Memperdalam atau memperdalamkan?
Memperluas atau memperluaskan?
Memperlebar atau memperlebarkan?
Mempersembah atau mempersembahkan?
Memperlekeh atau memperlekehkan?
Sebenarnya, mudah sahaja untuk mengetahui sama ada anda menggunakan imbuhan 'memper-' secara tepat atau sebaliknya. Imbuhan 'memper-' terdiri daripada dua imbuhan (mem- dan per-) dan digunakan untuk menggambarkan situasi yang lebih tinggidaripada keadaan sedia ada. Contoh:
Memperlebar=> Keadaan sedia ada yang sudah lebar dilebarkan lagi.
Pihak kerajaan sedang memperlebar lebuh raya persekutuan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas.
(Lebuh raya persekutuan yang sedia ada lebar dilebarkan lagi).
Baik, adakah kedua-dua perkataan 'memperlebar' dan 'memperlebarkan' boleh digunakan dalam Bahasa Malaysia? Jawapannya, tidak!
Undang-undang Bahasa Malaysia yang perlu anda patuhi ialah:
=> Kata adjektif tidak boleh menerima lebihdaripada dua imbuhan.
Jadi, 'lebar' merupakan kata adjektif. Oleh itu, perkataan tersebut tidak boleh menerima lebih daripada dua imbuhan. Maka, perkataan 'memperlebarkan' adalah salah dalam Bahasa Malaysia kerana perkataan tersebut mempunyai tiga imbuhan (mem-, per-, -kan).
Memperdalam atau memperdalamkan?
Jawapan: Memperdalam (Dalam=> kata adjektif)
Memperluas atau memperluaskan?
Jawapan: Memperluas (Luas=> kata adjektif)
Memperlebar atau memperlebarkan?
Jawapan: Memperlebar (Lebar=> kata adjektif)
=>Kata kerja pula boleh menerima tiga imbuhan.
Mempersembah atau mempersembahkan?
Jawapan: Mempersembahkan (Sembah=> kata kerja)
Memperlekeh atau memperlekehkan?
Jawapan: Memperlekehkan (Lekeh=> kata kerja)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan