Idarasul
Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2016
Cerpen Media Baharu
Segala-galanya bermula kira-kira penghujung tahun 2015.
Ketika itu, adik lelakiku sedang sakit dan terlantar di rumah. Pada
wajahnya tidak kelihatan tanda-tanda seperti mahu meninggalkan kami di dunia ini.
Sakit yang ditanggungnya sukar untuk diterjemahkan. Kadang-kadang mengerang
kesakitan.
Segala-galanya bermula kira-kira penghujung
tahun 2015. Ketika itu, adik lelakiku sedang sakit dan terlantar di rumah.
Pada wajahnya tidak kelihatan tanda-tanda seperti mahu meninggalkan kami
di dunia ini. Sakit yang ditanggungnya sukar untuk diterjemahkan. Kadang-kadang
mengerang kesakitan. Hilang semua keceriaan dan kenikmatan hidup. Penyakitnya
itu benar-benar merenggut sebahagian daripada kebahagiaan yang pernah dilaluinya.
Dua bulan lamanya doktor tidak dapat mengesan jenis penyakit yang dihidapi.
Menderita dalam kelelahan dan kepayahan. Menderita dalam kesakitan. Namun,
Tuhan lebih menyayangi dirinya apabila dijemput Illahi pada penghujung bulan
Januari tahun 2016. Yang tinggal hanyalah anak-anaknya yang baru sahaja
menginjak ke alam remaja dan seorang lagi baru bersekolah tadika. Satu tamparan
hebat bagi diriku dan adik-beradik yang lainnya.
Aku bodoh ketika itu. Terlalu bodoh! Tidak
langsung terfikir untuk mencari maklumat mengenai penyakit yang dideritainya.
Sudah ada simpton-simpton yang menunjukkan adik lelakiku itu mengidap kanser
hati. Entah mengapa aku sendiri tidak tahu, jari-jemariku kaku dan tidak
bertulang untuk mencari maklumat berkaitan penyakit itu sedangkan pada masa
kini dunia ditebak dengan kemudahan ICT yang canggih lagi mengkagumkan. Aku
seolah-olah sudah buta dan tuli padahal aku memiliki telefon pintar, komputer
riba, kemudahan internet malahan beribu-ribu ringgit mahalnya. Entahlah, aku
tidak tahu di mana silapnya. Jika tidak, mungkin adik lelakiku masih lagi
diberikan keizinan untuk terus bernafas di bumi ciptaan Tuhan ini. Pun begitu,
semuanya sudah tertulis di Loh-Mahfuz dan aku sebagai hamba-Nya perlu
reda dan menerimanya kerana aku tahu aku juga bakal berada di alam sana!
Namun, itu jugalah yang menjadi kayu ukur perubahan diriku. Rupa-rupanya
kehilangan insan yang aku sayangi ini benar-benar mengubah diriku agar menjadi
hamba-Nya yang sebenar.
Ya Tuhan, aku juga bakal disemadikan dengan berbekalkan kain kapan semata-mata.
Tidak akan ada satu pun harta dan insan yang aku sayangi akan dibawa menemaniku
ke dalam liang lahat. Hanya yang akan kubawa adalah amalanku ketika di dunia.
Ya Allah, aku benar-benar menginsafinya dan aku bukanlah hamba-Nya yang baik
malah sering kali terjerumus dalam dosa yang tidak pernah kering untuk
dilakukan.
Namun, keluhan kekesalan itu hanya terbit
apabila aku menatap wajah adikku tatkala dimandi dan dikafankan.Semuanya terbit
tanpa aku sedari. Ku tinggalkan segala kenangan di pusara arwah adik lelaki
namun hakikatnya berbulan lamanya aku menangisi pemergian adikku itu. Sungguh,
pada setiap malam aku pasti merindui dirinya.
Segala kesedihan di hati terbawa-bawa ke alam mimpi. Tiba-tiba sahaja aku
merasakan orang di sekelilingiku meratap dan menangisi diriku yang terbujur
kaku di tengah rumah. Aku semakin hairan. Hairan melihatkan sikap mereka yang
langsung tidak mengendahkan panggilanku malah langsung tidak bertegur sapa
denganku. Terlalu pelik! Aku melihat sekujur tubuh itu dan akhirnya membuka
penutup wajah dengan penuh hati-hati. Ternyata, tubuh yang terkujur itu adalah
diriku sendiri. Aku meraung memanggil mak dan abah. Namun, tiba-tiba sahaja aku
terkejut jaga dari mimpi itu. Sungguh aku tidak mengerti! Sebaik terjaga peluh
dingin membasahi segenap penjuru badanku. Apakah sebenarnya mimpiku itu? Lantas
menerusi telefon pintarku aku menceritakan segala-galanya kepada rakan baikku
menerusi aplikasi WhatsApp.
Apa
makna mimpiku itu?
Agaknya kau masih dalam keadaan trauma disebabkan adik kau baharu sahaja
meninggal dunia. Kau terimalah dengan reda, tentu ada hikmahnya yang Allah akan
berikan nanti.
Itu sahaja balasan WhatsApp daripada
rakan baikku. Namun masih lagi belum membantu aku mencari jawapan yang
sebenarnya.
Tidak cukup dengan WhatsApp, aku menjelajah melayari internet
tentang perasaan gundah -gulanaku. Apa yang kucari sebenarnya? Aku juga tidak
pasti!
Menerusigoogle, aku dapati banyak
info berkaitan dengan soal kematian dan pengakhiran. Membaca semua maklumat
belum tentu akan habis. Malah terlalu banyak untukku hadamkan di benak
fikiranku. Itulah kelebihan kemudahan teknologi ICT kepada manusia. Bukan
sahaja memudahkan pengguna di dunia tetapi juga di akhirat! Melalui ICT aku
leka merujuk dan mencari pengakhiran abadi ini. Namun, aku masih lagi lemah
untuk metaksirkannya.
Ah! Apa yang kucari? Masih belum mengerti? Semakin berbelit-belit?getus hati
kecilku lagi.
Selang sebulan, melalui paparan telegram di
dada telefon pintarku, seorang ustaz memberikan sedikit tazkirah mengenai alam
kematian. Ternyata untuk sekali lagi kemudahan aplikasi ini memberikan jawapan
kepada apa yang kucari.
Ya Allah,aku banyak melakukan dosa. Dosaku terlalu banyak dan tidak terhitung
seperti pasir di tepian pantai.
Namun, gema kesedaranku itu hanya
berdetak-detak di dalam hati tanpa orang lain yang mengetahuinya. Biarlah...
Bermula pada saat itu, aku mengerti tentang
pencarianku. Aku harus melabur seberapa banyak kebaikan di dunia ini. Segala
yang hitam perlu aku putihkan walaupun aku tahu warna hitam itu lebih banyak
menutup kebaikan yang kulakukan.
Setiap hari lebih kurang1 jam, aku cuba membaca ayat-ayat suci al-Quran.
Ternyata, aku masih lagi merangkak-rangkak membacanya. Teraba-raba di alam yang
semakin suram. Waktu itu, aku menangis semahu-mahunya. Sungguh! Aku terlalu
jahil.
“Mama, adik boleh ajarkan mama kalau mama mahu,”kata anakku dengan mata yang
bersinar.
Kata-kata yang keluar dari mulut seorang
anak yang berumur sepuluh tahun itu benar-benar membuatkan aku malu. Dalam usia
sementah itu, dia sudah khatam al-Quran sedangkan aku langsung tidak pernah!
Namun, aku langsung tidak memberikan jawapan kepada kebaikan yang dihulurkan.
Aku terlalu ego!
Aku melayari internet pada laman youtube. Tujuanku untuk belajar
al-Quran. Biar cepat pandai. Biar cepat khatam. Namun, semakin banyak aku
belajar semakin itu juga banyak yang terlupa. Rutin harianku masih tetap sama.
Belajar dan masih juga terus merangkak-rangkak. Aku membayangkan keadaanku di
sana nanti. Merangkak di padang pasir seperti mana aku merangkak ketika membaca
al-Quran.
Aku membuka youtube dan
memilih zikir-zikir untuk dibaca dan dihafal. Kadang-kadang aku memuat turun
kesemuanya. Menghafalnya malah turut cuba untuk mengamalkannya tatkala aku
berada dalam keadaan yang alpa. Benar, sedikit sebanyak zikir-zikir yang
kupelajari melalui youtube itu membantu aku agar lebih
menjadi muslimah sejati.
“Kalau hendak mengaji boleh melalui
telegram. Kita ada group mengaji di telegram. Cuba joint,”kata rakan baikku
dengan memberikan alamatnya.
Kelas Online Haraki Ustaz Zakaria (KOHUZ)
haraki.my/kohuz. Kataku sambil termenung.
Ternyata, kemudahan dan kecanggihan ICT
mampu memberikan khidmat yang berguna serta memberikan ganjaran pahala yang
berganda. Namun, aku hanya menjadi pengikut setia untuk kelas itu tanpa
menunjukkan mutu bacaanku. Bacaan al-Quranku masih lagi tahap
merangkak-rangkak.
“Mama, kalau mama malu mengaji dengan adik,
mama mengaji dengan abang sajalah,”kata anakku yang belajar di UITM Puncak
Alam.
Kata-kata itu membuatkan aku tersentak.
Bagaimana pula anakku tahu tentang masalah yang sedang aku hadapi? Mungkin
adiknya telah memberitahu kepada abangnya. Rupa-rupanya, mereka lebih cepat dan
cekap daripada diriku!
Aku masih lagi diam dan tidak memberikan
jawapan. Masih juga membaca dengan merangkak-rangkak. Ah, diriku ini terlalu
ego!
“Abah, mama hendak belajar mengaji. Boleh ajarkan?”tanyaku pada suatu hari
kepada suamiku.
Suamiku yang sedang membaca surat khabar
tersentak. Terlepas pegangan surat khabarnya tatkala aku mengajukan permintaan
itu. Sudah hampir dua puluh tahun aku berkahwin, baru kini aku memintanya untuk
mengajar. Suamiku hanya ketawa. Namun, pada malam itu selepas solat Isyak aku
duduk di hadapan suamiku dengan al-Quran di rehal. Aku membacanya. Sekali, dua
kali dan seterusnya. Namun, aku masih gagal lagi untuk melancarkan bacaanku.
Allah, aku harus kuat dan sabar. Kata hati kecilku seperti memberikan semangat.
Namun, tidak sampai seminggu aku tidak mahu
lagi belajar dengan suamiku. Suamiku hanya mengeleng-gelengkan kepala tanda
tidak memahami diriku. Manakan mungkin, bacaan suamiku terlalu cepat. Aku
semakin gelisah. Entahlah, kata suamiku kalau aku budak-budak sudah disesahnya
dengan lidi penyapu. Aku tunduk diam membungkam sedih.
Untuk sekali lagi, aku membeli al-Quran digital. Al Qalam menjadi tempat untuk
misi aku khatam al-Quran. Itu pun aku membelinya secara online.
Menerusi pencarianku aku dapati ianya adalah salah satu produk Quran digital
bagi memudahkan pembacaan Al-Quran Al Karim. Mudah mesra dan mudah untuk
digunakan. Kesemua maklumat itu aku perolehinya daripada sumber internet.
Begitu besar jasa ICT kepada manusia yang buta al-Quran seperti diriku!
Alhamdullilah, ada juga jalan penyelesaianya. Kataku berkali-kali di dalam
hati.
