Bagi seorang anak, ayah merupakan salah satu orang paling penting di dalam hidup ini setelah ibu. Sama seperti halnya seorang ibu, ayah pun memiliki cinta dan kasih sayang yang besar kepada anaknya. Ia akan melakukan hal apapun demi kebahagiaan anak. Tidak pernah memikirkan dirinya sendiri dan lebih mengutamakan kepentingan anak-anaknya.
Ayah merupakan pengemudi keluarga yang menjadi tiang berpasak dan sumber kekuatan untuk keluarganya. Namun di sisi lain ayah pun boleh menjadi seorang ibu. Jika tidak ada seorang ibu yang akan merawat anaknya, maka ayah yang akan menggantikan peranan seorang ibu. Ayah memenuhi keperluan anaknya dan mengurus semua yang diperlukan anaknya.
Selama ini mungkin kita mengenal penampilan ayah dengan keperibadian yang kuat dan tegas. Memiliki tanggungjawab besar untuk keluarga dan kasih sayangnya tidak perlu diragukan. Ayah yang selalu mengajarkan anak-anaknya dalam segala macam hal, mengajarkan sabar, kuat dan tabah akan masalah yang menimpa. Namun di sebalik itu semua, ayah memiliki hati yang lembut dan rapuh jika anak yang disayanginya bersedih.
Ayah memberikan semua yang terbaik kepada anak-anaknya. Bahkan ia lebih mengutamakan anaknya dibandingkan dirinya sendiri, untuk memberikan semua yang terbaik kepada anaknya. Rela membohongi dirinya sendiri, lelah dan sakit yang dirasakannya, dikafankan dan itu semua ayah lakukan hanya untuk anaknya. Segala macam keluh kesah yang dirasakannya pun tidak bermakna untuk dirinya, kerana semua itu hanya untuk membahagiakan anak-anak yang dicintainya.
Terkadang ayah selalu menghambur kata yang disulam marah kepada anak-anaknya. Dan itu semua bukan kerana ayah membenci anak-anak melainkan ayah ingin anaknya berperibadi mulia dan bertanggung jawab. Kebahagiaan anaknya adalah kebahagiaan untuk dirinya juga, oleh kerana itulah ayah akan melakukan segala cara untuk kebahagiaan anaknya meskipun jalan yang dilaluinya penuh onak.
Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan anak-anak setiap hari.Tapi tahukah anak-anak, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon anak-anak.ayah.
Semasa kecil, ibulah yg lebih sering mendukung anak-anak. Tetapi tahukah anak-anak, bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih, ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian.
Saat anak-anak sakit atau demam, ayah sering membentak, “kan ayah dah kata jangan main hujan? kan ayah dah cakap jangan minum air bercampur ais “. Tetapi tahukah anak-anak bahawa ayah sangat risau kerana anak-anak ialah nyawanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan