World Trade Center peringkat di antara yang paling ketara. Ada beberapa misteri tentang runtuh ini:
• Tidak pernah dalam sejarah tamadun moden mempunyai pencakar langit berbingkai solid steel runtuh kerana api;
• Bagaimana Solid Steel Struktur boleh mencair di kawasan yang terbuka, perlu suhu kepanasan yang sangat tinggi tetapi tidak mungkin di udara terbuka ... ada sebahagian besar asap, asap keluar, bermakna api tidak membakar dengan betul;
• Solid Steel Struktur bangunan jatuh di 16 minit  asap pembakaran;tetapi ia aneh!kerana ia jatuh hanya dalam 11 saat.
• Setelah Jatuh, kawasan yang penuh dengan debu putih, dari manakah ia datang;
• Setelah Jatuh, mengapa barang peralatan pejabat tidak jatuh, di mana barang-barang yang tidk jatuh adalah ... 110 bangunan lantai, beratus peralatan pejabat ... kerusi, komputer, tidak ada yang ada kelihatan ... ..
• Sebelum beberapa tahun ini 6 jam Api telah terbakar di WTC,tetapi tidak runtuh,tetapi pada hari kejadian tersebut hanya 16 minit kebakaran di WTC bangunan itu runtuh dan bangunan itu terus jatuh?
• bom ditanam di dalam bangunan sebelum 9 / 11.
• SETELAH KEDUA-DUA BANGUNAN ITU TERHEMPAS TETAPI DIMANAKAH PASAK TUNJAL BANGUNAN TERSEBUT ??????????
• Api yang merebak didalam bangunan tersebut pada hari itu adalah yang paling cepat padam daripada kebakaran yang membakar bangunan pencakar langit itu pada masa lalu;
• World Trade Center adalah bangunan yang dibina dengan standard yang sangat tinggi, mereka adalah struktur yang sangat berlebihan sengaja dirancang untuk menahan kesan langsung dari pesawat jet komersial dan api yang jauh lebih besar;
• Menurut jabatan bomba, polis, pekerja, saksi di luar bangunan dan wartawan melaporkan telah mendengar letupan letupan di seluruh bangunan sebelum dan semasa runtuhan bangunan WTC;
• Ada bukti yang terlihat jelas dari 'squibs' (letupan pembongkaran) di sisi menara selama bangunan itu runtuh menurut mereka;
• Towers 1 dan 2 jatuh ke tanah dalam satu dan tiga saat kelajuan jatuh bebas, sesuatu yang secara fizikal tidak mungkin jika pintu setiap tingkat bangunan adalah pertemuan-apalagi mengatasi-berlawanan dengan
steel yang utuh dan struktur konkrit sepanjang runtuhan bangunan tersebut;
• konkrit menara itu runtuh seperti dibuat dari debu yang halus, sesuatu yang tidak akan terjadi,menara itu jatuh antara satu sama lain seperti kek yang cair;
• Menara runtuh nampak sempurna runtuh ke tapak asal bangunan tersebut dengan tanpa mengakibatkan kerosakan bangunan yang lain yang berada berdekatan;
• Bangunan-bangunan telah ditukarkan dari jabatan awam kepada pemilikan swasta hanya beberapa minggu sebelum ini, dan pemilik baru mereka mengambil insurans yang khusus dalam akta keganasan. Kes World Trade Center 7 yang paling mendedahkan:
• Tidak pernah dirempuh oleh kapal terbang;
• Api yang terbakar di dalam bangunan(dipercayai kerana jatuh dari puing-puing keruntuhan menara lain) relatif kecil;
• itu jatuh tepat kelajuan jatuh bebas, tanpa penghancuran terkawal ini tidak mungkin menurut undang-undang fizik;
• itu jatuh simetris ke tapak tersebut;
• Pemiliknya ada di rakaman video mengatakan dia menyarankan kepada pegawai pejabat  bahawa bangunan itu akan "ditarik"-jargon untuk pengeboman terkawal; sesaat setelah saranan itu, runtuh dalam cara pengeboman yang terkawal/ataupun dikawal oleh satu sistem.
pembongkaran;
•Bukti pejabat Ini disimpan dari CIA dan pusat kecemasan pengurusan New York, antara lain;
• Bukti sebatian bahan letupan telah ditemui di sekurang-kurangnya satu daripada beberapa sisa potongan besi sekali-cair yang tidak menyalahi undang-undang hancur;
Runtuhnya WTC 7 tidak pernah dikendalikan oleh Suruhanjaya 9 / 11.
Fakta-fakta ini semua nya adalah bercanggah dengan teori dari pegawai dari 9 / 11.Fakta-fakta ini benar-benar konsisten dengan pembongkaran pengeboman yang terkawal/atau dikawal semasa runtuhnya bangunan WTC 1, 2 dan 7.
Pertahanan terhadap 9 / 11 Siasatan
Dalam krisis kebangsaan sebelum ini, seperti serangan terhadap Pearl Harbor dan pembunuhan John F. Kennedy, penyiasatan empaneled dalam hitungan hari. Dalam kes 9 / 11 negara akan perlu menunggu setengah tahun untuk pemeriksaan Dewan-Senat, lebih dari setahun untuk sebuah penyelidikan rasmi untuk memulakan,
dan hampir tiga tahun untuk laporan penutup. Suruhanjaya ditutup pada 21 Ogos 2004.
Presiden Bush dan Naib Presiden Cheney akan berjuang menyangkal semua penyiasatan dan penyelidikan mengenai kes 9/11 ini dari segenap cara dan kuasa.
Lebih Banyak masalah yang ada! Jika saya akan mendapatkan waktu, saya akan mempublikasikannya, artikel ini mengandungi hanya kejadian di WTC,belum termasuk pentagon!
ANDA ADALAH HAKIM KEJADIAN DI ATAS! ADAKAH ANDA BERFIKIR MUSLIM YANG BERTANGGUNGJAWAB DALAM HAL INI ???????