Namun, entah di mana silapnya, tiba-tiba
sahaja pen al-Qalam itu tidak berfungsi. Puas aku cuba mencari puncanya namun
tidak juga ditemui. Akhirnya, aku terpaksa menelefon pengedar Al-Qalam untuk
tujuan penggantian pen semula. Namun, kerana tempat kerjaku jauh, aku terpaksa
menundanya.
“Kalau pen itu tidak rosak, tentu mama akan bergantung sepenuhnya kepada pen
tersebut. Sampai bila nak pandai?”kata suamiku apabila aku mengajaknya ke kedai
untuk menukar pen tersebut.
Aku tersengih. Sampai bila nak pandai? Jangan bang, jangan kata begitu.
Bersyukurlah abang kerana isterimu ini mahu belajar menggaji. Bersyukurlah
abang kerana isterimu ini masih lagi dibukakan pintu untuk bertaubat. Abang
tahu, di akhirat esok hanya ayat-ayat Al-Quran itu sajalah yang menjadi
penerang dan peneman aku di alam barzakh. Aku paling terkesan apabila group
WhatsApp adik-beradikku selalu menyuruh aku untuk sama-sama khatam
al-Quran. Setiap hari, ada saja paparan WhatsApp yang
menunjukkan mereka sudah sampai halaman dan juzuk ke berapa. Sedangkan aku
masih lagi terkial-kial untuk satu halaman dalam masa satu hari! Ah, terlalu
perit untuk diriku menghadapi segala-galanya.
Keluhan itu hanya bergema di dalam hatiku tanpa suamiku mengetahuinya.
Biarlah...
Ketika aku mengikuti kursus yang dijalankan
di sekolahku, aku diberikan penerangan tentang penggunaan ICT secara meluas.
Kata-kata penceramah itu membuatkan aku lebih jelas dan tahu.
“Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
dapat membantu pengurus pendidikan dalam membuat keputusan, menyesuaikan diri
dengan perubahan dan selanjutnya dapat meningkatkan komunikasi dalam
organisasinya. Hakikatnya ICT sangat membantu dan menolong mereka (pengurus
sekolah) untuk berfungsi dengan lebih cekap, berkesan, mudah, cepat dan membuat
keputusan yang baik yang melibatkan maklumat, proses dan kerja seperti
pendaftaran pelajar, pelbagai rekod, kawalan inventori, jadual waktu, opsyen
guru, bilangan waktu mengajar, hal yang berkaitan peperiksaan, pembelian stok
dan sebagainya.”
Lalu aku termenung memikirkan misiku yang
masih belum dapat dicapai. Jika ICT dapat meningkatkan komunikasi mengapa tidak
aku menggunakan pendekatan aplikasi Skype seperti mana yang
pernah disarankan oleh anak lelakiku yang belajar di UITM. Mungkin dia dapat
membantuku?
Malam itu juga aku menghantar WhatsApp kepada
anak lelakiku. Tepat jam 8 malam, aku bersemuka secara langsung dengan anakku
itu. Walaupun jarak kami jauh, namun aku merasakan anak lelakiku itu terlalu
dekat dengan diriku. Aku gembira. Pada permulaannya aku membaca dan disemak
oleh anak lelakiku. Baru setengah halaman, anakku menyuruh aku mengulangnya
semula untuk tujuan lebih mantap pada esoknya.
“Mama, esok kita ulang dan sambung lagi. Sekejap lagi abang kena study dengan
kawan-kawan,”kata anakku lagi.
Aku hanya menganggukkan kepala dan
komunikasi kami terputus di situ.
Ah! Terlalu singkat masaku. Ada baiknya
jangan diganggu pembelajaran anakku itu. Kataku perlahan.
