Jumaat, 18 Julai 2014

DULU MH370, KINI MH17



Belum reda dan terungkai misteri kehilangan MH370, kita dikejutkan lagi satu berita pada awal pagi tadi apabila satu lagi pesawat milik Malaysia terhempas di sempadan Rusia-Ukraine. Pesawat yang berlepas dari Amsterdam ke KLIA itu dijangka mendarat di KLIA pada pukul 6.10 pagi.

Senarai tidak rasmi penerbangan MH17 menyatakan bahawa 20 rakyat Malaysia dan dua bayi berada di atas kapal terbang yang dilaporkan ditembak oleh pemberontak berhampiran sempadan Rusia-Ukraine. Bilangan tertinggi penumpang dari Belanda dengan 143 penumpang dan 27 penumpang rakyat Australia. Terdapat 11 penumpang Indonesia dan seorang bayi di atas kapal penerbangan malang itu. Britain mempunyai enam penumpang, Perancis dan Jerman masing-masing mempunyai empat, Belgium mempunyai tiga dan Kanada satu. 58 penumpang yang lain belum dikenalpasti kewarganegaraannya. 15 anak kapal MAS turut berada di dalam penerbangan tersebut.


MAS berkata pengawal trafik udara terputus hubungan dengan penerbangan MH-17 pada 1415 GMT dan terbang di timur Ukraine ke arah sempadan Rusia dengan membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal. Data pengesanan penerbangan menunjukkan ia hilang pada ketinggian 10,000 meter.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...