Khamis, 15 November 2012

Latihan Khas


Oleh Mohd Sabran Md Sani

sab@hmetro.com.my



KEMENTERIAN Pelajaran menyediakan latihan melalui modul latihan bersesuaian mengikut tahap kompentensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang dikenal pasti tidak mencapai tahap kompentensi ditetapkan.Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah berkenaan dilakukan hasil daripada penilaian mengenai pembangunan instrumen bersepadu (1Unified Instrument) yang dilaksanakan bagi menilai tahap kompentensi semua pegawai perkhidmatan pendidikan.


“Dalam konteks ini, tenaga kepakaran Institut Pendidikan Guru (IPG), Institut Aminuddin Baki (IAB), English Langguage Teaching Centre (ELTC) dan bahagian tertentu dalam KPM digembleng dan digerakkan sebagai jurulatih utama melaksanakan latihan peningkatan profesionalisme.

“Seiring dengan langkah berkenaan yang dinyatakan dalam anjakan ke-8 bagi semua organisasi di kementerian termasuklah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD),” katanya.


Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian ketika menjawab soalan dibangkitkan Mohd Nor Othman (BN-Hulu Terengganu) yang meminta kementerian berkenaan menyatakan sejauh manakah Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam menyediakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).



Ini sekali gus menjadikan Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib sebagai asas dan menjurus kepada pembentukan perpaduan negara dalam kalangan murid serta usaha menyatupadukan murid daripada pelbagai kaum.

Muhyiddin berkata, transformasi dirancang meliputi kemahiran dalam bidang sains dan teknologi (S&T) dan KPM memperkenalkan dasar penyertaan murid dalam bidang sains iaitu Dasar Sains dan Teknikal dengan 60 nisbah 40 (60:40).


“Oleh itu, beberapa strategi dirangka untuk menarik minat murid mengikut bidang berkenaan seperti meningkatkan kemahiran dan kualiti guru, menyediakan bidang sains dan teknologi dalam kalangan murid dan menyediakan infrastuktur lengkap,” katanya.

Beliau berkata, seperti yang dibentangkan ketika pelancaran laporan awal PPPM 2013-2025 berpaksikan tiga objektif khusus melalui tiga gelombang berlandaskan lima aspirasi sistem pendidikan untuk menghasilkan enam ciri keberhasilan murid.


“Ia dirangka berasaskan sembilan bidang utama yang diterjemahkan melalui 11 anjakan untuk dilaksanakan dalam tempoh 13 tahun. Segala idea, pandangan, penelitian dan penilaian yang mendalam mengenai penambahbaikan sistem pendidikan.



“Bagi memastikan PPPM ini benar-benar memenuhi aspirasi dan kehendak rakyat, pelan pembangunan ini dibentangkan semula kepada masyarakat umum melalui Program Hari Terbuka di enam zon di seluruh negara bermula 6 hingga 20 Oktober 2012,” katanya.



Menurutnya, kementerian juga menubuhkan Unit Penyampaian Pendidikan (EDU) untuk memacu penyampaian PPPM, memantau kemajuan pelaksanaannya, menyelesaikan isu berbangkit, menyediakan maklum balas secara berterusan dan menguruskan komuniksi untuk pihak berkepentingan.



“Untuk memastikan keberkesanan unit ini, pegawai yang ditempatkan di EDU dipastikan daripada mereka yang mempunyai bakat terbaik,” katanya.

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...