Aku terdengar suamiku terbatuk-batuk di
dalam bilik. Sudah hampir seminggu suamiku batuk kuat. Sudah bermacam-macam
ubat batuk yang aku beli di farmasi. Aku juga sudah membawa suamiku ke klinik
namun, batuknya masih belum reda. Kerana kasihankan suamiku, aku lantas membuka
komputer ribaku dan mencari maklumat serta petua di google.
Ternyata, terlalu banyak petua dan pendapat yang dikongsi oleh orang
perseorangan di laman itu. Pencarianku tidak hanya di situ sahaja, malah
selepas aku memasuki lamanfacebook, ramai pula rakan dan kenalan facebookku
memberikan pelbagai petua dan cadangan untuk mengurangkan batuk suamiku.
Cuba
guna daun sireh, mana tahu mujarab!
Cuba guna bawang putih dan air panas. Mungkin boleh sembuh?
Kalau malas, pergi saja ke klinik. Ubat bayar dah tentu berkesan. Atau jumpa
nurse mesti terus baik!
Kerana kecanggihan ICT maka ramailah yang
bergelar doktor dan tukang nasihat. Paling tidak pun jawapan yang ketiga itu
membuatkan darahku membuak-buak sehingga takat didih. Mujur juga hanya
berjumpa di alam maya jika ada di hadapanku mahu sahaja aku mengetuk kepala
empunya diri sampai benjol!
“Sebenarnya banyak ilmu dan manfaat yang boleh digunakan dengan kewujudan
teknologi ICT tetapi bila disalahgunakan terutama medium internet menyebabkan
semua lapisan masyarakat menjadi pak turut yang paling setia,”begitu kata-kata
penceramah ICT pada kursus yang lalu.
Ya, aku akui ada benarnya kata-kata itu.
Kemudahan ICT memudahkan manusia untuk melakukan apa sahaja. Justeru, hanya
‘Jauhari yang mengenal manikan’.
Aku tersengih apabila membaca idea serta
komen-komen di laman facebook. Baru aku sedari aku sudahtersasar
jauh daripada matlamat asalku. Kucapai telefon pintarku dan aku
menghantar WhatsApp kepada seorang kenalan yang bergelar
ustazah.
Yani, boleh ajar saya menggaji?
Ringkas sahaja permintaanku. Sepuluh minat
kemudian, rakanku itu membalas WhatsApp dengan memberikan
tanda setuju.
Boleh, esok jumpa aku!
Aku tersenyum. Bukankah ICT yang menjadi
penyelamat untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Kelegaan semakin terserlah
pada wajahku. Namun, hanya aku yang mengetahui betapa kelelahanku itu sudah
semakin hilang ditelan oleh kesanggupan kawanku untuk mengajar al-Quran.
Segala keseronokan pada hari itu menjelma dalam mimpiku. Aku dapat merasakan
diriku duduk di tengah-tengah tetamu yang hadir. Berpakaian serba baru dan
bersemangat. Ketika itu, adalah saat yang paling kunanti-nantikan. Au bakal
khatam al-Quran setelah bertungkus lumus belajar menggaji dengan rakanku itu.
Aku tidak akan lagi malu untuk membacakannya di depan anak-anakku atau paling
tidak akan diketawakan oleh suamiku nanti. Namun, bukan itu yang kuhajati. Aku
mahu pusaraku nanti bercahaya dengan ayat-ayat suci al-Quran yang sentiasa
menjadi peneman dan amalanku di sana nanti. Jadi, aku tidak akan takut lagi
tinggal keseorangan di alam barzakh.
“Eh! apa senyum-senyum ni? Tidur pun boleh senyum?”tanya suamiku secara
tiba-tiba.
Aku terkejut jaga apabila mendengar teguran
daripada suamiku. Ternyata keinginanku itu
membuatkan aku meneroka begitu jauh.
Senyum dulu bang, tapi esok mama dah mula menggaji dengan ustazah. Biar sampai
khatam! balasku di dalam hati dengan penuh bangga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan