Selasa, 24 Julai 2018

Travelog Pengendara Kapcai Merah

Assalamualaikum WBT kepada yang dihormati pembaca Wadah Pajak Song.

Petang semalam, penulis berkesempatan bertemu dan menikmati secangkir kopi o dengan kawan penulis semasa sama-sama belajar di UKM Bangi. Kawan penulis yang dikenali sejak sekian lama ini merupakan seorang pegawai kanan di sebuah kementerian di Putrajaya.

Sudah dua bulan hingga kini, kawan penulis ini memilih untuk mengendara kapcai merahnya untuk bergerak ke tempat kerja dari Semenyih. Kawan penulis memulakan bicara santai sambil menyandar tenang mengatakan bahawa, sebelum menjadi pengendara kapcai, dia selalu membuat penilaian mudah terhadap pengendara motor ini. Baginya, pengendara motor ini tidak berbudaya, tidak memiliki peraturan, tidak memiliki perasaan dan ingin kemenangan.

Telahannya ternyata menyimpang, selama menjadi pengendera motor, kawan penulis mendapati terdapat pengendara motor yang taat terhadap lalu lintas dan memiliki sopan santun dalam berkendaran. Sopan santun berkendara itu meliputi menghormati pengguna jalan raya yang lain, tidak merasai kemenangan, bersikap tenang terhadap keadaan dan tidak cepat emosi.

Tidak menafikan ada segelintir  pengendara motor yang tidak menunjukkan ketaatan terhadap peraturan lalu lintas seperti menerjang lampu merah, mengendarai semahu hati, potong jalan meskipun sempit dan lebih cepat emosi jika jalannya terganggu.

Penyumbang kepada bahaya pengendara motor juga berpunca daripada sikap pengemudi kereta dan pengguna jalan raya yang bermacam karenah, butiran pasir di atas jalan raya, lubang, pengemudi kereta yang fanatik dengan telefon bimbit ataupun longgokan daun beranting di jalan raya. Senarai ancaman kepada pengendara motor sememangnya cukup panjang jika ditulis.

Oleh kerana itu, kawan penulis berpesan agar pengendera motor lebih berhati-hati dan membawa 'otak' bersama.  Bagi pengemudi kereta pula diingatkan untuk tidak mudah berperasangka dan perlu menghargai pengendara motor. Kerana motor itu sangat ringkas dan ringan, disenggol jatuh, bahkan terlebih kelajuan sekalipun mudah jatuh.

Sebelum azan Maghrib berkumandang, kami menamatkan perbualan. Kedengaran enjin kapcai merah kawan penulis kedengaran meninggalkan penulis.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...